Friday, February 14, 2014

surat orang gomen


Mak Tiri
Lot 3337, Jln Berselirat,
42100 Klang, Selangor


----------------------------------------------------------------------------------

   14 Februari 2014

Sesiapa yang berkenaan

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK GANTI RUGI AKIBAT KECEWA DAN PERMOHONAN UNTUK DIKEMBALIKAN HATI DALAM KEADAAN ASAL

      Merujuk perkara di atas, saya (seperti penama di atas) memohon perhatian daripada pihak tuan agar mengembalikan hati saya dalam keadaan seadanya.

2.  Untuk makluman pihak tuan, saya tidak dapat meneruskan kehidupan dengan sepenuhnya seperti sebelum saya berjumpa dengan pihak tuan, dan saya mengesyaki bahawa saya mengalami tekanan perasaan serta kelukaan hati yang sedikit sirius. Hal ini juga tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar kerana hati saya sebenarnya kuat dan sihat pada luarannya.

3.  Pihak saya juga merasakan pihak tuan tidak terkesan dengan keputusan di belah pihak tuan supaya perhubungan ini diberhentikan setengah jalan. Pihak saya juga merasakan bahawa tuan suka berfoya foya dan membuatkan hati saya secara tak langsung pedih dan terguris. Mungkin pada pihak tuan, hati manusia macam plastik yang boleh diguna pakai berkali kali dan susah dilupuskan gamaknya. Jika pihak tuan tidak berminat untuk meneruskan perhubungan ini, eloklah kiranya tuan mengembalikan hati saya dan juga jangan memberi harapan palsu yang tuan sendiri tidak tahu akan keputusannya.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat berterus terang dan mengotakan janji janji manis umpama teratai layu di tasik madu yang pernah tuan katakan dahulu ataupun, tuan juga boleh mengembalikan hati saya tanpa ada cebisan cebisan yang tertinggal (walaupun sebesar zarah) dalam simpanan pihak tuan. Saya berharap, dengan keputusan ini, saya dapat hidup dengan lebih sempurna dan mungkin mampu bertapak ke hati yang lain.

Segala kerjasama daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih


Yang Benar,

MakTiri

(MAK TIRI)
Perempuan dalam Mimpi Kamu Dulu


p/s : hanya cerita rekaan di hari Valentine. hiks

Thursday, February 6, 2014

chapter twenty - two



belum masanya meraikan sesuatu
kerna bagi aku, aku belum capai apa yang aku mahu
walau secubit. apetah lagi segenggam

tapi untuk apa yang pernah aku dapat dan hilang,
sepatut ayat ialah Alhamdulillah :)


dan untuk kamu yang hari ini buat aku seperti sesuatu
dan esok macam tak pernah kenal aku,
ye, aku masih sayang kamu. masih
tak kesah cuma untuk hari hari terdekat atau sampai bila bila


tak nak janji apa apa. sebab buku aku di pegang sama tuhan. takut. sirius aku takut

p/s : 365 days. as it should be. bangun! cumanya mimpi ngeri. belum terputus urat nadi

Sunday, July 21, 2013



aku salahkan orang yang dulu sebelum aku
orang yang awal terobos hati kau
kau sedar, dengan aku hati kau tinggal sisa sisa semata
sisa sisa sakit, cebis cebis dendam lama

lalu,
kau jumpa aku
kau harap cinta ini lebih baik dari dulu
tapi kau tipu.
kau tertipu dengan pedih luka sakit dulu dulu
hati yang patah, apa cara aku mahu ubatkan?
dipanitrasi cinta paling tinggi,
masih, kau meminta lebih lagi

aku tahu kau sepi
mari, aku teman hingga kau tua nanti.

oh,
kau mahu bahagia?
apa kata kau lupakan saja luka lama
ubah fikiran dalam otak kau tu
aku bukan orang pembawa pisau belati
bukan perempuan yang akan siat isi hati kau

dan, akhir sekali
untuk kali ini aku tanya,
-------- adakah kau mahu aku lagi?