Sunday, April 15, 2012

trashes


Assalamualaikum :) Alhamdulillah perjuangan sem 5 aku dah habis takat sini. ada 2-3 masalah je yang belum selesai lagi. tak pe, fikir slow2 insyaAllah settle jugak nanti. Amin

lately aku dapat kata kata paling kejam dalam sejarah hidup. haha poyo je. padahal masa sekolah rendah dulu lagi mean diorang hentam kau shark oi (cerita lama dah lupa). cumanya aku agak terkilan dan tertekan sebab yang utarakan perkataan2 kasar macam tu orang2 yang belajarnya tinggi. tah lah, nasi dah jadi bubur kot. nak masak balik pun tak boleh :)

sejujurnya, aku rasa dunia ni dah cukup sangat dikelilingi baka baka negative. jenis jenis memang sengaja julur kaki bagi orang tersungkur. pastu gelak kuat2 untuk puaskan rasa sakit hati yang berdenyut denyut. dan sejujurnya juga, aku harap kata kata busuk dan hanyir terhapus dalam mana2 kamus dewan atau kamus dwibahasa. atas sebab? atas dasar cinta sesama manusia. haha ok, tipu. aku bercakap atas tiket "bahagialah bila tengok orang senang" cakap memang senang, ye dak? praktik cuba *face palm diri sendiri*

dik non, kalau 1 ideology dimain, ditayang, ditatang sebelah pihak je rasa nya macam tak sedap pulak. cuba, untuk sekali ni je, sekali ni je, kita sama sama gendong ideology yang 1 ni. tolong lah. kau jugak impi keamanan sejagat. aku paling pantang orang "membodohkan" atau "mengtak ada otak kan" orang orang yang lain fahaman dengan dia. tak kesah lah sekutu A lagi bagus dan sekutu B tidak. kadang2 kena tengok apa salah kita jugak. macam yang lecturer aku cerita, "look at the bigger picture"

tak salah jadi orang yang aliran berbeza. cumanya jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.faham? ok, aku bagi contoh, encik man, seorang kaki mabuk yang dah bertaubat diangkat menjadi ketua kampung Z. tiba2, satu hari orang kampung nampak encik man depan pub tapi tak nampak pun dia masuk atau beli arak. cumanya orang kampung nampak encik man berbual kosong dengan GRO pub tersebut dan terus jatuh hukum yang encik man sudah kembali ke pangkal jalan nya sebagai seorang kaki mabuk. seperti biasa, akan ada kata2 yang beini : "ala, tak heranlah. dia tu kaki mabuk, selalu tinggal solat. anak bini pun lari"

kat sini aku nak tegaskan, manusia selayaknya jadi manusia SAHAJA. tak perlu jadi tuhan untuk adili mana akan perginya manusia. samada ke JAHANNAM, atau ke JANNAH. itu kerja tuhan. biar saja tuhan uruskan.

p/s : sokonglah kawan kawan yang nak berubah ke jalan lebih baik. bukan keluarkan statement "macam dah bagus sangat je nak nasihat aku." sama sama belajar jom :)

Thursday, April 12, 2012

kawan kawan yang kita suka


ini lah sebab nye kenapa aku sayang kau lebih. aku perlu sahabat yang macam ni. tegur bila aku salah, ingat kan aku bila aku mula lupa. tapi kenapa kau jauh? :'(


Wednesday, April 4, 2012

spechless



ayuh, sakitkan lagi. kerna aku sedar hati aku cuma picisan :)

Tuesday, April 3, 2012

just stop it


Assalamualaikum.

hari ni nak cakap pasal issue JEALOUSY sebab lately macam ada je yang tak kena here and there. Abaikan gambar diatas. sekadaran mekanisma menganjing di situ ya :)

jealousy atau kata dasar yang lain nya ialah sakit hati. selalu jadi dalam kalangan perempuan, wanita, isteri, ibu2 dan seangkatan dengan nya. lelaki jarang jarang kot dapat penyakit Jealousy ni tapi aku tak cakap tak ada, cuma rare sahaja ye. Kalau merujuk balik dalam Al-Qur'an, dari awal penciptaan manusia ni lagi dah ada rasa jealous ni. sebagai contoh yang paling popular, cerita pasal Habil dan Qabil. puncanya mudah. SAKIT HATI. konklusinya parah -> MATI.

sakit hati ni ada good site? bagi aku, ni jawapan paling relivan kenapa Jealousy itu baik

1. boleh sentiasa meningkatkan diri
bila kita tak suka sesuatu / seseorang tu, kita akan mati2 tak kan jadi macam dia. so every bad things pasal orang tu sedaya upaya kita nak avoid :)

2. medium muhasabah diri
rasa sakit hati atau iri tu boleh dijadikan benda positive. sebagai contoh, tiap kali hati rasa sakit, cepat2 ingat kat Allah,. cepat2 istighfar kat Allah. boleh selalu ingat kat Allah

3. belajar untuk ikhlaskan hati
maksud ikhlas kat sini mcm ni, iri hati selalu timbul bila nmpak kelebihan kat orang lain. atau tengok hasil kerja yang bagus daripada orang lain, so, to stop rasa iri hati, kita should ikhlas kan lah atas apa yang kita buat. so that, tak timbul lah comparison dalam hati tu. (betul ke ni?) hehe

the bad site of JEALOUSY :

1. hati makin keras
semakin byk kita sakit hati, makin banyak kita melawan. makin banyak kita melawan, makin banyak hati - hati orang yang kita sakit kan. andd makin banyak lah doa - doa orang teraniaya akan dimakbulkan. ada jugak yang kata, makin banyak kita berdebat, makin keras hati kita. waAllah

2. tak pernah nampak salah sendiri
selalu nmpk salah orang melebihi segala. tak pernah nak reflect diri and tanya, aku ke yang salah dlm hal ni?

3. kawan jadi lawan :)
sape yang suka kawan yang nak lebih segala galanya daripada kita? sila angkat tangan! *krik krik* (effect crickets nak tunjuk tak de orang) ;)

4. muka yang cantik terhapus dengan adanya hati yang busuk
pretty please, remember this one, orang tak ingat kita sebab muka lawa kita. orang ingat kita atas attitude kita. so, do behave lovely ladies :)

p/s : muak dibanding bandingkan dengan yang sempurna. tolonglah, dalam keadaan apa pun, aku kalah 70 round daripada kau dear sister. kau lebih segala galanya daripada aku. so I beg you. stop hating me. I have nothing. just a alot of flaws, cacat, busuk and manusia paling bodoh dlm sealanya. sekian