Saturday, October 29, 2011

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

entry ini telah tergendala selama beberapa hari ..

speechless. nak menaip, jari kaku, mata yang deras "bekerja"

malam2 kalau aku balik klang memang session meluah sakit hati dengan kakak seorang tu. tu pun kalau minggu tu kitorang tak bergaduh la. kalau gaduh, masing2 buat hal sendiri :D. tengah set2 muka tabah dengar isi hati si kakak, aku dapat 1 mesej yang sarat dengan soalan soalan lain.

"salam sayang semua. Rindu kalian. Mesti semua dah tahu, Along dah takde, da pergi, sedih.. hmm. semoga ditempatkan dlm golongan beriman, rohnya tenang, amin..jaga diri semua.. ayu sayang semua" -seriayu

menitik air mata saat terlihat perkataan Along dah takde. si kakak yang dah nangis tu pulak pelik tengok aku nangis teresak esak. memang tak patut kan. sepatutnya terus sedekahkan Al - fatihah. aku jahil, aku tahu. 

sesi kenal aku dengan arwah tak la lama mana, tapi dia antara orang yang terkesan kat dalam hati aku. kira memang ad tempat la kat celah celah hati aku ni. 3bulan "indah" dekat PLKN dia salah seorang yang rapat dengan aku. dari class character building, sampai lah class kenegaraan. otak sangat gila2. masuk la dengan aku, tak suka sangat orang emo emo ni. semak! last before tinggal kan PLKN dia pesan jangan lupa dia. memang aku tak kan lupa sampai bila bila.

berapa bulan lepas tu, aku pergi jumpa dia dengan Uzair. kawan rapat juga dekat PLKN. korang nak tau tak, korang la orang2 first aku jumpa lepas balik kem. aku sanggup sorang2 dari shah alam datang jumpa korang. korang date dengan aku tapi sayang, tak tangkap gamba langsung kan :) rasa rugi. rugi sangat! lepas tu kita da tak jumpa dah. tak jumpa terus to be exact. :(

untuk awak arwah Along Amali bin Roslan, Al fatihah. semoga awak tenang di sana. mudah mudahan. tolong doakan sama. terima kasih :)

Thursday, October 20, 2011

terabai

sepanjang minggu, segalanya berjalan dengan sesak. hidup sehari hari sesak, bila tiba malam hati pulak jadi sesak. tahan sakit disana, tahan terguris disini, tahan segala macam hal sampai rasa mahu terburai satu satu urat. sebelum tidur ibu pernah berpesan, untuk kurangkan penyakit hati, apa kata kita maafkan apa yang orang buat dekat kita. InsyaAllah, tidur kita akan lena selena lenanya (walaupun dapat tidur 2-3 jam sahaja). kalau kita da maafkan orang tu tapi dia masih simpan dendam, tu kerja dia dengan tuhan.



hari ni rasa nak share 10 nasihat As Syahid Imam Hassan Al - Banna. :)

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
 

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.


selamat beramal :)

Friday, October 14, 2011

beban terbang jauh jauh

assalamualaikum :)
Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan lagi untuk hidup. sempat lagi menulis entry. minggu lepas aku mengalami minggu super supreme busy! pertama tama dengan event yan aku sendiri kena jadi HEAD OF PROGRAM?? sumpah itu pengalaman pertama handle kepala kepala yang sangat ramai. minggu persediaan minggu paling hell. kena edit kerja tu, kena pantau kerja ni, kena buat keputusan tu. aku ingat jadi boss senang. tapi sumpah takkkkk T_T


akhirnya event berjalan dengan lancar and dapat pujian dari lecturer dan kawan group lain. bukan pujian aku mintak, harap semua orang berpuas hati je. itu je :) #gambar akan di upload kemudian :)

lepas habis event, langsung aku kena pergi shooting. jangan salah sangka, bukan jadi pelakon, tapi jadi crew untuk silent movie. ni pun FIRST TIME buat movie 100% dengan team mates. haishh. nasib baik bukan jadi director, cuma jadi camerawoman je :) buat movie mmg sangat stress sampai tah berapa kali gaduh. tah berapa kali menangis. tah berapa kali putus harap. tah berapa kali semua benda. akhirnya, siap jugak semalam. sekali dgn editing :) alhamdulillah

sekrang tinggal tunggu nk final je. wish me luck dear :)