Wednesday, December 14, 2011

family yang kita tak pernah ada. FMTS

assalamualaikum. entry pertama selepas bermalas malasan sepuasnya. entry lepas rindu namanya.

November berakhir dengan sangat pantas. sumpah tak sempat nak manja manja, Disember datang ragut semua. Akhir November hari tu kem SPIES melambai. untuk persediaan sebelum berjuang bawah nama Minggu tekad Siswa katanya. sepanjang kem tu aku rasa macam mimpi. aku start tersedar bila kena guling dalam lecak yang bapak ahh dalam macam kolam pun ada. overall kem SPIES memang best. nak kata buat benda benda luarrr biasa pun tak jugak. cuma aku enjoy dengan cara dreamteam members punya presentation. diorang sangat friendly sampaikan aku rasa patut jadi friendly dengan junior junior yang akan aku jaga nanti.

melangkah sampai je bumi shah alam, aku rasa tak puas hati sebab kasut sukan semua basah dek kena guling dalam lecak hari tu. lagi satu hal dah la kena menapak daripada rumah sewa ke Unisel. kalau tangan kosong tak pe jugak. ni penuh aku pikul beg. to be honest, awal awal lagi semangat aku dah runtuh. yang tinggal time tu cuma perasaan nak rasa ukhuah antara fasi fasi MTS macam dulu dulu. dua hari jugak lah kitorang ada kusus tambahan kat Unisel tapi kursus kali ni macam santai santai je sebab Abah, Abang Hudzrul dengan Afif yang conduct. aku tak tahu pulak kursus tu kira macam nak pilih kau exco mana lah nanti time MTS, sebab tu aku banyak sangat cakap. atas kebanyakan cakap aku tulah aku terpilih jadi exco protokol. (mungkin lah sebab tu)

at first, aku macam tak percaya bila aku digandingkan dengan kakak aku. bagi aku, aku susah nak kerja dengan orang yang ada pertalian dengan aku. sebab aku akan cepat terasa bila diorang tegur, marah or cakap tegas sikit tapi aku rasa aku dengan kakak aku dapat manage benda ni dengan pro. mungkin lahh.. satu exco dengan orang orang dah pro ni buat aku macam mana eh nak cakap, take things for granted lah. aku konfiden sangat yang diorang akan topup semua salah aku. sampaikan satu malam yang aku kena jadi floor manager. memang tak ada orang lain nak topup salah aku malam tu sebab masing masing sibuk dengan hal diorang. maksud aku, sorang jadi MC dan sorang lagi jadi panel untuk slot ceramah motivasi. I learn my lesson there. time dah buat silap memang semua orang down kot. nasib baik ada korang korang yang datang bagi semangat kat aku. sumpah aku touched, cuma tak tau nak describe dengan ayat.

serious aku feel MTS kali ni. bagi yangtak feel tu tak tau lah. hal masing masing kan. kita memang macam satu family yang besar. adat lah dalam family tu ada yang malas, ada yang rajin, ada yan cantik, ada yang kureng, ada yang manja, ada pulak yang garang. yang paling ketara, ada yang besar, ada yang kecik. hehe. thanks semua, buatkan cuti aku bermakna dan tak sia sia. speacial thanks to ABAH AL HAFIZ sebab stop kan aku kat fakulti and tanya aku join MTS ke tak. really appreciate it. thanks untuk exco makanan sebab bagi kenyang sepanjang minggu. thanks kepada exco tugas tugas khas sebab siapkan tag dan menda menda mengarut lain nya. haa, thanks jugak sebab tak kacau aku makan coklat waktu krisis jiwa hari tu :P
thanks to exco kerohanian yang tak jemu jemu ajak orang solat. untuk exco kebajikan yang asyik tanya sihat ke tidak, untuk exco disiplin yang kawal budak budak bila diorang dah naik sheikh. thanks berbanyak untuk exco teknikal yang selalu peka. Ya Allah, thanks la kat semua :)


Thursday, November 17, 2011

17novenber2011

assalamualaikum :) 

17November2011 sepatutnya aku secara ofisial nya dah patut ucap bye bye dekat sememster4 yang tunggang tebalik. nasib memang tak side aku sebab kerja edit mengedit tak habis habis lagi. terpaksa lepak shah alam duatiga hari lagi. semalam keluar dewan exam rasa macam dapat balik nyawa yang kau pajak dulu sebab tak cukup duit nak bayar hutang ahlong. rasa lega sampai macam tu. semester kali ni aku boleh conclude sangat upside down. feeling turun naik, menjunam bagai roller coster tak berpedoman. err, hyperbola disitu. subject aku hadap semester ni memang LUARRRR jangkaan aku. sumpah luar jangkaan. time ni nak je aku jumpa sorang sorang yang pernah cakap course masscom ni super easy lantas tumbuk tepat ke muka diorang dan terus berlalu dengan bangga, tapi macam biasa lah, kau akan parah dalam imaginasi aku je. 

dalam ayat pendek, aku klasifikasikan semester empat sebagai bitchy, unmatured & super penat :/
best thing pasal sem ni pun banyak jugak. antaranya :

  • tak perlu nak impress orang sangat. tunjuk yang terbaik je. then orang akan notice kita
  • dapat peluang bawak kereta abah ke shah alam :)
  • dapat conduct satu event yang menyatukan budak budak sekelas. 
  • insaf kejap tengok kekurangan orang lain
  • terbukti abah ibu sayang aku sebenanye :)
  • baru aku tau, ramai yang masih sayang kat aku
  • cinta itu sangat sakit
  • kena tikam belakang pun sangatttt sakit
  • hidup sorang best, tapi tak sebest ramai kawan
  • jumpa ramai orang orang baik
  • tersedar, dunia ni masih ramai yang bagi pertolongan tak harap balasan
  • ramai pulak secret admire aku, bhaha
  • aku rindu semester tunggang langgang ni :')

Friday, November 4, 2011

gigih!


sedang berusaha gigih nak faham ayat ayat mandarin ni
berapa detik je lagi ni nak hadap paper final, dengan harapan jawapan semua terkeluar bagai air sungai yang mengalir. cewahhh
wish me luck :)

buku yang sedang dihadam isi nya :)

#lagi tiga paper, tamatlah riwayat semester empat. wohoo :)

gula hati


Assalamualaikum. last Deepavali  memang satu Malaysia cuti kan. so masa yang ada dihabiskan dengan dating with the gula gula hati :) perjalanan awalnya aku sendiri. dalam KTM tiba tiba Dhania text kata dalam ladies coach. melilau mata mencarik tapi dia dalam coach lagi satu. *noob gila bila mati mati ingat ladies coach ada satu je. haha

sepatutnya pertemuan kedua ni berlaku pada 22 november sempena pertemuan pertama katanya. tapi as a student, memang tak dapekk lah nak nolong kalau 22 november tu hari kuliah. pertemuan kedua, celah Mid Valley sebab bumi Kajang sangat lah jauh ye. kali ni LEBIH ramai la dari hari tu. anddddd first time jumpa Ayuu lepas keluar dari kem dulu. heksited gila! Hazim from company Charlie pun join jugak and Alhamdulillah boleh get a long. orang kata apa? ada kimia? haa, gitu lah kot :) btw, let the pictures do the talking yaw!

master mind dalam hal ni, pakcik Nasu with Liesa :)

the gadis : shark, Ayuu and Dhania

unfair sebab Hazim tak nampak :(

ni cuma sekadar angka ye. tak lebih daripada tu. tehehe

selalu jumpa mesti end up jadi minachi. gossip memanjang

all of us :)

sorry, keadaan connection tak mengizinkan nak share gamba banyak banyak. connection pun ada jealousy issue. ingatkan manusia je. haha. harap faham la ape je kitorang buat hari tu. lepak ----> gossip ---> bowling ---> gossip lagi ---> group hugs (ehem, perempuan dengan perempuan je k)

sangat ohsem bila dapat jumpa sekali sekala macam ni kan? dulu time hari hari jumpa, korang lah kawan gaduh aku, kawan tido aku, kawan kena denda, kawan semua benda lah senang cerita. bila masing masing dah jauh, serabai rasa rindu tu datang. tahun tahun lepas ni mintak mintak lah ramai lagi yang follow ek.

p/s : jika ukhuah yang terjalin ni ikhlas, InyaAllah sampai mati pun kita tetap bersahabat. eh, lupa! selamat dapat pointer terbaik kawan kawan di UiTM :)

Thursday, November 3, 2011

entry tak bertajuk

assalamualaikum,

straight forward, ini bulan November :)

#1

kredit to pakcik Nasu. lepas sehari merayap sama sama. entry merayap nanti shark update ye :)

#2

kredit to kina sayang & nebby juga :)

#3




kredit to Hazim :) pagi sebelum melangkah masuk dewan menghadap paper Research Method yang "mencabar"

#4




kredit to killa :) jumpa minggu tekad siswa nanti ye :D

terima kasih teman seperjuangan. walau korang jauh tetap ingat kat aku kan. sayang korang sampai langit tujuh :) ada lagi tak berita baik untuk aku? #terima kasih Ya Allah :)

Wednesday, November 2, 2011

from hero to zero


Asalamualaikum. selamat musim tengkujuh. cuaca sangat tak menentu kan lately. kejap hujan, kejap panas. minggu ni je dah terkena dua kali. nampak langit cerah je sungguh sungguh basuh baju. usai basuh baju nak la terus sidai, tau tau hujan maha lebat. hari tu lagi kena teruk. dah sidai baju sebab cuaca sangat la cantik. kebetulan aku tertidur. err, TERtidur mati, tak sedar hujan lebat gila gila babs punya. kelang kabut turun tengok baju dekat ampaian. fuhh, semua kena terbang dek angin. nicee T_T

cerita pasal hujan, aku teringat musibah yang melanda skuad bola sepak Terengganu yang kalah final piala Malaysia hari tu. Terengganu ni hebat kot, sebab dapat kalah kan Selangor (huh!) tapi mungkin malam final tu memng tak de rezeki kan. ape nak buat.

berbalik kat cerita Terengganu, aku paling kesian kat penjaga gol diorang tu, Sharbinee Alawi. lepas negeri sembilan bolos 1 gol, pakat2 masing masing tweet salahkan si penjaga gol. memanglah kesilapan tu sangat sangat silly and tak boleh diterima tapi korang tak rasa ke dia sangat pressure time tu? mana pulak puak puak defender? tak reti ke nak jaga gawang? maka ramai ramai lah berupdate status FB juga twitter.

sebab kan 1 gol tu, orang terus lupa jasa Sharbinee Alawi dapat kalahkan Selangor. see, dengan satu tindakan salah kita, orang dah boleh hukum kita seberat beratnya. kenapa time kita dilanda musibah tak de sape nak ingat benda baik yang pernah kita buat? sedangkan kalau difirik fikir balik, benda salah yang kita buat tu cuma sebesar zarah. mungkin masa, keadaan dan masa nya tak kena. ok, sekarang letak pulak diri korang dalam keadaan orang yang terkena tu. seronok ke bila semua orang dok blame kau without fikir apa rasa hati kau? sakit ke, marah ke, sedih ke? letak pulak kau dalam keadaan orang yang dah tak dipercayai atas satu kesalahan yang dulu orang boleh terima, tapi sekarang, lain pulak cerita nya. busuk busuk pun kau mesti nak ada sorang teman dengar isi hati kau. betul? zaman sekarang ni nak tunggu orang dengar cerita versi kita memang susah. dapat satu versi, terus buat pangadilan. tak salah kalau aku katakan yang setiap manusia perlukan masa dan ruang untuk menjawab tuduhan yang orang lain lemparkan. setuju?

jadi, selayaknya manusia tak perlu diberi mandat untuk menjadi Tuhan. kan nampak capik nya bila manusia berlagak Tuhan. menghukum orang tanpa melihat cerminan. menghukum orang lain, tapi merasa diri sendiri perlu dikasihan saat dipijak. perlu aku ingat kan, hidup ada karma nya. hari ni kau diatas, esok esok tak tentu lagi. hari ni kau HERO, jangan ingat tak boleh jatuh terduduk jadi sang ZERO.


p/s : langit tak selalu cerah. hujan itu perlu untuk membasuh salah salah lama. InsyaAllah, lepas hujan nikmat pelangi itu indah :)

dah lama tak merasa ^^

Assalamualaikum. ye, terimakasih ayuu sebab tag. nak jawab la ni. sat noe,


soalan cepumas berbunyik :

1) Panggilan untuk anda di rumah?
  • ramai panggil kak ngah
  • jarang panggil shark
  • kadang kadang panggil botak ( err.. mungkin sebab suka sangat tengok cerita juvana kot. haha, cover baik punye)
  • kalau nak kena panggil la hoi :)
2)sekarang belajar peringkat mana dan course apa?
  • Alhamdulillah, sekarang otw completekan diploma dalam bidang communication and media. phewitt sikit!
3) seronok dengan dunia anda sekarang?
  • boleh la
  • bila datang time seronok memang tak hingat la
  • bila datang time sedih pun tak beringat jugak
  • overall, terima je semua benda yang jadi :)
4) upload gambar besfriend anda. tak kisah banyak manapun.
-..-, ok2 gurau2. hehe. ni la senarai bestfriend itew  

    5)hadiah ulangtahun paling sweet anda pernah dapat.
    • dapat bunga kot. tapi time tu bukan ulangtahun :)
    • dapat semua benda yang ditunjuk masa shopping :D 

    6) Pendapat tentang follower dalam blog sekarang.
    • very supportive
    • masih setia walau cerita tah pape
    • masih setia jugak even jarang updateterima kasih semua
    7) lebih prefer makan yang mana : ikan atau ayam.
    • ayam! hehe
    8)  prefer dengar yang mana : english song/kpop/nasyid.
    • semua pun boleh layan
    • tapi kpop, sorry. tak masuk la
    9) first thing-to-do bila buka internet.
    • check facebook
    • even da ada twitter tapi facebook tetap chenta pertama 
    • then buat2 la bukak email ke buat keje ke bila abah da pandang semacam. boleh praktik benda ni :)
    10)  prefer mana : produk tempatan/ luar negara.
    • depend on kualiti dia la.
    •  selalu pakai tempatan je. tak banyak duit lah dik non
    11) pendapat tentang saya yang tak seberapa ni.
    • kawan yang sangat memahami
    • rajin melayan otak gila babs aku
    • kau je faham ayat puitis konon aku tu


    ok, 11 soalan tok follower pulak :)
    1. lahir tahun bila & apa yang best time zaman korang tu?
    2. sekarang belajar tahap mana and course apa?
    3. lebih prefer naik public transport ke kenderaan sendiri?
    4. berapa jauh anda pernah merayap sorang sorang?
    5. ciri bestfriend yang dicari cari?
    6. apa yang ada dekat perempuan tapi tak de dekat lelaki?
    7. apa pulak yang ada dekat lelaki tapi tak de dekat perempuan?
    8. benda extreme yang pernah anda buat?
    9. apa pandangan tentang politik negara kita?
    10. blog ni ok ke tak?
    11. pandangan tentang tuan empunya blog ni?

    sila lah jawab ye :)
    killa92
    konklusi nurul
    seriayu
    kina miswan

    terima kasih daun keladi :)


    Saturday, October 29, 2011

    daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

    entry ini telah tergendala selama beberapa hari ..

    speechless. nak menaip, jari kaku, mata yang deras "bekerja"

    malam2 kalau aku balik klang memang session meluah sakit hati dengan kakak seorang tu. tu pun kalau minggu tu kitorang tak bergaduh la. kalau gaduh, masing2 buat hal sendiri :D. tengah set2 muka tabah dengar isi hati si kakak, aku dapat 1 mesej yang sarat dengan soalan soalan lain.

    "salam sayang semua. Rindu kalian. Mesti semua dah tahu, Along dah takde, da pergi, sedih.. hmm. semoga ditempatkan dlm golongan beriman, rohnya tenang, amin..jaga diri semua.. ayu sayang semua" -seriayu

    menitik air mata saat terlihat perkataan Along dah takde. si kakak yang dah nangis tu pulak pelik tengok aku nangis teresak esak. memang tak patut kan. sepatutnya terus sedekahkan Al - fatihah. aku jahil, aku tahu. 

    sesi kenal aku dengan arwah tak la lama mana, tapi dia antara orang yang terkesan kat dalam hati aku. kira memang ad tempat la kat celah celah hati aku ni. 3bulan "indah" dekat PLKN dia salah seorang yang rapat dengan aku. dari class character building, sampai lah class kenegaraan. otak sangat gila2. masuk la dengan aku, tak suka sangat orang emo emo ni. semak! last before tinggal kan PLKN dia pesan jangan lupa dia. memang aku tak kan lupa sampai bila bila.

    berapa bulan lepas tu, aku pergi jumpa dia dengan Uzair. kawan rapat juga dekat PLKN. korang nak tau tak, korang la orang2 first aku jumpa lepas balik kem. aku sanggup sorang2 dari shah alam datang jumpa korang. korang date dengan aku tapi sayang, tak tangkap gamba langsung kan :) rasa rugi. rugi sangat! lepas tu kita da tak jumpa dah. tak jumpa terus to be exact. :(

    untuk awak arwah Along Amali bin Roslan, Al fatihah. semoga awak tenang di sana. mudah mudahan. tolong doakan sama. terima kasih :)

    Thursday, October 20, 2011

    terabai

    sepanjang minggu, segalanya berjalan dengan sesak. hidup sehari hari sesak, bila tiba malam hati pulak jadi sesak. tahan sakit disana, tahan terguris disini, tahan segala macam hal sampai rasa mahu terburai satu satu urat. sebelum tidur ibu pernah berpesan, untuk kurangkan penyakit hati, apa kata kita maafkan apa yang orang buat dekat kita. InsyaAllah, tidur kita akan lena selena lenanya (walaupun dapat tidur 2-3 jam sahaja). kalau kita da maafkan orang tu tapi dia masih simpan dendam, tu kerja dia dengan tuhan.



    hari ni rasa nak share 10 nasihat As Syahid Imam Hassan Al - Banna. :)

    1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
    walaubagaimana keadaan sekalipun
     

    2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

    3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

    4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

    5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

    6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

    7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

    8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

    9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

    10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
    pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
    ringkaskanlah perlaksanaannya.


    selamat beramal :)

    Friday, October 14, 2011

    beban terbang jauh jauh

    assalamualaikum :)
    Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan lagi untuk hidup. sempat lagi menulis entry. minggu lepas aku mengalami minggu super supreme busy! pertama tama dengan event yan aku sendiri kena jadi HEAD OF PROGRAM?? sumpah itu pengalaman pertama handle kepala kepala yang sangat ramai. minggu persediaan minggu paling hell. kena edit kerja tu, kena pantau kerja ni, kena buat keputusan tu. aku ingat jadi boss senang. tapi sumpah takkkkk T_T


    akhirnya event berjalan dengan lancar and dapat pujian dari lecturer dan kawan group lain. bukan pujian aku mintak, harap semua orang berpuas hati je. itu je :) #gambar akan di upload kemudian :)

    lepas habis event, langsung aku kena pergi shooting. jangan salah sangka, bukan jadi pelakon, tapi jadi crew untuk silent movie. ni pun FIRST TIME buat movie 100% dengan team mates. haishh. nasib baik bukan jadi director, cuma jadi camerawoman je :) buat movie mmg sangat stress sampai tah berapa kali gaduh. tah berapa kali menangis. tah berapa kali putus harap. tah berapa kali semua benda. akhirnya, siap jugak semalam. sekali dgn editing :) alhamdulillah

    sekrang tinggal tunggu nk final je. wish me luck dear :)

    Wednesday, September 7, 2011

    raya klang style






    aku balik klang dalam masa yang amat dekat hendak raya. jadi nya, aku cuma sempat tolong abah masuk kan duit dalam sampul ang pau je lah. tu pun aku buat separuh jalan sebab lagi sibuk nak snap gamba. tempting kan sampul raya aku tahun ni :) mesti seronok anak2 buah abah ibu dapat BEKBERI  sorang sebijik. (sila lihat gambarajah di atas) nak tolong ibu masak, ibu cakap lagi best masak sorang2. nak kemas depan, siang2 lagi adik dah tolong kemaskan. nak kemas halaman rumah, abah da settle kan.untungkan jadi shakila zen :D



    tema tahun ni abah yang pilih. warna purple, sweet gitu kata abah.

    the greatest creatures ever :)

    adek beradik tak gaduh tak sah kan?
    raya pertama :
    beraya di klang lagi dan lagi sebab kampung pun da tak ada orang tinggal. klang pun not bad hape, macam kampung je gamaknye. jangan nak bajet town sangat lahh. awal2 pagi lagi abah da pergi ke masjid untuk semayang raya. aku macam biasa, tidu tak hengat dunia. kalau adik2 aku tak memekak masuk dalam bilik memang tak beraya la jawabnya. belum sempat maaf maaf sesama family, mak cik jah & co,  pak usu &co serta pakcik dah serbu rumah aku. sibuk nak bergambar juga.

    lepas melayan pakcik pakcik dan makcik makcik, time to ampun ampunan dengan family :)

    Add caption

    ehem, saya nak "enjalok ngapuro" , maaf zahir batin. bahasa jawa yang selalu dengar masa raya. maksud nya nak mintak maaf. tapi tak cakap la macam tu kat abah ibu. sebab bahasa jawa saya broken. eceh.

    lepas sesi maaf dan nangis, terus siap2 pergi rumah opah kat belakang rumah. dalam pejalanan sempat lagi tangkap2 gamba. aksi lompat pagar pun sempat kena snap, macam hape2


    1st, cover line
    2nd, panjat sikit2

    3rd, dah mula perasan paparazi

    4rd, sedia nak landing

    last, buat muka cover

    to be continued :)

    Saturday, August 27, 2011

    ujian itu indah :)


    As salam semua. harap hari ni lagi baik dari hari sebelum sebelum nya ok. 270811  - kaki masih berpijak di bumi shah alam. ruang sempit empat segi penjuru ini makin kosong di tinggal sang penghuni yang rindu kampung halaman. tinggal aku dan seorang teman. dalam proses mengemas baju baju yang bertaburan :)



    hari ni, aku terjaga dari tidur, muka ibu datang dulu. entah kenapa, rindu sampai hati jadi sebak. entah kenapa. malam ni mungkin aku jejak bumi klang. makin aku besar, makin jarang dapat spent time dengan family. dulu pun sama saja. aku tercampak jauh kena hidup berdikari. sebab tu aku tak berapa excited nak balik beraya. jalan hidup aku mmg macam ni. akan sentiasa jauh dari family. aku redha :)


    minggu lepas da habis marathon sehari mencari baju baju raya aku. yelah sangat jarang dapat balik rumah kan. abah tak lepas peluang. walau business abah dalam keadaan so -so, abah spent jugak duit untuk sayang sayang dia berbelanja. tak pernah terlepas setiap tahun. aku menangis terkenang ada kawan rapat aku yang tak dapat buat macam ni setiap tahun. Ya Allah, aku bersyukur dengan apa diberi. ujian aku lebih ringan jika dibanding dengan orang lain. Alhamdulillah :)


    untuk teman teman tersayang, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin atas kata yang menyakitkan, untuk kelakuan yang meng'annoying'kan, untuk mata aku yang selalu menjeling tajam, dan untuk janji yang kadang tak ditepati. special untuk sahabat2 di :
    • PASTI An naim
    • Tadika Islam Hira'
    • SRI Al Farabi 
    • SK rantau Panjang Klang
    • Asrama Toh Puan Norashikin
    • SMK Seri Bintang Utara
    • SMK Rantau Panjang Klang
    • Kem PLKN Teluk Rubiah
    • Universiti Selangor
    • kawan2 yang bersepah atas bumi shah alam :P

    harap kita akan tetap bersahabat sampai hujung nafas :)

    selamat hari raya :D

    to 5sc2 SMK rantau panjang klang. tengs guys. and Al Fatihah to arwah Shafiq

    to members of University Selangor

    to buddies at Asrama Toh Puan Norashikin

    mostly to sahabat2 PLKN. 3 bulan yang indah :)

    sape nak carik pasal tunggu lepas raya ok? aku nak tenang2 raya ni

    Wednesday, August 24, 2011

    hari terbaik :)

    presentation corporate communication tadi dapat 9.5 over 10 marks . melompat sampai langit, wee :D



    sekian. tu je :)



    p/s : first time pegi class pakai heels. ayat first before start presentation is "lawanya kasut dia. saiz 8 ke 9?" wth?? haha

    Tuesday, August 23, 2011

    manis macam gula

     permulaan nya manis, pertengahan nya suram, disimpul rencah gaduh manja, akhirnya kita bersatu jua. kita jarang bergambar bertiga. tak tahu kenapa. mungkin rasa saiz kita berbeza :P mungkin juga ketinggian menjadi penghalang.










    aku rindu saat ni. semua agenda satu tertumpu ; "kawan sampai mampos" tapi sekarang... kau kayuh haluan kau, hanyut dengan cinta sementara. aku? ye, aku masih ego tinggi melangit. TERIMA KASIH tu memang aku