Tuesday, July 8, 2014

pita 1




Ramadhan 10


5 hari terlantar dalam ruang sendiri
4 fikiran melayang layang pergi
3 kali nangis sendiri sendiri (sampai kering dan basah kembali)
2 orang tua yang tak putus putus doa
1 nyawa yang entah melayang mana


*pause*

5 pakar. turun naik
4 geleng kepala. satu bagi asbab untuk teruskan nafas
3 minit rasa lapang
2 mata tak mahu juga pejam
1 Tuhan tempat tadah tangan


*stop, fastfoward, play*

5 senyum kembang
4 dara dalam taman
3 curi pandang
2 perkataan buat hati tenang
1 jenis manusia yang tak akan hilang

*back, back, back, play*

5 waktu untuk di jaga
4 musibah datang memeluk
3 waktu terlepas sia sia
2 jam rangkut mayat
1 raksa jatuh tak kuat


nak menunggu 13 ogos, aku cukup tak kuat. cuma jangan tanya "are you okey?" jujur cakap aku TAK OKEY! TAK OKEY AT ALL. setakat hari ni, belum lagi lapar perhatian daripada manusia. so, layan aku macam biasa je lah. aku elok lagi. in shaa Allah 

Wednesday, July 2, 2014

taboo



it hit me hard
the symptoms are there
but yet, i'm to afraid to find out what really happened



it struck in my blood vessels
and block my brain immediately
half of my limb are numb
some are just paralyze

I've lost count how many times I woke up bleeding and stuff
this is just too much
 my body couldn't  take it  anymore
pain killer are now the one who killing me

lord, if you want my soul, just take it
dont give me this kind of tortured
i'm just afraid losing
so, take my soul with you without anyone ever realize what have I've been through  

tunduk



Ramadhan 4


Beberapa bulan sebelum Ramadhan, secara kebetulan (atau memang dah ditulis) aku terjumpa kawan lama. tak boleh lagi digelar sahabat sebab aku tak berapa rapat dan kenal sangat dengan dia. masih cakap bertapis, gelak tak sampai hati (bagi pihak aku) dan masih dalam fasa puji memuji tudung dan warna baju. heh

bukan itu point aku nak share sebenarnya. dalam borak catch up semua benda sepanjang tak jumpa, dia pelawa aku join jadi sukarelawan di Gaza. ye, Gaza Palestine. tempat semua keyboard warrior dok berdoa nak pergi selalu. nak berjihad fisabilillah katanya. macam biasa, aku gelak gelak. ingat dia bergurau. dia cakap tak. INI SIRIUS! perlukan beberapa orang sukarelawan wanita untuk bulan Ramadhan.

*telan liur*
seronok. memang dah lama nak pergi sana, tengok dengan mata kepala sendiri apa laknatullah zionis buat dekat saudara seIslam aku. ikut hati, cepat cepat aku kata YES! YES! YES! AKU NAK PERGI! *masukkan effect melompat muka seronok nak mamp**  tapi aku diam, kemam muka kelat dan senyum nipis nipis ke dia. dia pun faham. tak tanya banyak nampak sangat aku tak minat atau memang nampak sangat aku tengah takut atau nampak aku tak ready atau apa apalah yang dia fikir time tu. borak satu dua benda, dia pun mintak diri untuk balik. aku hantar dia dengan senyum


"benda dah depan mata, kenapa tolak?"

aku perasan, aku ada satu habit pelik. bila peluang ada depan mata, cepat cepat aku tolak. entah kenapa. tapi untuk yang ini, aku ada reason kukuh. cuba kau bayangkan, kau dah sampai ke sana, I mean bumi Gaza. dengan harapan kau boleh membantu mana perlu. kau boleh kongsi bahagia yang kau bawa dari Malaysia -- tak banyak pun tak pe, janji ada rasa bahagia. kau bayangkan kau dapat timba pengalaman dalam halaman orang, kau boleh ajar anak anak sana membaca, main permainan bodoh daripada Malaysia, semua benda. semua. tapi bila kau tanya diri sendiri, mampu ke kau buat semua? sumpah, aku ada emosi paling nipis daripada orang lain. tengok drama anak derhaka pun aku boleh nangis teresak esak. belum lagi orang buat jahat atas aku atau orang lain. mau makan berhari hari aku nangis. jadi, dari segi emosi, awal awal aku out. tak fit orang kata. kalau aku pergi sana, macam mana aku nak hadap anak anak yang hilang ibu ayah? ibu yang hilang anak teruna dan daranya? ayah yang hilang mampu untuk jaga keluarganya? Allah, sungguh aku tak mampu. nak tengok remajanya hilang anggota? dengan tengok aku menangis hari hari, kau tak rasa stress ke nak hadap? kau tak rasa "hek eleh, dah tak kuat kenapa datang jugak? menyusahkan" aku tak suka diapandang cengeng, rabak atau lemah depan orang orang lain (semua orang pun macam tu kan?)


isu pergi ke Gaza ni buat aku fikir, kadang kadang betul, Allah permudahkan jalan yang baik untuk kita. Allah temukan kita for a better reason dan of course, rancangan dia maha hebat. Dia maha tahu luar dalam hambaNya. aku anggap ini satu ujian. ujian yang mana aku rasa aku dah cukup kebal nak hadap tapi Allah maha tahu. sebab tu dia jumpakan aku dengan orang yang dah memang selalu hadap perit sakit orang lain (aku kenal kawan aku ni melalui ceramah daripada Aqsa Syarif. dah aktif lama dalam hal hal Palestine dan Syria daripada tahun 2005 lagi). buat aku makin jelas, kau tak lah selalu sangat berkorban shakila zen. kau banyak makan budi orang. tanggungjawab aku dekat Malaysia pun tak jelas lagi. tanggungjawab atas abah ibu yang bakal jugak pergi satu ketika. ahh, macam macam lagi. tunduk.

jelas dah kan mana kedudukan kau sekarang? :)

untuk yang ada di Gaza sekarang, Allah pilih kamu dari berjuta makhlukNya di serata dunia. you must be something luar dan dalam.kalau isi dunia tidak memandang, Maha Kuasa ada tempat untuk kalian.

Gaza, berhenti menangis