Tuesday, January 22, 2013

tolong pijak




susahnya orang macam aku ni
suka sangat jaga hati orang. suka sangat tengok orang bahagia


tak perasan hati sendiri kena pijak pijak
eh, tiba tiba dah berdarah :)


pastu kena tampal sendiri pulak tu
*proses masih berulang sampai mampos*

Monday, January 21, 2013

tak puas hati

Assalamualaikum semua :)

atas isu semasa yang berlaku, makin ramai yang berani menyatakan ketidak puasan hati mereka mereka. bagus. seronok tengok kebangkitan yang semacam ini.

tapi makin kita banyak ilmu, makin banyak kita bergaduh. aku tak faham yang satu ni.
menurut teman teman, kita gaduh sebab ada perkara yang kita tahu, tapi tak pernah nak jelajah sisi baru dari ilmu itu. faham?

maksudnya begini, kita melihat wajah kita dicermin dari depan cermin itu sendiri. tapi, pernah tak kita tengok dari sisi cermin atau dari belakang cermin tu? (bahagian yang tak pantulkan apa2 rifleksi) nahhh, macam tu jugak kita dalam mencari ilmu / maklumat. ad yang memang tengok dari depan. ada jugak yang lahir2 disuruh tengok dari belaakng. dan sebagainya.akhrinya, macam biasa. kita gaduh, dan gaduh lagi :)

*pause*


ada satu malam, aku berdiskusi dengan seorang teman. mula mula kami sepakat dengan topic yang dicerita. makin dalam isu tu dikupas, makin banyak percanggahan pendapat kita dapat. berdiskusi lagi
dalam,
 dalam, 
dalam,
 dan dalam.
 tak jumpa jugak titik temu persefahaman. sambil kitorang dua gaduh tu, ada seorang lagi teman yang duduk perhati. dari tadi. dia diam je perati. makin rancak kitorang gaduh pun dia masih perati.

tiba tiba dia koyak satu muka surat dari buku atas meja. dia koyak lagi satu. aku dan teman yang bergaduh tadi terdiam. dikonyok pulak kertas kertas yang dikoyak tadi. dia masih diam. aku yang kurang pasti atas tindakan dia bertanya : "kenapa weh?"



"nah, ni kepala bapak kau, ni kepala bapak dia."
"nah, pijak sampai puas. dah puas bagitau aku."

HAHA.

kesimpulan mudah. tak payah gaduh