Wednesday, April 23, 2014

testis


lelaki.

dia ada ibu, kakak, adik perempuan.
dia sayang semua.
dia rosakkan jugak perempuan selainnya


lelaki.

dia ada sembilan akal, satu nafsu sahaja.
tapi macam selalu zakar fikir untuk dia.


lelaki.

dia suka orang terima dia seadanya. dia benci hipokrasi dunia.
dia pilih perempuan persis model majalah, AKHIRNYA


lelaki.

dia kata dia jujur. mungkin dengan perempuan yang dia pernah tidur. lelaki

vagina


perempuan.

dia jalan jalan. dia jatuh. dia salahkan batu. padahal dia jalan bersepah


perempuan.

dia tak nak orang pandang. tapi dia jalang - memintak mintak perhatian


perempuan.

dia canang dia kebal hebat. tapi dia nangis kuat kuat


perempuan.

dia takut sendiri. dia cari laki - laki. dia luka dengan kasarnya depa. dia akhirnya benci semuanya - laki-laki


perempuan.

dia sendiri pegang pisau. dia sendiri robek jantung. dia menangis kata dunia tak adil. perempuan

jawa



opah pesan,
nak carik menantu,
carik lah orang jawa.


Jawa
kuat bekerja
pandai menyimpan
tak cerewet makan
hormat orang tua
tak pernah berkira


abah pesan,
cari lelaki yang tak perangai bukan bukan


senang difaham,
tak mudah meragam,
tak hidu gam,
perangai pun tak serupa gamp***


ironinya,
abah jawa
abah jugak lelaki
abah hebat ikut mata kepala aku
tak, tak! aku tak menangkan jawa
tak jugak menangkan lelaki


sebab,
aku pun jawa
jenis tak makan pedas,
hati selalu panas,
ganas,
buas,
melampau bab boros dan berhias.

oh, aku pemalas dan bias.

jadiiii, mana bahagia jawa aku yang aku nak aku banggakan? heh



bandar diraja,
2014