Thursday, February 9, 2012

20 and counting

Assalamualaikum. sambutan birthday yang paling simple tahun ni tapi paling bermakna :)

3hari sebelum birthday lagi dah dapat surprise daripada kawan2 sayang. yang kotak pink bereben tu daripada Adibah. serious chocolate dalam tu semua best2. then yg wrapped dgn pembalut kartoon tu daripada Killa. dapat note book, sebab menurutnya aku ni suka menulis. hehe sempat je observe aku ye :P

memandangkan birthday aku tahun ni jatuh pada hari sama dengan Maulidur Rasul, maka nya dengan sangat rajin aku join perarakan & ceramah Maulidur Rasul dekat masjid kampung aku. jangan terkejut sebab ni kita first time aku join perarakan Maulidur Rasul. dulu masa sekolah kalau tak silap aku lah, time budak2 puteri Islam pergi berarak, aku ada latihan tae kwon do atau pun latihan olahraga. time kat asrama pulak, aku sedaya upaya menyorok semata mata tak nak join perarakan. macam hampeh perangai dulu dulu.



oh ye, sambutan ni time 6 february sebab 5 february semua orang bz kot. so, tema dia mcm kat atas tu lah

then 7 february pulak aku sibuk nak pergi habiskan voucher buku. plan last minute dengan adik aku and decide nak terjah popular dekat JJ bukit tinggi sana. aku memang dah biasa naik turun bus, tapi adik aku kira mcm first time lah (sifat kitorang memang mcm langit dengan bumi. so faham2 lah) sampai aku kena make sure dia jalan betul2 sebelah aku. takut hilang pulak. Ujian nak ke JJ bukit tinggi tu Allah jela yang tahu.

lepas sampai bandar klang then kena tukar bus untuk pergi ke bukit tinggi. MasyaAllah, azab gila kot bila bau bauan yan tak diingini merebak 1 bus. memang tahan nafas jelah sepanjang jalan tu. bus masa balik pun lebih kurang je cerita nya.

buku buku pilihn adik

buku buku pilihan aku. *komik tu WAJIB :)

habis RM100 daripada voucher. lastly,


hadiah birthday comel daripada adik aku. :) serious sangat bermakna untuk kali yang ke 20 tahun ini.

p/s : tiup lilin dlm hati. pasang niat dalam hati jugak :))

Tuesday, January 31, 2012

mata tak mau lelap :)

Assalamualikum.
menjawab tag dari seorang kawan lama.

rules dia :

  • Each person must post 11 things about themselves in their survey
  • Answer the question the tagger set for you on their post. and create 11 new questions for people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged he/she
  • No tag back
  • No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this." 
orite, tegas mak aii. mula, dari sekarang!

  1. Nama ibu yang bagi. Nurul Shakila Zen. abah nak letak nama MARKONAH. ini fakta
  2. selalu sakit mata. dua bulan sekali akan kena ketumbit sebab rajin intai orang :B
  3. tinggi cukup cukup tok jadi model kanak kanak. if berminat, komen komen lah ye.hewhew
  4. sangat ALLERGIC bila orang panggil Killa. mungkin sejak azali membe panggil shark. so, baby baby pleaseee, do call me shark ye 
  5. tak suka kucing sebab bulu dia rasa macam melekat seminggu kat tangan
  6. tak kesah sangat pasal make up, tudung hana tajima, lagu lagu latest dan yang sama waktu dengan nya.
  7. muka macam sombong tapi sila lihat within the surface ye cik non! 
  8. bakal grad tahun ni jugak if di izin kan Allah
  9. paling tak suka beli kasut. tak tau nak pilih macam mana. kadang kadang tu rasa sayang kat kasut yang dah pakai lama
  10. ADDICT facebook and twitter :)
  11. I'm a coffee lover. bagi yang paling kaw pun tarahal lah nak habiskan
ni soalan daripada pengetag pulak

1. apa kenangan paling pahit korang? cecite cecite?
    kena denda basuh rumah sampah 3tahun berturut turut tanpa gagal dekat hosterl dulu. mula2 memang pahit, lepas dah biasa, tarahal lah

2. macam mana korang bertemu dengan si dia?
   err, yang mana satu ni? cehh. sedang tidak ada si dia buat masa ni. terima kasih :)

3. awak prefer beli phone baru ke pakai phone lama biar sampai rosak dulu?
   pakai phone lama sampai ke ahkir nya

4. blog ni umpama diary online kita. in real life, awak memang tulis diary tak?
   dah lama tinggal kan habit ni. zaman gedik berBF ada lah jugak tulis

5. subject apa yang paling tak suka zaman sekolah dulu dulu?
   the one and only, MATH :)

6. korang pernah kena buli? or macam kena panggil dengan senior la
  dengan membe sebaya tak pernah la. dengan senior selalu sangat. tspi time stay hostel dulu lah. seniors cakap mata saya kerek. duhh

7. awak suka kpop tak? kenapa?
   tak suka. musykil nya, tak de sebab kenapa tak suka :)

8. suka main game kat facebook?
   tak suka

9. masih ingat password myspace or friendster?
  ingat sangat. haha

10. sehari berapa jam awak online?
   2jam je. haha

11. awak suka math tak? kenapa?
   err, soalan jenis apa ni? hahaha. sampai mati pun tak kan suka :D

SILA JAWAB SOALAN NI YE ANAK ANAK :

  1. bila korang nak grad?
  2. apa plan lepas ni?
  3. kalau dapat tanggungjawab nak lepas ke amek?
  4. lahir zaman cartoon apa paling top?
  5. nak jadi budak budak balik tak? kenapa?
  6. kalau jumpa ex boyfriend/ex girlfriend tegur tak?
  7. pernah kena rotan dengan cikgu tak dulu? apa puncanya?
  8. pernah gaduh dengan bestfriend sampai sekarang tak bertegur? kenapa ye?
  9. kahwin muda tu ok ke ko?
  10. bila tak boleh tidur, apa je korang buat?
  11. kalau saya jadi artis, bakal feymes tak? muahaha

mahu tag : seriayu, kina missone, eyqazubir, killa, ziera zain, asfarina, roket kertaz, nabilah, wanblur, syaff



bila hati berdegup dua puluh kali lebih sempurna



esok esok atau bila bila, tingkat umur naik setapak lagi. 
susah nak agak apa bakal jadi

entah kawan kawan lari, 
cinta tak datang mari,
entah esok hari mati
mungkin jugak terbukak luas pintu rezeki. 
siapa boleh jamin hidup sendiri? 

february bakal datang tak lama lagi. secara jujur, aku tak mampu nak fikir apatahlagi mimpi nak jadi duapuluh -an ahkir minggu ni. macam mengada je kan? dalam masa seminggu je lagi ni, baru aku terfikir, apa aku buat sepanjang hidup sembilanbelas aku kat atas muka bumi?

sesen asset pun aku tak mampu nak cari,
huh, cinta hati apatah lagi,
ilmu pun tak berapa tinggi.
amal? setengah umur aku pun mungkin tak cukup2 ni.

tapi Alhamdulillah, panjang jugak Allah bagi nyawa. berharap sangat sangat, hari esok lebih baik daripada hari ni. amin