Thursday, March 24, 2011

masih adakah orang macam ni??

assalamualaikum..
balik rumah untuk cuti ni tiba2 rasa macam sakai tengok TV.. biasalah rumah kat shah alam tak dikurniakan channel yang cantik2.. al - maklumlah TV kecik yang amat amat..

cikgu. dalam kata lain guru..
seronok melayan cerita GEMILANG.. alaa yang selalu pukul 9 setengah dekat TV3 tu la. zaman sekarang susah nak tengok cikgu - cikguyang komitmen penuh macam tu.. sampaikan sanggup gantikan anak murid bekerja di kilang. persoalan pertama yang muncul dalam otak : PATUT LA ORANG ZAMAN DULU HORMAT GURU

aku ingat lagi ibu pernah cerita, dulu orang yang paling dia takut adalah ustaz kat sekolah rendah.. sangat garang tapi tak pernah culas menunaikan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar. walau ape keadaan sekali pun, ustaz akan masuk jugak dalam kelas untuk mengajar.

lain pulak dengan cerita aku. rata - rata cikgu sekolah aku dulu amat fobia nak masuk kelas - kelas belakang. sampaikan 1 tahap cikgu tu lebih seronok bercerita dalam bilik guru. aku bernasib baik la sebab sepanjang jadi manusia beruniform putih, aku tak pernah duduk kelas belakang - belakang ni. dulu angkatan ponteng kelas aku rata-rata nya bercampur-campur.. ada yang kelas depan (budak yang malas nak hadam add math + fizik) ada jugak yang kelas belakang (kerja seni tak siap katanya)..

nak di jadikan cerita, satu hari kitorang kantoi la pulak dengan seorang cikgu ni.. cikgu ni boleh tahan kepochi jugak la. sekilas je mata dia dapat tangkap kelibat kitorang yang ponteng ni terus membebel - bebel kat situ. dia tanya kitorang daripada kelas mana.. aku cakap la aku dari kelas 5science**.. kawan2 aku yang lain ckp la dari kelas 5**.. terus dia tak pandang. yang pelik nya pulak tu, dia suruh aku je balik ke kelas tapi member - member aku yang lain tu dia biarkan je. mungkin dia rasa da memang tak berbaloi kowt nak membebel kat budak-budak macam tu.. tapi kenaar aku dia tego pulak?? nampak tak RASISM nya kat situ..(tibai jela rasism :P)

so,, adekah jadi budak kelas belakang bermakne kau tak kan boleh belajar lagi? atau kau budak kelas belakang kau da bodoh habis sampaikan tak boleh nak aja langsung? kepada guru - guru sekalian,, pernah tak dengar, belakang parang pun kalau diasah tajam? cikgu jugak yang aja saya peribahasa tu. kejayaan seseorang bukan diukur dengan berapa banyak A yang dia dapat.

sepanjang aku hidup, aku respect cikgu-cikgu sekolah tadika aku. walaupun dia tahu budak ni memang lambat belajar, tapi dia sanggup tunggu. dia sanggup ajarkan bagi faham. dia sanggup duduk tepi murid, tunjuk kan cara.. kadang-kadang dia sanggup melutut tepi meja anak murid semata-mata nak curah kan ilmu.. mungkin perbandingan aku ni agak keterlaluan. yelah, tak kan la cikgu sekolah menengah pun nak buat macam tu jugak. ye dak? maksud aku kat sini ialah.. fahami cara anak murid anda belajar.
tadika dulu aku ingat lagi.. aku sukatulis huruf terbalik. bukan keseluruhan perkataan. ade lah sesetengah nya

 sirius lawak.. dulu zaman aku kecik-kecik maybe masalah pembelajaran tak ade lagi kowt. sebab tu cikgu aku buat derk je bile aku tulis macam ni :)

Monday, March 21, 2011

back to the basic :)

ahh,, terasa ringan kepala lepas tumpahkan semua isi buku dalam kertas exam .. bace buku untuk exam memang pencapaian baru buat aku..

da lebih seminggu aku cuti.. lagi 2 minggu cukup matang lah anggaran umur aku untuk jadi pelajar sem3.. khabar angin tiup kencang.. katenye universiti sebelah cuti sampai 5 bulan!! wahh kosong lah shah alam macam ni..

seminggu masa aku habiskan di shah alam. luangkan masa dengan kawan2. takut cuti panjang2 ni susah pulak nak jumpa nanti.. aku dengan komitmen "memajukan perniagaan abah" 
kawan2 aku yang lain mungkin kena jaga adik2.. mungkin..

akhirnya.. kami kembali bertiga :) mungkin ideology kami tak dapat ditampung oleh orang lain.. tapi ade aku kesahh ke? aku suka cara gini. tak pening nak jaga hati orang2 yang sensitif nya lebih dari segala..sakit hatinya lebih dari kesumat..

for you guys.. ILYSDFM. faham2 sendiri lah sape.. aku maluu nak cakap..

Monday, March 7, 2011

Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever!

hai all !! :)
baru lepas buat paper visual comm tadi.. macam harem la jugak tapi still dalam kawalan.. GO SHARK !
sem ni rajin belajar.. amek iktibar last sem. even result tak la teruk tapi masih tak membanggekan..

pagi tadi jugak kena pusing 1 UNISEL sebab exam hall da penuh.. (ekceli bilik kuliah je pon.. amat sangat sempit.. EHEM.. MPP baru jangan wat2 batu je k)
da la bepeluh peluh.. dapat pulak ceramah dari puan X yang memang aku tak suke dari sekolah menengah dulu.. (UNISEL = YAYASAN SELANGOR) so she is one of yayasan selangor staff la ye.. yang kenal tu senyum kan muke je k :D

ohh yeah.. lately da tak maki2 orang lagi kat fb and blog muchuk ni.. Alhamdulillah da boleh besabar. aku sekarang ni lagi suka duduk tepi dari ikot BELAKON sama.. maklumlah budak masscom.. bakal2 jadi artis kan semua nye :) kalau tak belakon sekarang bila lagi nak practice kan.. ok stop menganjing kat sini..

penat tak terhingge. ikot besties aku balik rumah di hulu langat.. jumpa adik2 yang sangat jujur. susah nak jumpa kat shah alam ni. terima kasih adik2 buat akak shark malu sebab puji akak shark cantik.. aww sayang rumi and sa'ee

sem 2 ni ramai yang hancurkan hati aku. tak sempat pulih dari sakit2 lepas datang lagi sakit yang lebih parah.. mungkin aku tak terlibat secara langsung tapi aku rasa benda yang sama.sem 2 ni jugak aku belajar jangan ikot sangat EGO kita. mungkin mula2 kita yang dok makan EGO kite sendiri, lama2 EGO tu telan pulak kite bulat2.. banyak ujian datang harap nye hujungnya nanti pelangi. terima kasih Allah matangkan aku..

di hujung2 sem 2 ni aku harap hidup yang lebih tenang.. kau tak suka tengok aku gelak gembira sakan duduk jauh2. aku tak kan kacau kau.. JANJI

p/s : betul kate orang, dalam nak carik kawan sejati kite memang kena hadap banyak kehilangan. jangan sedih, jangan gusar.. aku sedia dilupakan.. selamat tinggal sem 2 yang mencabar :)