Monday, March 17, 2014



separuh dada kosong
nak kata rindu ke si polan itu dan ini, bukan.
nak kata jatuh angau sama lelaki stranger main kunci mata di danau kota juga bukan
ditebak satu satu isi dalam hati

bukan
bukan
bukan
dan masih
BUKAN


dua minggu berkelana dalam kota batu
cari apa? aku juga buntu
diteman kawan beribu
makin sesak jiwa aku

tinggalkan rumah, semata mahu carik diri, carik erti
lupa yang dirumah itu kasih mereka abadi
lupa peha ibu lembut membuai rasa
lebih hebat dari lampu lampu kota

lupa pesan pesan abah itu ubat
lebih hebat dari madu pekat bancuhan teman rapat

lupa tawa, tangis dan gaduh adik adik itu penguat
lebih hebat dari rasa besar ditimang diangkat

rindu jasad yang dulu.
walau hebat di tangan kakikan, masih tahu mana berdiri
masih tahu, tuhan sedia qada' qadar Nya

satu per tiga malam malam yang tersia. maafkan aku. maaf


p/s : this entry was inspired by a song, let her go- passenger.
         only hate the road when you're missin' home.
         " dah try carik diri sendiri kat tuhan?"

Saturday, February 15, 2014

can I have a new ID? (yang dah lama tersimpan dalam draft)


"hello officer, can I have a new ID?"
"orite, isi borang A, B, C, D, J. oh, mintak pengesahan ibu bapa dulu. boleh saya tahu kenapa awak nak tukar ID?"
"saya kecewa dgn diri sendiri. haha ( gelak hambar)"




if let say, setiap jatuh patah kita, kita berpeluang tukar identiti kita. bersih dari apa apa salah, suci dari fitnah dunia, serba serbi kosong. polos. suci. murni. segalanya. siapa tak nak. aku tanya kau, kau nak? lari dari hidup huru hara yang pernah kita akibatkan. lari tinggalkan orang orang dungu yang asyik menyesak perasaan kau. AKU NAK! AKU NAK! AKU NAK!


but wait, berapa aku kena bayar untuk peluang awesome semacam itu?



ikhlas





ikhlas itu sepertinya apa?

sepertinya surah Al ikhlas. langsung tak menyebut perkataan ikhlas. haram sepatah

qul huwallah hu ahad.
Allahus somad
lam yalid walam yulad
walam yakullahu kufuan ahad



ohhh, padan lah aku risau. risau bila kau kata kau ikhlas ke aku. hmmm