Thursday, November 17, 2011

17novenber2011

assalamualaikum :) 

17November2011 sepatutnya aku secara ofisial nya dah patut ucap bye bye dekat sememster4 yang tunggang tebalik. nasib memang tak side aku sebab kerja edit mengedit tak habis habis lagi. terpaksa lepak shah alam duatiga hari lagi. semalam keluar dewan exam rasa macam dapat balik nyawa yang kau pajak dulu sebab tak cukup duit nak bayar hutang ahlong. rasa lega sampai macam tu. semester kali ni aku boleh conclude sangat upside down. feeling turun naik, menjunam bagai roller coster tak berpedoman. err, hyperbola disitu. subject aku hadap semester ni memang LUARRRR jangkaan aku. sumpah luar jangkaan. time ni nak je aku jumpa sorang sorang yang pernah cakap course masscom ni super easy lantas tumbuk tepat ke muka diorang dan terus berlalu dengan bangga, tapi macam biasa lah, kau akan parah dalam imaginasi aku je. 

dalam ayat pendek, aku klasifikasikan semester empat sebagai bitchy, unmatured & super penat :/
best thing pasal sem ni pun banyak jugak. antaranya :

  • tak perlu nak impress orang sangat. tunjuk yang terbaik je. then orang akan notice kita
  • dapat peluang bawak kereta abah ke shah alam :)
  • dapat conduct satu event yang menyatukan budak budak sekelas. 
  • insaf kejap tengok kekurangan orang lain
  • terbukti abah ibu sayang aku sebenanye :)
  • baru aku tau, ramai yang masih sayang kat aku
  • cinta itu sangat sakit
  • kena tikam belakang pun sangatttt sakit
  • hidup sorang best, tapi tak sebest ramai kawan
  • jumpa ramai orang orang baik
  • tersedar, dunia ni masih ramai yang bagi pertolongan tak harap balasan
  • ramai pulak secret admire aku, bhaha
  • aku rindu semester tunggang langgang ni :')

Friday, November 4, 2011

gigih!


sedang berusaha gigih nak faham ayat ayat mandarin ni
berapa detik je lagi ni nak hadap paper final, dengan harapan jawapan semua terkeluar bagai air sungai yang mengalir. cewahhh
wish me luck :)

buku yang sedang dihadam isi nya :)

#lagi tiga paper, tamatlah riwayat semester empat. wohoo :)

gula hati


Assalamualaikum. last Deepavali  memang satu Malaysia cuti kan. so masa yang ada dihabiskan dengan dating with the gula gula hati :) perjalanan awalnya aku sendiri. dalam KTM tiba tiba Dhania text kata dalam ladies coach. melilau mata mencarik tapi dia dalam coach lagi satu. *noob gila bila mati mati ingat ladies coach ada satu je. haha

sepatutnya pertemuan kedua ni berlaku pada 22 november sempena pertemuan pertama katanya. tapi as a student, memang tak dapekk lah nak nolong kalau 22 november tu hari kuliah. pertemuan kedua, celah Mid Valley sebab bumi Kajang sangat lah jauh ye. kali ni LEBIH ramai la dari hari tu. anddddd first time jumpa Ayuu lepas keluar dari kem dulu. heksited gila! Hazim from company Charlie pun join jugak and Alhamdulillah boleh get a long. orang kata apa? ada kimia? haa, gitu lah kot :) btw, let the pictures do the talking yaw!

master mind dalam hal ni, pakcik Nasu with Liesa :)

the gadis : shark, Ayuu and Dhania

unfair sebab Hazim tak nampak :(

ni cuma sekadar angka ye. tak lebih daripada tu. tehehe

selalu jumpa mesti end up jadi minachi. gossip memanjang

all of us :)

sorry, keadaan connection tak mengizinkan nak share gamba banyak banyak. connection pun ada jealousy issue. ingatkan manusia je. haha. harap faham la ape je kitorang buat hari tu. lepak ----> gossip ---> bowling ---> gossip lagi ---> group hugs (ehem, perempuan dengan perempuan je k)

sangat ohsem bila dapat jumpa sekali sekala macam ni kan? dulu time hari hari jumpa, korang lah kawan gaduh aku, kawan tido aku, kawan kena denda, kawan semua benda lah senang cerita. bila masing masing dah jauh, serabai rasa rindu tu datang. tahun tahun lepas ni mintak mintak lah ramai lagi yang follow ek.

p/s : jika ukhuah yang terjalin ni ikhlas, InyaAllah sampai mati pun kita tetap bersahabat. eh, lupa! selamat dapat pointer terbaik kawan kawan di UiTM :)

Thursday, November 3, 2011

entry tak bertajuk

assalamualaikum,

straight forward, ini bulan November :)

#1

kredit to pakcik Nasu. lepas sehari merayap sama sama. entry merayap nanti shark update ye :)

#2

kredit to kina sayang & nebby juga :)

#3




kredit to Hazim :) pagi sebelum melangkah masuk dewan menghadap paper Research Method yang "mencabar"

#4




kredit to killa :) jumpa minggu tekad siswa nanti ye :D

terima kasih teman seperjuangan. walau korang jauh tetap ingat kat aku kan. sayang korang sampai langit tujuh :) ada lagi tak berita baik untuk aku? #terima kasih Ya Allah :)

Wednesday, November 2, 2011

from hero to zero


Asalamualaikum. selamat musim tengkujuh. cuaca sangat tak menentu kan lately. kejap hujan, kejap panas. minggu ni je dah terkena dua kali. nampak langit cerah je sungguh sungguh basuh baju. usai basuh baju nak la terus sidai, tau tau hujan maha lebat. hari tu lagi kena teruk. dah sidai baju sebab cuaca sangat la cantik. kebetulan aku tertidur. err, TERtidur mati, tak sedar hujan lebat gila gila babs punya. kelang kabut turun tengok baju dekat ampaian. fuhh, semua kena terbang dek angin. nicee T_T

cerita pasal hujan, aku teringat musibah yang melanda skuad bola sepak Terengganu yang kalah final piala Malaysia hari tu. Terengganu ni hebat kot, sebab dapat kalah kan Selangor (huh!) tapi mungkin malam final tu memng tak de rezeki kan. ape nak buat.

berbalik kat cerita Terengganu, aku paling kesian kat penjaga gol diorang tu, Sharbinee Alawi. lepas negeri sembilan bolos 1 gol, pakat2 masing masing tweet salahkan si penjaga gol. memanglah kesilapan tu sangat sangat silly and tak boleh diterima tapi korang tak rasa ke dia sangat pressure time tu? mana pulak puak puak defender? tak reti ke nak jaga gawang? maka ramai ramai lah berupdate status FB juga twitter.

sebab kan 1 gol tu, orang terus lupa jasa Sharbinee Alawi dapat kalahkan Selangor. see, dengan satu tindakan salah kita, orang dah boleh hukum kita seberat beratnya. kenapa time kita dilanda musibah tak de sape nak ingat benda baik yang pernah kita buat? sedangkan kalau difirik fikir balik, benda salah yang kita buat tu cuma sebesar zarah. mungkin masa, keadaan dan masa nya tak kena. ok, sekarang letak pulak diri korang dalam keadaan orang yang terkena tu. seronok ke bila semua orang dok blame kau without fikir apa rasa hati kau? sakit ke, marah ke, sedih ke? letak pulak kau dalam keadaan orang yang dah tak dipercayai atas satu kesalahan yang dulu orang boleh terima, tapi sekarang, lain pulak cerita nya. busuk busuk pun kau mesti nak ada sorang teman dengar isi hati kau. betul? zaman sekarang ni nak tunggu orang dengar cerita versi kita memang susah. dapat satu versi, terus buat pangadilan. tak salah kalau aku katakan yang setiap manusia perlukan masa dan ruang untuk menjawab tuduhan yang orang lain lemparkan. setuju?

jadi, selayaknya manusia tak perlu diberi mandat untuk menjadi Tuhan. kan nampak capik nya bila manusia berlagak Tuhan. menghukum orang tanpa melihat cerminan. menghukum orang lain, tapi merasa diri sendiri perlu dikasihan saat dipijak. perlu aku ingat kan, hidup ada karma nya. hari ni kau diatas, esok esok tak tentu lagi. hari ni kau HERO, jangan ingat tak boleh jatuh terduduk jadi sang ZERO.


p/s : langit tak selalu cerah. hujan itu perlu untuk membasuh salah salah lama. InsyaAllah, lepas hujan nikmat pelangi itu indah :)

dah lama tak merasa ^^

Assalamualaikum. ye, terimakasih ayuu sebab tag. nak jawab la ni. sat noe,


soalan cepumas berbunyik :

1) Panggilan untuk anda di rumah?
  • ramai panggil kak ngah
  • jarang panggil shark
  • kadang kadang panggil botak ( err.. mungkin sebab suka sangat tengok cerita juvana kot. haha, cover baik punye)
  • kalau nak kena panggil la hoi :)
2)sekarang belajar peringkat mana dan course apa?
  • Alhamdulillah, sekarang otw completekan diploma dalam bidang communication and media. phewitt sikit!
3) seronok dengan dunia anda sekarang?
  • boleh la
  • bila datang time seronok memang tak hingat la
  • bila datang time sedih pun tak beringat jugak
  • overall, terima je semua benda yang jadi :)
4) upload gambar besfriend anda. tak kisah banyak manapun.
-..-, ok2 gurau2. hehe. ni la senarai bestfriend itew  

    5)hadiah ulangtahun paling sweet anda pernah dapat.
    • dapat bunga kot. tapi time tu bukan ulangtahun :)
    • dapat semua benda yang ditunjuk masa shopping :D 

    6) Pendapat tentang follower dalam blog sekarang.
    • very supportive
    • masih setia walau cerita tah pape
    • masih setia jugak even jarang updateterima kasih semua
    7) lebih prefer makan yang mana : ikan atau ayam.
    • ayam! hehe
    8)  prefer dengar yang mana : english song/kpop/nasyid.
    • semua pun boleh layan
    • tapi kpop, sorry. tak masuk la
    9) first thing-to-do bila buka internet.
    • check facebook
    • even da ada twitter tapi facebook tetap chenta pertama 
    • then buat2 la bukak email ke buat keje ke bila abah da pandang semacam. boleh praktik benda ni :)
    10)  prefer mana : produk tempatan/ luar negara.
    • depend on kualiti dia la.
    •  selalu pakai tempatan je. tak banyak duit lah dik non
    11) pendapat tentang saya yang tak seberapa ni.
    • kawan yang sangat memahami
    • rajin melayan otak gila babs aku
    • kau je faham ayat puitis konon aku tu


    ok, 11 soalan tok follower pulak :)
    1. lahir tahun bila & apa yang best time zaman korang tu?
    2. sekarang belajar tahap mana and course apa?
    3. lebih prefer naik public transport ke kenderaan sendiri?
    4. berapa jauh anda pernah merayap sorang sorang?
    5. ciri bestfriend yang dicari cari?
    6. apa yang ada dekat perempuan tapi tak de dekat lelaki?
    7. apa pulak yang ada dekat lelaki tapi tak de dekat perempuan?
    8. benda extreme yang pernah anda buat?
    9. apa pandangan tentang politik negara kita?
    10. blog ni ok ke tak?
    11. pandangan tentang tuan empunya blog ni?

    sila lah jawab ye :)
    killa92
    konklusi nurul
    seriayu
    kina miswan

    terima kasih daun keladi :)