Showing posts with label SAYANGS. Show all posts
Showing posts with label SAYANGS. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

journey to unknown

Assalamualaikum and hello :)

menempuh hari yang sangat panjang malam tadi. macam selalu. perjalanan panjang yang langsung tak dirancang dan semestinye lah di mulakan dengan kelas waktu malam yang terlebih panjang waktu nye -.-"

"lepak KLCC jom" aku tak sure sape punye idea tapi malam ini kereta kita punya, jadi dunia juga patut sebelah kita. perjalanan nak ke sana je dah ad seribu satu cerita. sesat tu jgn cerita lah kan. padahal bukan tak selalu turun ke KL cumanye tah kenapa mlm ni semua orang blur dan buta arah tiba tiba. lane monorel jadi petunjuk untuk ke mana mana.

KLCC dah depan mata. ad seorang teman, nak terkucil katanya. jadi melilau mencari toilet, musuh utamanye, waktu, sudah masuk 12++ malam. makanya, toilet dlm KLCC semua nye sudah tutup. tapi masih, keraskan kepala nak masuk juga. ke tingkat 3 kita tuju. konon dalam kepala nak ke cinema (kalau kalau lah kena kejar pak guard) yang sang teman seorang sedang membuang dengan tenang. yang empat selebihnya duduk menggelabah bila titik2 nombor di lift menunjuk ada orang menuju ke tingkat 3 juga. ah, masak. pak guard sudah sampai depan mata. nak lari kang nampak sangat bersalahnye. disoal ditanye, jawapan mudah. "sorry bang, kitorang bukan orang KL. datang dari jauh ni." muka abang tu da nmpk kesian jugak kat kitorng seraya bertanye "korang dari mana ni?" "shah alam" *shit* oh, JAUHNYE shah alam dgn KL tu rupanye -.-" 3 kali jugak di kejar pak guard keliling KLCC tu. semua tempat pun tak boleh lepak. apa guna buat taman besar2? membazir. ah, leceh.

Ke BB kami tuju tapi nyata, tempat tu bukan roh dan jiwa kami. so gerak lagi. kita ikut suka hati kita. masuk jalan tu, keluar jalan sana. try jalan sini, terkeluar kat sebelah sana. last2 secara kebetulan ke dataran merdeka. ingat nak turun jalan2 tapi penghuni sana terlalu gangster rupa. lepak dalam kereta lagi. observe orang keliling. macam2 rupa. family pun ada (membawak anak kecik ye) tak reti tidurkan anak kot. last2 kita blah. nampak signboard "tugu negara." JOM. naik sampai setengah tiba2 rasa meremang segala bulu . u-turn, tu pun hampir2 nak dikejar pak guard.  last, sayuti ajak melawat uptown danau kota.

ke uptown danau kota paling mencabar setakat ni. sorang pun tak tau jalan ke mana. terpaksa patah balik ke dataran merdeka tok tanye kat pak cik DBKL mana arah perlu dituju. sempat bergaduh 2pak cik tu nak memberitahu mana jalan paling dekat. sesampai landmark yang ke 3 atau 4, semua dah lupa jalan balik. terpaksa berhenti di 7e nak tnye jalan balik. sesat, dan sesat juga. akhirnye, setiap 10minit kita berhenti kat petrol pam, 7e, kedai makan, tepi jalan. tak kesah, janji ad orang yang boleh ditanye pasal jalan kat KL ni. macam biasa, version cerita adalah sangat sangat berbeza. oh, mungkin version yang tersangat berbeza! dek kerana ikutkan kata ramai sangat orang, kita dah tawaf KL tu 7kali ok. 7kali! bila dah hmpir2 nak putus asa, kita jumpa signboard "SMK Danau Kota." mata semua bercahaya balik. haha. pusing2 area flat, masih tak jumpa. nasib ad seorang cina muda kat tepi jalan. bertanye lagi. ahirnye dia panggil kawan2 dia suruh tunjuk jalan. dekat 20minit jugak kitorng follow belakang motor. sampai jugak akhirnye.

climax nye......... "eh, sorry. lupa nak bgtau. hari ni uptown TUTUP lah." puaka niang rapik sungguh! nasib lah abiang bawak motor tu hensem. ehem! pengahkiran cerita : ke restoran PELITA sebelah plaza shah alam melantak nasi goreng. mamak memang tak pernah mengecewakan ;D

weh, i'olls nak bagitau u'olls ni. i'olls heart u'olls ok
p/s : ye, aku sorang je perempuan dalam cerita ni. diorang dah macam girlfriends aku and aku dah macam boyfriend diorang. "gossiping like a Jemah but rocking like a Dolah"

Friday, November 4, 2011

gula hati


Assalamualaikum. last Deepavali  memang satu Malaysia cuti kan. so masa yang ada dihabiskan dengan dating with the gula gula hati :) perjalanan awalnya aku sendiri. dalam KTM tiba tiba Dhania text kata dalam ladies coach. melilau mata mencarik tapi dia dalam coach lagi satu. *noob gila bila mati mati ingat ladies coach ada satu je. haha

sepatutnya pertemuan kedua ni berlaku pada 22 november sempena pertemuan pertama katanya. tapi as a student, memang tak dapekk lah nak nolong kalau 22 november tu hari kuliah. pertemuan kedua, celah Mid Valley sebab bumi Kajang sangat lah jauh ye. kali ni LEBIH ramai la dari hari tu. anddddd first time jumpa Ayuu lepas keluar dari kem dulu. heksited gila! Hazim from company Charlie pun join jugak and Alhamdulillah boleh get a long. orang kata apa? ada kimia? haa, gitu lah kot :) btw, let the pictures do the talking yaw!

master mind dalam hal ni, pakcik Nasu with Liesa :)

the gadis : shark, Ayuu and Dhania

unfair sebab Hazim tak nampak :(

ni cuma sekadar angka ye. tak lebih daripada tu. tehehe

selalu jumpa mesti end up jadi minachi. gossip memanjang

all of us :)

sorry, keadaan connection tak mengizinkan nak share gamba banyak banyak. connection pun ada jealousy issue. ingatkan manusia je. haha. harap faham la ape je kitorang buat hari tu. lepak ----> gossip ---> bowling ---> gossip lagi ---> group hugs (ehem, perempuan dengan perempuan je k)

sangat ohsem bila dapat jumpa sekali sekala macam ni kan? dulu time hari hari jumpa, korang lah kawan gaduh aku, kawan tido aku, kawan kena denda, kawan semua benda lah senang cerita. bila masing masing dah jauh, serabai rasa rindu tu datang. tahun tahun lepas ni mintak mintak lah ramai lagi yang follow ek.

p/s : jika ukhuah yang terjalin ni ikhlas, InyaAllah sampai mati pun kita tetap bersahabat. eh, lupa! selamat dapat pointer terbaik kawan kawan di UiTM :)

Saturday, October 29, 2011

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

entry ini telah tergendala selama beberapa hari ..

speechless. nak menaip, jari kaku, mata yang deras "bekerja"

malam2 kalau aku balik klang memang session meluah sakit hati dengan kakak seorang tu. tu pun kalau minggu tu kitorang tak bergaduh la. kalau gaduh, masing2 buat hal sendiri :D. tengah set2 muka tabah dengar isi hati si kakak, aku dapat 1 mesej yang sarat dengan soalan soalan lain.

"salam sayang semua. Rindu kalian. Mesti semua dah tahu, Along dah takde, da pergi, sedih.. hmm. semoga ditempatkan dlm golongan beriman, rohnya tenang, amin..jaga diri semua.. ayu sayang semua" -seriayu

menitik air mata saat terlihat perkataan Along dah takde. si kakak yang dah nangis tu pulak pelik tengok aku nangis teresak esak. memang tak patut kan. sepatutnya terus sedekahkan Al - fatihah. aku jahil, aku tahu. 

sesi kenal aku dengan arwah tak la lama mana, tapi dia antara orang yang terkesan kat dalam hati aku. kira memang ad tempat la kat celah celah hati aku ni. 3bulan "indah" dekat PLKN dia salah seorang yang rapat dengan aku. dari class character building, sampai lah class kenegaraan. otak sangat gila2. masuk la dengan aku, tak suka sangat orang emo emo ni. semak! last before tinggal kan PLKN dia pesan jangan lupa dia. memang aku tak kan lupa sampai bila bila.

berapa bulan lepas tu, aku pergi jumpa dia dengan Uzair. kawan rapat juga dekat PLKN. korang nak tau tak, korang la orang2 first aku jumpa lepas balik kem. aku sanggup sorang2 dari shah alam datang jumpa korang. korang date dengan aku tapi sayang, tak tangkap gamba langsung kan :) rasa rugi. rugi sangat! lepas tu kita da tak jumpa dah. tak jumpa terus to be exact. :(

untuk awak arwah Along Amali bin Roslan, Al fatihah. semoga awak tenang di sana. mudah mudahan. tolong doakan sama. terima kasih :)

Wednesday, September 7, 2011

raya klang style






aku balik klang dalam masa yang amat dekat hendak raya. jadi nya, aku cuma sempat tolong abah masuk kan duit dalam sampul ang pau je lah. tu pun aku buat separuh jalan sebab lagi sibuk nak snap gamba. tempting kan sampul raya aku tahun ni :) mesti seronok anak2 buah abah ibu dapat BEKBERI  sorang sebijik. (sila lihat gambarajah di atas) nak tolong ibu masak, ibu cakap lagi best masak sorang2. nak kemas depan, siang2 lagi adik dah tolong kemaskan. nak kemas halaman rumah, abah da settle kan.untungkan jadi shakila zen :D



tema tahun ni abah yang pilih. warna purple, sweet gitu kata abah.

the greatest creatures ever :)

adek beradik tak gaduh tak sah kan?
raya pertama :
beraya di klang lagi dan lagi sebab kampung pun da tak ada orang tinggal. klang pun not bad hape, macam kampung je gamaknye. jangan nak bajet town sangat lahh. awal2 pagi lagi abah da pergi ke masjid untuk semayang raya. aku macam biasa, tidu tak hengat dunia. kalau adik2 aku tak memekak masuk dalam bilik memang tak beraya la jawabnya. belum sempat maaf maaf sesama family, mak cik jah & co,  pak usu &co serta pakcik dah serbu rumah aku. sibuk nak bergambar juga.

lepas melayan pakcik pakcik dan makcik makcik, time to ampun ampunan dengan family :)

Add caption

ehem, saya nak "enjalok ngapuro" , maaf zahir batin. bahasa jawa yang selalu dengar masa raya. maksud nya nak mintak maaf. tapi tak cakap la macam tu kat abah ibu. sebab bahasa jawa saya broken. eceh.

lepas sesi maaf dan nangis, terus siap2 pergi rumah opah kat belakang rumah. dalam pejalanan sempat lagi tangkap2 gamba. aksi lompat pagar pun sempat kena snap, macam hape2


1st, cover line
2nd, panjat sikit2

3rd, dah mula perasan paparazi

4rd, sedia nak landing

last, buat muka cover

to be continued :)

Saturday, August 6, 2011

love can wait :)


some said, it feel lonely when no one beside you. to feel your joy or even your pain
some said, love cause so much incidents neither good or bad
i said, love can wait :)



this is my fav <3

can you wait for me?

god knows how I feel :)






apa da, time2 puasa buat entry mcm ni. batal pose kang. HAHA :p

Monday, May 9, 2011

perempuan gagah itu walau patah tangan kakinya, ditongkat jua dagu nya

perempuan gagah itu mungkin didatangkan dengan sifat tak tahu cengeng. sakit mana beban mencakar, perempuan gagah itu tak tittis air matanya.

perempuan gagah itu mungkin pakej nya jelek diluar, tak layak dijamah mata tapi hati nya halus bak sutera.

perempuan gagah itu didatangkan Allah satu dalam sejuta. biar kita ingat jika hilangnya dia, tiada galang gantinya.

perempuan gagah itu terkadang memendam seorang. sakit lelahnya, susah payahnya, sedu sedan nya, mungkin secebis bahagianya.

perempuan gagah itu walau patah tangan kakinya, ditongkat jua dagu nya. telah habis menang di medan juang tetap gagah menghulur senyum.

aku kenal seorang perempuan gagah itu. ibunda noor hasilah arbain. selamat hari ibu.. ibu perempuan gagah dalam cara ibu tersendiri. sayang ibu infinity 

Monday, October 18, 2010

surat cinta untuk awak

saya sakit dengan awak yang nak sempurna
saya sakit dengan awak yang tak endah saya
saya sakit dengan awak yang tak kenal ayat jiwang mengada
saya sakit dengan awak yang banyak gelaran entah hapa hapa
saya sakit dengan awak yang terjah hati saya  lalu biarkan sengsara
saya sakit dengan awak yang jauh entah diceruk mana

saya sakit,, awak nampak ke saya menangis??

Saturday, October 16, 2010

sun kiss

study week oh study week,,,

matahari memancar terik pagi ni,, *selak langsir

baru sedar da berape lama tak tengok matahari,, owh bagi yang tak tahu study week merupakan snek berempah yang sangat disukai ramai.. HAHA tak la study week merupakan mase tuk wat revision sorang2 dalam bilik ke,, atas bumbung ke,, celah batu ke,, ah sukati korang la nak wat revision kat mane pun,,

sepanjang study week jgak la selalunye tak ade kelas,, maka terperap lah aku kebosanan dalam rumah yang usang ini..*sigh
dan seperti biasa lah,, bangun ketika mentari da nak masuk tido balek,, (anak dara punye perangai)
maka sepanjang week ini aku dah macam orang kekurangan zat tak dapat cahaya mentari,,

pagi ini bangun sedikit awal untuk menyempurnakan misi PTPTN,, hehe
matahari sangat cantik tapi kenapa awak nakal sangat??
panah mata saya dengan warna yang terang??
ahh

Friday, October 15, 2010

15 oktober 1989

mari mari,, kite balek ke zaman hujung2 80- an.. bukan nak cerita apa sangat pown cume 15 oktober tahun itu merupakan hari yang pahling2 bersejarah and bermakne tok orang2 yang sangat sangat aku sayang.. double double triple aku sayang daripada ENCIK E ok,, :))

.hari pernikahan encik zain kachak and puan shiela cute.

untuk tahun ni,, kalau aku tak silap kire la (al maklumla lam mim ba ba ciket bab mengire ni) da 21 tahun dyorang ni bersama,, harapan aku bukan calang2 tau,, harapan aku nak tengok encik zain kachak and puan shiela cute kekal bersama foreva and eva,,

so.. selamat ulangtahun perkawninan abah ibu :)


luv,,
kak ngah

Monday, September 20, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN (hehe)


bachin republic <3>

hey pagi2 bute ini tibe2 je teringat kat anda anda semua,, each of u ok,, kite terpisah sekarang tapi hati aku masih nak follow each of u guys,, KENAPE YE?? oh yeah,, korang la kawan2 first yang aja aku hidop,, aja aku terbang,, aja aku setia,, aja aku rindu,, aja aku nanges,, aja aku tacing,, aja aku bagi note :) (oh itu kerja zuyyin juhari je~ngee)

  • legacy kiera a.k.a kapla bachin : (oh,, tiada dlm gamba coz jadi maknusie gamba)
even aku rapat ngan ko tyme form 3 je,, still ko slalu ade kat jantung aku nih,, tak byak yang kite kongsi kowt,, coz ko lagi rapat ngan shinode n aisya,, sape lah aku,, huhu,, kau havoc tapi dalam care ko yang tersendiri,, most ko tak suke show off,, ehem,, aku sayang ko kowt,, belaja law elok2 ye,, :)

  • legacy shinode : budak kedekot!! haha,, tak byak probs,, (sbb 2 aku suke kawan ngan ko) hehe,, acah je,, PARTNER IN CRIME aku daripd form 1 lg,, buat hal dalam kelas prep cam mak pak kite nye ostel je ,, u rox sista! aku admire ko,, cume lupe nk bagi note je :) mybe one day aku bagi,, da sampai utara 2 jgn lak wat kepale ko ea,, hope ko bahagie slalu keh,, ehem,, luv u more

  • legacy aisyaMOK : partner gado yang best! suke tacing ngan aku tapi senang nak pujuk,, kuat makan n suke curik makanan aku,, huhu,, melalak ta hingat,, pening pale aku layan ko,, same2 gile,, wat keje bukan2,, erm law ko ingat lagi la kite ponteng skola same2,, n yang paling kelaka kite kantoi same2 kan?? and most aku x boley lupe kat ko mase "MISI BELI MAKANAN TYME POSE",, sebok je pak cik bas 2 tgok dak2 tak pose,, vengong..ha,, aku tak boley lupe gak "MISI PAD BDARAH",, haha.. seronok tengok muke2 cuak diorang,, men2 lagi ngan kite ea,, tengs for everything sygs,,

  • legacy zuyyin juhari : dia sorang je yang masih dgn aku, yela same U,, same course,, same rumah,, aku senang ngan zuyyin ni,, manje sangat,, tapi aku tak kesah,,kesayangan aku tyme kt hostel dulu,, slalu dapat note dak nih :) (adek angkat aku pown jarang dapat) besyukor sket,, hehe,, dah tak de ape aku nak cakap pasal ko,, luv u switi :D

  • legacy rani : ha,, MY TRUE PARTNER IN CRIME,, diwaktu lapang suke buli junior tp muke bajet2 innocent pulak,, satu skola ngan aku,, lagi la banyak plan kitorang,, tangkap gamba atas loker sampai kene marah ngan atira,, carik budak malam2 buli pulak,, suke tolong aku wat folio,, paling aku ngat ko wat folio KH aku,, tengs ya,, tah bile aku rapat ngan ko,, tapi best kawan ngan ko,, sorry ea last form 3 2 aku buli ko balek,, ajak ramai2 plak 2,, sorry sangat2,,

last but not least,, KORANG KAN YANG TEMAN AKU BASOH RUMAH SAMPAH?? HAHA JANGAN WAT2 LUPE YE,,