Showing posts with label issue aku kau mereka. Show all posts
Showing posts with label issue aku kau mereka. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

masih adakah orang macam ni??

assalamualaikum..
balik rumah untuk cuti ni tiba2 rasa macam sakai tengok TV.. biasalah rumah kat shah alam tak dikurniakan channel yang cantik2.. al - maklumlah TV kecik yang amat amat..

cikgu. dalam kata lain guru..
seronok melayan cerita GEMILANG.. alaa yang selalu pukul 9 setengah dekat TV3 tu la. zaman sekarang susah nak tengok cikgu - cikguyang komitmen penuh macam tu.. sampaikan sanggup gantikan anak murid bekerja di kilang. persoalan pertama yang muncul dalam otak : PATUT LA ORANG ZAMAN DULU HORMAT GURU

aku ingat lagi ibu pernah cerita, dulu orang yang paling dia takut adalah ustaz kat sekolah rendah.. sangat garang tapi tak pernah culas menunaikan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar. walau ape keadaan sekali pun, ustaz akan masuk jugak dalam kelas untuk mengajar.

lain pulak dengan cerita aku. rata - rata cikgu sekolah aku dulu amat fobia nak masuk kelas - kelas belakang. sampaikan 1 tahap cikgu tu lebih seronok bercerita dalam bilik guru. aku bernasib baik la sebab sepanjang jadi manusia beruniform putih, aku tak pernah duduk kelas belakang - belakang ni. dulu angkatan ponteng kelas aku rata-rata nya bercampur-campur.. ada yang kelas depan (budak yang malas nak hadam add math + fizik) ada jugak yang kelas belakang (kerja seni tak siap katanya)..

nak di jadikan cerita, satu hari kitorang kantoi la pulak dengan seorang cikgu ni.. cikgu ni boleh tahan kepochi jugak la. sekilas je mata dia dapat tangkap kelibat kitorang yang ponteng ni terus membebel - bebel kat situ. dia tanya kitorang daripada kelas mana.. aku cakap la aku dari kelas 5science**.. kawan2 aku yang lain ckp la dari kelas 5**.. terus dia tak pandang. yang pelik nya pulak tu, dia suruh aku je balik ke kelas tapi member - member aku yang lain tu dia biarkan je. mungkin dia rasa da memang tak berbaloi kowt nak membebel kat budak-budak macam tu.. tapi kenaar aku dia tego pulak?? nampak tak RASISM nya kat situ..(tibai jela rasism :P)

so,, adekah jadi budak kelas belakang bermakne kau tak kan boleh belajar lagi? atau kau budak kelas belakang kau da bodoh habis sampaikan tak boleh nak aja langsung? kepada guru - guru sekalian,, pernah tak dengar, belakang parang pun kalau diasah tajam? cikgu jugak yang aja saya peribahasa tu. kejayaan seseorang bukan diukur dengan berapa banyak A yang dia dapat.

sepanjang aku hidup, aku respect cikgu-cikgu sekolah tadika aku. walaupun dia tahu budak ni memang lambat belajar, tapi dia sanggup tunggu. dia sanggup ajarkan bagi faham. dia sanggup duduk tepi murid, tunjuk kan cara.. kadang-kadang dia sanggup melutut tepi meja anak murid semata-mata nak curah kan ilmu.. mungkin perbandingan aku ni agak keterlaluan. yelah, tak kan la cikgu sekolah menengah pun nak buat macam tu jugak. ye dak? maksud aku kat sini ialah.. fahami cara anak murid anda belajar.
tadika dulu aku ingat lagi.. aku sukatulis huruf terbalik. bukan keseluruhan perkataan. ade lah sesetengah nya

 sirius lawak.. dulu zaman aku kecik-kecik maybe masalah pembelajaran tak ade lagi kowt. sebab tu cikgu aku buat derk je bile aku tulis macam ni :)

Monday, October 25, 2010

ape kene la dengan lelaki malaysia ni??

tajuk mega dada metro "kencing muka isteri"

mula2 malas nak ambil tau.. tapi bile dibace tajuk kecik2 nya.. mak ai.. memang aku menyirap.. sebab masakan tak sedap je da buat macam tu?? kau tu manusia ke binatang?? ish apelah nak jadi ye.. *aku da cakap style orang2 tua ni*

aku tak nak lah salahkan bulat2 kat pihak laki tu.. takut di chop bios lak kan.. sebab aku pun tak de kat tempat kejadian.. ok cerita yang aku baca kat metro si hubby yang kacak (ok kacak tu hanya penambah perasa je. tak tulis pown kt metro) balik ke rumah untuk makan. tiba2 sedang asyik makan2 dengan lahap.. PUITH.. "ape kau masak ni? rase macam tahi" (ok dialog ni pown ikot imaginasi aku) Dengan tak semena2 ditampa dilempang si hunny tu.. tak cukup lagi tu.. dibotak kan jugak si hunny tu oleh si hubby.. tambah hampas nya si hubby ni.. sempat kencing atas muka si hunny sambil2 tu lafaz cerai talak tiga.. *cube imagine tapi rase nak muntah darah*



nak tanye pendapat korang.. 1.adekah lelaki ini gile mental meroyan?? angkat tangan angkat tangan
ok.. 2.adekah perempuan itu bodoh sengal ubi kayu?? angkat tangan angkat tangan


ok bagi aku lelaki tu memang mental.. perasan tak dekat malaysia ni ramai sangat kan sekarang yang ada masalah dengan mental ni.. perasan tak?? kalau tak perasan meh aku imbau kes2 melibatkan proses gangguan otak ni..bulan puase dulu gempar dengan cerita suami dok tetak isteri n anak2 tiba2 sebab tak makan ubat gila.. ok2 ni kes baru je jadi.. isteri cuba bakar suami OKU hidup2 sebab lambat dapat duit JKM(kena terangkan jugak ke) erm.. so aku nasihatkan kat sini klau ade problem cepat2 la settel kan.. kalau susah sangat pegi bace belog aku sambil2 nyanyi lagu trouble is a friend.. ha kompen la masaalah korang tu hilang..



ok bagi perempuan tu pulak.. aku dapat rasekan deep in my heart*hehe.. bodoh sengal ubi kayu kerana bukan sekali dia da kena cam ni dengan si hubby terchenta.. da bekali kali.. dah lebih setahun kena dera fizikal mental tu tapi masih lagi temakan pujuk rayu si hubby tak guna tu.. memang dunia macam ni ke?? perempuan kena jadi bodoh sebab cinta..kena turut semua kata boyperen?? hish.. punya la banyak method kau boleh lari daripada si hubby durjana tu tapi kau pilih sepak terajang nya jugak.. talian nur ada.. just call 9991 (tak silap aku la) adelah nanti orang datang rescue kau..

p/s :

ok amek pengajaran ye adik2 sekalian.. kalau nak bercinta memang tak salah.. tapi jangan jadi buta sebab cinta ye adik2.. kalau lah kate kan abang kacak korang da start manja2 nk angkat tangan hinggap kat pipi korang.. kalau abang kacak korang jenis suka benda2 ganas terlampau.. kalau emo tiba2 tak tentu pasal.. mengamuk pecah2 kan barang atau paling psyco ugut bunuh diri.. piker la 40kali.. betul ke nak spend the whole life dengan orang macam tu.. ok sekarang aku cuak nak kawen.. membujang lame la aku*trauma