Saturday, August 27, 2011

ujian itu indah :)


As salam semua. harap hari ni lagi baik dari hari sebelum sebelum nya ok. 270811  - kaki masih berpijak di bumi shah alam. ruang sempit empat segi penjuru ini makin kosong di tinggal sang penghuni yang rindu kampung halaman. tinggal aku dan seorang teman. dalam proses mengemas baju baju yang bertaburan :)



hari ni, aku terjaga dari tidur, muka ibu datang dulu. entah kenapa, rindu sampai hati jadi sebak. entah kenapa. malam ni mungkin aku jejak bumi klang. makin aku besar, makin jarang dapat spent time dengan family. dulu pun sama saja. aku tercampak jauh kena hidup berdikari. sebab tu aku tak berapa excited nak balik beraya. jalan hidup aku mmg macam ni. akan sentiasa jauh dari family. aku redha :)


minggu lepas da habis marathon sehari mencari baju baju raya aku. yelah sangat jarang dapat balik rumah kan. abah tak lepas peluang. walau business abah dalam keadaan so -so, abah spent jugak duit untuk sayang sayang dia berbelanja. tak pernah terlepas setiap tahun. aku menangis terkenang ada kawan rapat aku yang tak dapat buat macam ni setiap tahun. Ya Allah, aku bersyukur dengan apa diberi. ujian aku lebih ringan jika dibanding dengan orang lain. Alhamdulillah :)


untuk teman teman tersayang, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin atas kata yang menyakitkan, untuk kelakuan yang meng'annoying'kan, untuk mata aku yang selalu menjeling tajam, dan untuk janji yang kadang tak ditepati. special untuk sahabat2 di :
  • PASTI An naim
  • Tadika Islam Hira'
  • SRI Al Farabi 
  • SK rantau Panjang Klang
  • Asrama Toh Puan Norashikin
  • SMK Seri Bintang Utara
  • SMK Rantau Panjang Klang
  • Kem PLKN Teluk Rubiah
  • Universiti Selangor
  • kawan2 yang bersepah atas bumi shah alam :P

harap kita akan tetap bersahabat sampai hujung nafas :)

selamat hari raya :D

to 5sc2 SMK rantau panjang klang. tengs guys. and Al Fatihah to arwah Shafiq

to members of University Selangor

to buddies at Asrama Toh Puan Norashikin

mostly to sahabat2 PLKN. 3 bulan yang indah :)

sape nak carik pasal tunggu lepas raya ok? aku nak tenang2 raya ni

Wednesday, August 24, 2011

hari terbaik :)

presentation corporate communication tadi dapat 9.5 over 10 marks . melompat sampai langit, wee :D



sekian. tu je :)



p/s : first time pegi class pakai heels. ayat first before start presentation is "lawanya kasut dia. saiz 8 ke 9?" wth?? haha

Tuesday, August 23, 2011

manis macam gula

 permulaan nya manis, pertengahan nya suram, disimpul rencah gaduh manja, akhirnya kita bersatu jua. kita jarang bergambar bertiga. tak tahu kenapa. mungkin rasa saiz kita berbeza :P mungkin juga ketinggian menjadi penghalang.










aku rindu saat ni. semua agenda satu tertumpu ; "kawan sampai mampos" tapi sekarang... kau kayuh haluan kau, hanyut dengan cinta sementara. aku? ye, aku masih ego tinggi melangit. TERIMA KASIH tu memang aku

Tuesday, August 16, 2011

kau tau tak kau special??


manusia merata rata jalan atas bumi tapi kau apa orang kata, rare, unik, aku conclude hebat lahh


dalam banyak suku kaum dalam dunia, entah macam mana kau ada 10% je. tak ramai bless dengan apa kau ada. ramai kata kau cacat, tapi diorang sakit hati tengok kau ni jenis susah nak jumpa, susah nak ganti. kau hidup hari hari pun tahan tengok diorang yang baki 90% lagi tu.

tak faham kan?? aku saja nak ucap SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA untuk orang orang "berhaluan kiri" macam aku. korang ada kawan or family members yang kidal tak? better korang appreciate diorang wehh sebab populasi orang kidal world wide ni cuma 10% je ok!! very rare ok!!

kat sini aku nak state DUA benda aku tak puas hati bila sebut pasal kidal ni ok!

  • hal berkaitan hygiene. STATEMENT 1 : korang basuh ber*k guna tangan tu kan. eee kotor lah. FYI, kami sekalian kidal pun basuh ber*k guna tangan kiri but kitorang makan guna tangan KANAN ye. so hal hygiene ni tak de kaitan langsung. ulang suara,, TIADA KAITAN LANGSUNG!
  • pandangan macam tengok binatang dalam zoo / alien kena awet. STATEMENT 2 : wahh!macam mana korang tulis ni?? laju je pakai tangan kiri.sakit tak tulis pakai tangan kiri? *sambil tenung lama lama dengan muka curious gila* YE, terima kasih sebab appreciate kitorang, care pasal kitorang. tapi berpada pada lah kan. ni sampai nk terbeliak bijik mata tu tengok kitorang buat kerja. (yela orang buat kerja terbalik, memang la seronok nak kacau kan) bagi space sikit na..


btw, happy kidal day peps. I understand you and yes, I do care about you too lefty :)

Thursday, August 11, 2011

hoi kecik!

saya seorang manusia renek. ni balasan sebab masa darjah 6 saya tinggi sikit daripada orang lain dan saya suka main kepala diorang. tambahan lagi, penggunaan ayat "kau pendek doe" , " tebantut ke hape kau ni" , "HAHA aku boleh nampak kepala kau" menjadi ayat wajib bila bertemu rakan rakan.

tahun ini saya sembilanbelas tahun. saya masih pendek.makin lama saya rasa saya makin pendek. kali ni, kawan kawan saya pulak guna ayat kasar tentang kerenekan saya.saya pernah marah sebab hal ni. tapi sekarang pelantak lah korang nak kata apa. bukannya saya boleh tinggi lagi.

bulan ini bulan puasa. saya hilang selera makan saya dengan sangat tragis. semalam pun masa berbuka puasa saya tak habis feyberet kuew tiaw bandung dan masa sahur saya menggedik order roti bakar & fries, tapi saya tak habiskan jugak. kawan kawan saya kata saya makin kecik. humakai...

gula hati saya jugak cakap saya da tak howt sebab baju kurung saya dah besar gabak ala ala "sesat di belantara" (????) gula hati paksa dengan penuh KESAYANGAN, suruh saya makan banyak. tapi saya tak makan jugak. minggu lepas guard rumah saya ingat saya budak duabelas tahun. saya rasa nak hempuk pale dia tapi saya puasa.

esok esok ada orang panggil saya "HOI KECIK!" menyirap tahap dewa dewi. satu hari kau dapat jugak benjol sebijik kat pale. tu yang pasti


Monday, August 8, 2011

blogger bercinta terus jadi cliche

aku perasan 1 benda ni. da lama tapi aku malas nak ulas je. sebab baru baru ni aku pun terkena virus cliche tu.
blogger yang start bercinta mesti sebok dok update kisah chenta. buta buta semua benda dok cerita kat blog. memang la blog kau sukati kau, tapi takpayah la nak cerita sampai dalam2 kain kan. think before you write ok?

hari ni aku nk mintak permission nak jadi cliche lagi. sebabnye, esok 100th days dengan pakcik boncet tu. macam lama tapi rasa cam kejap je. da la, tak nk ulas banyak banyak, nanti sorang2 batal pose sebab muntah muntah kronik :X


untuk encik asyraf sayang,

  • saya carik pasal awk pandai je bodek balik
  • saya cengeng awk bagi spirit jadi terus kuat
  • saya menggelabah awk slambe unta je

Saturday, August 6, 2011

love can wait :)


some said, it feel lonely when no one beside you. to feel your joy or even your pain
some said, love cause so much incidents neither good or bad
i said, love can wait :)



this is my fav <3

can you wait for me?

god knows how I feel :)






apa da, time2 puasa buat entry mcm ni. batal pose kang. HAHA :p

Friday, August 5, 2011

playground

playground use to be tempat paling menyenangkan, happy and lambaian buaian memanggil manggil buat kita tersenyum lebar. playground aku playground terbaik. tempat aku belajar berpijak, dipijak dan memijak mijak balik jika perlu. taman yang ajar aku corak masa depan aku. taman yang ajar aku bangun untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. tempat hebat untuk orang2 hebat.

setiap playground mesti ada pembulinya. aku tak pernah terlepas. ada saja kaki buli buat taik. tak boleh kata apa, dasar kaki buli, emosi aku dirobek lagi. 3 tahun membesar dalam taman itu, memang lali dah. telinga dah tuli caci maki. mata da rabak tahan sepi. hati da sebal tunggu mati. sebab aku ada kamu, kamu, kamu, kawan sepermainan, aku kuat lagi. hadam semua macam benda tak pernah jadi.

satu hari, aku jatuh tersungkur langsung tak boleh bangun lagi. hati memang sakit lagi lagi aku dibawa pergi ke playground lain. bukan tempat hebat, tempat biasa yang mana kau aku terpisah jasad. pelukan terakhir bawa aku meratap manisnya madu persahabatan yang kau hulur. tapi aku lumpuh. nak bangun pun aku tak mampu. kepala tertunduk, aku tinggal kan kenangan pahit manis di taman itu. sekali lagi, aku tak toleh lagi. aku dengar kau menagis, tapi rasa sedih kau tak dapat  heret aku singgah lebih lama. maaf

hari ni, hati aku diusik lagi. playground tempat main kita jadi taruhan pembangunan. aku sayang sgt taman tu. taman pertama ajar aku ada hati, ajar aku menangis bila sayang2 aku kena usik. jadi kebal bila kena tikam belakang. taman pertama aku tanam bunga cinta dengan sang adam. taman pertama gaduh besar dengan jantan2 taman sebelah. taman pertama jatuhkan pembuli dengan senyum sinis kita. ahh manis.

kau, kau, kau, kau. semangat aku

dewan makan








gambar lama. kalau buruk pun tak kesah kan?
Asrama Toh Puan Norashikin, KL kenangan termanis sepanjang hayat. asrama ni nak dirobohkan tahun ni :( ape aku nak tunjuk kat anak cucu aku kalau diorang tanya mana hostel aku? haish, YayasanSelangor masuk 40 tahun, tahun ni tapi tak dapat nk selamatkan jugak asrama bertuah ni. sayang wehh