Showing posts with label suka suki :). Show all posts
Showing posts with label suka suki :). Show all posts

Friday, March 23, 2012

untuk yang terakhir kalinya

Assalamualaikum. fuhh penat yang amat sangat minggu ni. tak putus - putus pulak tu kerja datang menjengah.
Alhamdulillah, kerja kerja event semua dah selesai dengan jayanya. tinggal tumpu kerja kerja S/U dan jugak hadap final exam.

as you guys noe, aku dilantik jadi Project Manager untuk event kali ni. FCM SHINE OF HOPE namanya :) berlangsung selama 3hari 2malam kat Kg. Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. lepas dah habis event, rasa dia mmg tak boleh describe guna ayat. susun ayat indah mana pun tak tersampai maksud dia. 




event kali ni boleh aku banggakan sebabnye, dari proses type proposal, hantar sponsor, push orang, handle protokol, set tempat, kerja kerja kuli dan seangkatan dengan nya, aku telibat secara langsung. ULANG SUARA, SECARA LANGSUNG YA! secara langsung sampai mata tak stop stop nanges bila proposal kena reject, hati debar debar bila kira duit tak cukup2, mata nanges lagi bila dapat tau ramai against aku T___T.
sumpah, yang paling penat part menangis lah. yang lain masih ok lagi. Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat kawan2 yang mampu topang cela cela cacat aku sampai tak keterlaluan aku katakan, nampak sempurna pada dasar mata. Terima kasih AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, dan AWAK yang tolong balas komen kat FB yang sangat mcm haremm. tak lupa jugak untuk yang sama sama menapak sampai tingkat 14 bangunan SUK semata nak cari sesuap nasi, sponsor. :)

untuk yang bekerja keras masa kat Kg Sungai Haji Dorani pun, berbanyak terima kasih aku ucapkan. dalam sibuk sibuk bergelumang dengan heksaimen, korang dapat gak turun join. sumpah aku terharu. cuma ingatan bersama, tak perlu kata belakang. hati aku dah kebal segala rasa. ini SUMPAH SIRIUS. kata depan depan  lagi berkat doe :)






*gambar tak ikut susunan. harap maklum*

penutup kata, aku serik jadi ketua untuk kepala yang sangat banyak. SEKIAN :)

Wednesday, November 2, 2011

dah lama tak merasa ^^

Assalamualaikum. ye, terimakasih ayuu sebab tag. nak jawab la ni. sat noe,


soalan cepumas berbunyik :

1) Panggilan untuk anda di rumah?
  • ramai panggil kak ngah
  • jarang panggil shark
  • kadang kadang panggil botak ( err.. mungkin sebab suka sangat tengok cerita juvana kot. haha, cover baik punye)
  • kalau nak kena panggil la hoi :)
2)sekarang belajar peringkat mana dan course apa?
  • Alhamdulillah, sekarang otw completekan diploma dalam bidang communication and media. phewitt sikit!
3) seronok dengan dunia anda sekarang?
  • boleh la
  • bila datang time seronok memang tak hingat la
  • bila datang time sedih pun tak beringat jugak
  • overall, terima je semua benda yang jadi :)
4) upload gambar besfriend anda. tak kisah banyak manapun.
-..-, ok2 gurau2. hehe. ni la senarai bestfriend itew  

    5)hadiah ulangtahun paling sweet anda pernah dapat.
    • dapat bunga kot. tapi time tu bukan ulangtahun :)
    • dapat semua benda yang ditunjuk masa shopping :D 

    6) Pendapat tentang follower dalam blog sekarang.
    • very supportive
    • masih setia walau cerita tah pape
    • masih setia jugak even jarang updateterima kasih semua
    7) lebih prefer makan yang mana : ikan atau ayam.
    • ayam! hehe
    8)  prefer dengar yang mana : english song/kpop/nasyid.
    • semua pun boleh layan
    • tapi kpop, sorry. tak masuk la
    9) first thing-to-do bila buka internet.
    • check facebook
    • even da ada twitter tapi facebook tetap chenta pertama 
    • then buat2 la bukak email ke buat keje ke bila abah da pandang semacam. boleh praktik benda ni :)
    10)  prefer mana : produk tempatan/ luar negara.
    • depend on kualiti dia la.
    •  selalu pakai tempatan je. tak banyak duit lah dik non
    11) pendapat tentang saya yang tak seberapa ni.
    • kawan yang sangat memahami
    • rajin melayan otak gila babs aku
    • kau je faham ayat puitis konon aku tu


    ok, 11 soalan tok follower pulak :)
    1. lahir tahun bila & apa yang best time zaman korang tu?
    2. sekarang belajar tahap mana and course apa?
    3. lebih prefer naik public transport ke kenderaan sendiri?
    4. berapa jauh anda pernah merayap sorang sorang?
    5. ciri bestfriend yang dicari cari?
    6. apa yang ada dekat perempuan tapi tak de dekat lelaki?
    7. apa pulak yang ada dekat lelaki tapi tak de dekat perempuan?
    8. benda extreme yang pernah anda buat?
    9. apa pandangan tentang politik negara kita?
    10. blog ni ok ke tak?
    11. pandangan tentang tuan empunya blog ni?

    sila lah jawab ye :)
    killa92
    konklusi nurul
    seriayu
    kina miswan

    terima kasih daun keladi :)


    Wednesday, September 7, 2011

    raya klang style






    aku balik klang dalam masa yang amat dekat hendak raya. jadi nya, aku cuma sempat tolong abah masuk kan duit dalam sampul ang pau je lah. tu pun aku buat separuh jalan sebab lagi sibuk nak snap gamba. tempting kan sampul raya aku tahun ni :) mesti seronok anak2 buah abah ibu dapat BEKBERI  sorang sebijik. (sila lihat gambarajah di atas) nak tolong ibu masak, ibu cakap lagi best masak sorang2. nak kemas depan, siang2 lagi adik dah tolong kemaskan. nak kemas halaman rumah, abah da settle kan.untungkan jadi shakila zen :D



    tema tahun ni abah yang pilih. warna purple, sweet gitu kata abah.

    the greatest creatures ever :)

    adek beradik tak gaduh tak sah kan?
    raya pertama :
    beraya di klang lagi dan lagi sebab kampung pun da tak ada orang tinggal. klang pun not bad hape, macam kampung je gamaknye. jangan nak bajet town sangat lahh. awal2 pagi lagi abah da pergi ke masjid untuk semayang raya. aku macam biasa, tidu tak hengat dunia. kalau adik2 aku tak memekak masuk dalam bilik memang tak beraya la jawabnya. belum sempat maaf maaf sesama family, mak cik jah & co,  pak usu &co serta pakcik dah serbu rumah aku. sibuk nak bergambar juga.

    lepas melayan pakcik pakcik dan makcik makcik, time to ampun ampunan dengan family :)

    Add caption

    ehem, saya nak "enjalok ngapuro" , maaf zahir batin. bahasa jawa yang selalu dengar masa raya. maksud nya nak mintak maaf. tapi tak cakap la macam tu kat abah ibu. sebab bahasa jawa saya broken. eceh.

    lepas sesi maaf dan nangis, terus siap2 pergi rumah opah kat belakang rumah. dalam pejalanan sempat lagi tangkap2 gamba. aksi lompat pagar pun sempat kena snap, macam hape2


    1st, cover line
    2nd, panjat sikit2

    3rd, dah mula perasan paparazi

    4rd, sedia nak landing

    last, buat muka cover

    to be continued :)

    Saturday, August 27, 2011

    ujian itu indah :)


    As salam semua. harap hari ni lagi baik dari hari sebelum sebelum nya ok. 270811  - kaki masih berpijak di bumi shah alam. ruang sempit empat segi penjuru ini makin kosong di tinggal sang penghuni yang rindu kampung halaman. tinggal aku dan seorang teman. dalam proses mengemas baju baju yang bertaburan :)



    hari ni, aku terjaga dari tidur, muka ibu datang dulu. entah kenapa, rindu sampai hati jadi sebak. entah kenapa. malam ni mungkin aku jejak bumi klang. makin aku besar, makin jarang dapat spent time dengan family. dulu pun sama saja. aku tercampak jauh kena hidup berdikari. sebab tu aku tak berapa excited nak balik beraya. jalan hidup aku mmg macam ni. akan sentiasa jauh dari family. aku redha :)


    minggu lepas da habis marathon sehari mencari baju baju raya aku. yelah sangat jarang dapat balik rumah kan. abah tak lepas peluang. walau business abah dalam keadaan so -so, abah spent jugak duit untuk sayang sayang dia berbelanja. tak pernah terlepas setiap tahun. aku menangis terkenang ada kawan rapat aku yang tak dapat buat macam ni setiap tahun. Ya Allah, aku bersyukur dengan apa diberi. ujian aku lebih ringan jika dibanding dengan orang lain. Alhamdulillah :)


    untuk teman teman tersayang, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin atas kata yang menyakitkan, untuk kelakuan yang meng'annoying'kan, untuk mata aku yang selalu menjeling tajam, dan untuk janji yang kadang tak ditepati. special untuk sahabat2 di :
    • PASTI An naim
    • Tadika Islam Hira'
    • SRI Al Farabi 
    • SK rantau Panjang Klang
    • Asrama Toh Puan Norashikin
    • SMK Seri Bintang Utara
    • SMK Rantau Panjang Klang
    • Kem PLKN Teluk Rubiah
    • Universiti Selangor
    • kawan2 yang bersepah atas bumi shah alam :P

    harap kita akan tetap bersahabat sampai hujung nafas :)

    selamat hari raya :D

    to 5sc2 SMK rantau panjang klang. tengs guys. and Al Fatihah to arwah Shafiq

    to members of University Selangor

    to buddies at Asrama Toh Puan Norashikin

    mostly to sahabat2 PLKN. 3 bulan yang indah :)

    sape nak carik pasal tunggu lepas raya ok? aku nak tenang2 raya ni

    Monday, May 9, 2011

    perempuan gagah itu walau patah tangan kakinya, ditongkat jua dagu nya

    perempuan gagah itu mungkin didatangkan dengan sifat tak tahu cengeng. sakit mana beban mencakar, perempuan gagah itu tak tittis air matanya.

    perempuan gagah itu mungkin pakej nya jelek diluar, tak layak dijamah mata tapi hati nya halus bak sutera.

    perempuan gagah itu didatangkan Allah satu dalam sejuta. biar kita ingat jika hilangnya dia, tiada galang gantinya.

    perempuan gagah itu terkadang memendam seorang. sakit lelahnya, susah payahnya, sedu sedan nya, mungkin secebis bahagianya.

    perempuan gagah itu walau patah tangan kakinya, ditongkat jua dagu nya. telah habis menang di medan juang tetap gagah menghulur senyum.

    aku kenal seorang perempuan gagah itu. ibunda noor hasilah arbain. selamat hari ibu.. ibu perempuan gagah dalam cara ibu tersendiri. sayang ibu infinity 

    Tuesday, February 8, 2011

    lu langsi lu mati

    lu nampak tak tajuk atas tu?? lu jeling sikit.. goyang tak?
    *penambah perisa : letak gamba muka wa langsi sikit*

    partner's in crime

    langsi zaman sekolah dulu.. cerita lama

    sila cuak sekarang.. sila sila
    sebenar nye aku memang tak nak cerita pasal hal langsi melangsi ni pown.. cume nak cite sikit la pasal kerja yang aku kena buat dalam class visual com hari ni.. based on lirik lagu, kau kena lukis ape yang kau nampak dalam lagu tu.. denga cam senang kacang je kan. ok part ni langsi tu mule datang balik.

    aku mula2 tengok sebelah mate jelah benda ni.. da start melukis tu.. padam sikit,, padam sikit lagi.. emm padam lagi.. tahi.. kertas aku separuh lunyai aku hadap sebab memang payah bebeno la ye nak lukis orang ikot imaginasi aku.. idea da power tapi tangan kayu keras kedengkang ni tak izin kan..

    tengah dok temenong lebih panjang daripada biase tu aku terus teringat sekotak mainan kotak yang akak aku dok main mase event CNY dia tu.. dok fikir tu dalam pale otak ni syek telintas natang domo - kun tu je.. tapi tu bukan name natang kotak tu.. dungul pown bukan.. dunggu apetah lagi..

    aku kerah otak aku kerja lebih sikit.. type konklusi nurul anddd taraaa...

    DUNBO.. ye inilah yang kita carik! *saya putar Halim.. tibe2*
    nak tengok benda comel ni meh ke sini.. tekan selow2 ye.. DUNBO ni tak suke orang gelojoh

    ok.. teruje an tengok natang comel ni. mula2 aku ingat benda ni tak wujud dalam alam yang fana penuh pancaroba ni -.-" .. akak aku ape lagi dengan angkuh riak die kate da puas mahen dengan benda alah ni.. ish tak puas hati.. aku ingat benda ni buat dari kotak.. sebab tu aku siap request lagi dengan akak aku kalau die dapat main lagi ngan natang ni aku nak gigit bagi kemek sikit kepala comel DUNBO seorang.. tapi apekan daya. DUNBO yang comel ni rupenye besi.. mau patah riuk gigi2 aku kan.. so hajat tak murni tu aku batal kan saje..

    tu je pown aku nk cerita.. haha..bagi korang yang da menyirap bace tajuk aku tu maaf la ye.. tak sengaje.. saya(tibe2 pulak gune saya) tak tahu pown ape maksud langsi tu.. tadi baru je lepas bukak kamus dewan edisi ke3 terbitan dewan bahasa dan pustaka.. langsi tu sombong kan?kan? kan? ha kan saya da cakap saya tak tahu.. saya ni mane lah suka guna perkataan yang tak senonoh ni.. duduk bawah rumah main masak masak kan lagi manis.. hikhik (gelak gedik).. ok bye semua. kawan2 saya ajak mengumpat pulak.. bestnye.. hikhikhik

    Saturday, February 5, 2011

    I just need somebody to love

    ye tu je aku mintak untuk bufday sembilanbelas ni.. 
    aku tak pandang kerja kau
    aku tak pandang poket kau
    aku tak heran muka kacak kau..

    hati kau kacak aku da cukop senang..

    tengs fren.. korang sentiasa ade bila aku perlu ubat penenang.. you are my pain killer..

    kau.. tolong hilang kan lebam kat mate aku ni sebab nanges seharian pasal kau.. tolong.. 
    kalau nak ambek hati aku ambek cara baik,, jaga separuh gila..
    memang mula2 kau nampak hati aku separuh besi.. bile kau da kenal kau tau aku ni perempuan paling rapuh dlm muka bumi
    sumpah tak tipu..

    ok happy SEMBILANBELAS shark.. *tiup lilin*

    p/s : pegang kepala.. shit ! beruban ! haha

    Thursday, January 27, 2011

    cerita adik *1

    ape rupenye muka kau bile lepas balik mandi pantai?? hitam bekilat kann.. sampai mak pak sendiri tengok pown naik gelimat.. tak mengaku anak lagi..

    adik aku sorang ni baru2 je lepas balik bercuti dengan mak cik depan rumah.. balik2 rumah mukada macam arang buat bbq tu.. ibu aku kate kenan dayang senandung.. macam2 la..

    adik : abah cepat sikit,, adik da lambat pegi sekolah ni..
    abah : ha tak mandi pown boleh lambat.. muka da la hitam comot.. awak ni anak sape ni?? abh tak de anak comot cam ni..
    aku : hahaha..
    adik: anak abah la.. anak mohd zain wagiman (ha, siap nama atuk aku muncul tu)
    abah: eh abah x de anak comot macam awak ni ha.. malas mandi

    ......

    adik: ee.. abah bedose tak mengaku adik anak abah..
    abah: ni bukan soal bedose tak bedose.. ni soal awak malas mandi..
    adik: T_T
    aku: hahaha

    adik pegi sekolah hari ni dengan muke monyok.. kesian dia

    Tuesday, January 25, 2011

    25 random things about me

    oh,, dapat tag dari encik ROKET KERTAZ so mari merepek 25 perkara tentang aku si maggie kembang.. lai lai lai :D

    1. first at all aku bangga jadi gadis jawa celup celup .. heee..tapi jangan speaking jawa la ngan aku.. sumpah tak faham..
    2. makan semua benda.. of coz yang halal je.. kalau makanan yang tak sedap pown aku akan cakap.. "em.. ok la ni" so sape nak belanje aku makan, angkat tangan?
    3. pembahas yang kurang berjaya :) semenjak masuk U ni da tidak berbahas.. ohh rindu sama arena perdebatan.
    4. benci sama smokers.. (peringatan untuk si gula hati juga !)
    5. jarang memasak sebab kalau sekali masak mesti nak makan je lepas tu :)
    6. birthday aku sama dengan chirstiano ronaldo .. aww
    7. sangat suka warna warna gelap such as hitam, merah, biru.
    8. ohh sedang menuntut di UNISEL shah alam jurusan masscom
    9. bekas penghuni asrama berhantu dekat tengah kota raya kuala lumpur
    10. susah nak sakit tekak
    11. semua da tahu aku ni peminat no.1 maggie kembang telebih rencah..
    12. mesti dalam keadaan beduit time orang2 kesayangan punya birthday.. so nak tak nak kena beli hadiah jugak tok diorang. kalau birthday aku pulak masing2 keringg T_T
    13. sushi addict ! sekarang da jarang dapat sushi yang sedap..
    14. ok addict juge lolipop strawberry..
    15. di kala tension x suka maki orang.. lebih prefer makan rocky coklat.. sedap wehh..
    16. orang ramai panggil aku shark sebab aku banyak gigi taring.. (nasib bukan vampire)
    17. kalau tangkap gamba mesti buat muka pelik2..
    18. cara nak ingat benda2 penting or study dengan main petik2 jari sampai bunyi2.. yang pelik nye dengan cara ni boleh pulak aku ingat benda2 haram punye susah
    19. ohh lupa nak mention KIRI ITU ADELAH KANAN AKU (kidal la maknenye)
    20. purata kelajuan semasa makan adelah amat rendah sampai kawan2 lain panggil aku ratu semut.
    21. tak suka buat kerja last minute tapi tu la yang selalu jadi kat aku..
    22. eh,, ha ! anak ke - 2 dari 5 beradik
    23. sangat rapat dengan kakak yang first.. kalau gaduh pown first class punye tumbok menumbok
    24.tak suka dengan color pink..
    25. fuhh habis pown.. haha.. cukop 25 :)

    Saturday, January 1, 2011

    mahu lagu baru :)

    ini tahun baru so mood lagu baru
    err bukan exactly lagu latest , mungkin lagu2 retro aku nak letak kat blog ni
    mne tahu kan :)

    so bye2 trouble is a friend hehe

    Thursday, December 23, 2010

    hey kau budak muncit !

    budak muncit di sebelah kiri anda ye,, bukan di sebelah kanan .. terima kasih :)

    budak muncit name NURUL NADIA ADREENA ZEN sila terima tumbukan dan sekehan manje saye sebab awak hebat ok budak muncit.. 

    7A untuk PMR memang superb ok .. saye yang munguks ni pun dapat 5A je T_T sobsob..

    lepas ni akan ade cap mohor atas dahi anda  "budak pandai" hehe.. so keep it up ya.. jalan straight ke depan jangan toleh2 belakang lagi .. 

    memandangkan aku dok kat perantauan .. hey kire perantauan la jugak kan .. shah alam,, hometown klang hehe .. jaoh ok.. kalau merayap malam2 abah tak tahu.. spy abah pun tak sampai .. opss 0.0
    tengah hari dapat kol dari ibu tapi aku tak angkat.. selalu nye law ibu kol mesti ade bende penting.. so aku dengan bahek nye soh ibu kol balek .. LALALA alang dapat 7A katenye .. wahh wahh wahh wahh !!!! *iklan kejap* menjerit panjang2 and ternanges sikit .. ok nanges tu tipu je (ayat cover) .. malam aku balik ye muncit .. sedia lah terima tumbukan dan sekehan manje aku MUAHAHAHAHA terase evil jap

    ok last but not least congrest muncit.. me love ya muncit .. ok tu je .. byebye

    Tuesday, December 14, 2010

    wa respek lu la bro ^^

    mule2 memang ingat malas nak join tengok bola .. lagi tengah selesema ni.. gila boring hidung syek sakit2 je.. then diorang sebok2 cakap lapa.. kerana korang aku turut kan.. last2 korang yang kena tunggu aku tengok bola.. HAHA padan muke :P


    ini terbaikk . dulu & selamenye :)




    pujaan malaya hati pengarang jantung baru .HEHE
     mamat sepet di atas yang tolong score tok malam ni.. sayang kau lebih2 la ye .. ecece.. tengok tu,, pakai jersey no kesukaan aku.. hehe.. luv u my lova lova *wink*wink


    makhluk macam shrek
     mamat shrek kat atas ni pulak yang dok spoil gol.. gile da cantik dapat free kick depan2 gol dia pegi rembat ke laut pulak.. haiyoh.. panas la ngan lu mat (hehe..jangan nak poyo sangat ayat tu T_T)

    ok lain2 cite kau boleh la tengok balik game ni bile2 k.. malas nak cerita lebeh2.. tata :)

    Thursday, November 25, 2010

    loaded abes

    cehh zaman sekarang budak2 pun pakai ZARA.. ape de hal kan.. makpak gaji ribu riban..
    cuba aku mintak kat abah seketul ZARA hari ni..
    sure abah kirim kain kapan pakej dengan surah yassin sekali..


    oh zaman anak pavi.. untung

    Wednesday, November 24, 2010

    perempuan cantik dalam KTM

    seram tak tajuk entry aku kali ni?? hehe rilek2 dulu.. ni bukan nak cerita hantu.. tak ada kena mengena.. bak kate omputih jauh panggang dari api la

    dalam KTM memang sesak.. sape yang tak tahu kan.. kena berdiri dalam KTM paling aku lemah.. da la aku tak cukup tido kena berdiri lagi..
    dari jaoh aku perasan seorang perempuan ini.. pakaian nya sangat sangat simple.. bertudung.berjeans longgar.dan ber tshirt lengan panjang.. tapi ada sesuatu yang buat dia menonjol daripada orang2 lain.. cuba bayangkan dalam KTM yang tersangat sesak aku boleh terpaku tengok muka dia.. rasa2 nya ade ke orang pernah terpaku tengok muka aku kat tempat2 yang kita sendiri susah nak bernafas? mungkin tidak..
    masyallah.. ciptaan MU memang indah :)

    Monday, November 22, 2010

    aku tak lahir untuk protokol & protokol tak lahir untuk aku

    terlambat kate untuk mengepost entry tentang minggu tekad siswa unisel shah alam.. tapi tak pe.. aku masih gagah nak cerita :) kalau tak lambat memang bukan meggie kembang la jawab nya.. aku suka perap cerita sampai jadi kembang mambang.. rendam lama2,, biar rencah sebati baru aku hidangkan.. memang meggie kembang kan??

    pertama2 nya aku dapat berita aku bakal pewaris exco protokol betul2 buat masa aku terhenti berdetik.. bukan bahagia,, bukan gembira,, bukan jugak riak terasa bangga.. aku cuma terfikir yang agak dalam.. kenapa aku??

    pertama kali jugak aku tengok muka bakal ketua exco aku yang tiba2 tukar sirius.. cuak.

    nukilan ku untuk kamu kamu dan kamu si EXCO PROTOKOL a.k.a EXCO GILE MIC :

    protokol :)


    abang sapong a.k.a press perom.. derr!!

    afif menjeng a.k.a pink panther

    dayah musa a.k.a invisible assistant

    ok ini gamba mengade :)

    last but not least.. datin paduka nurul shakila (!) HAHA


    okiee ini sangat mengganggu DATUK & DATIN bersantai okiee



    oh terima kasih untuk semua semua nyaa..

    ABANG SAPONG : tengs bila mana abang banyak bagi tunjuk aja urus event ni semua.. hilang lah selalu.. kitorang memang suke cam tu :D

    AFIF KHAIRI : dalam diam aku suspek respek ko.. ingat lagi pagi tu.. aku memang buat silap yang paling besa kau rilek chill2 je an.. tengs bro.. da nampak ke prestij an kau kat situ HAHA.. sorry sebab selalu kutuk2 gigi2 kau.. aku tak boleh tahan sebab tu je entertainment aku. hee

    DAYAH MUSA : wow! she's a superwoman.. jangan main2 dengan dia.. walau amat sangat senyap tapi keja dia semua beres :) tengs kawan.. lagi banyak membantu daripada aku.. chill je setiap masa.. sorry aw kalau aku selalu push kau siap cepat2 :D

    oh terimaa kasihh daun keladii.. plizz jangan lupe aku lagi?? (!)

    Tuesday, November 2, 2010

    cuti oh cuti..

    tak payah pegi klas
    tak payah bangun pagi2
    tak payah fikir nak pakai baju apa
    tak payah fikir nak make up style apa
    tak payah fikir semua tu dah..

    paling seronok pagi2 perut dibelai mesra masakan ibu yang kalau tido pown boleh terjaga :D
    tengahari pulak boleh beres kan adik yang merengek rengek tak mau pegi sekolah (maksud beres disini adelah dengan cara kekerasan)
    malam2 pulak kacau abah tengok bola.. "ish, tak senang" katenye

    bila2 boring boleh bercakaran dengan ziera gojes pulak.. seronok kacau orang tapi kalau aku yang kena kacau siap lah aku cakar sorang2..

    heaven.. nanti da bukak sem sebok complain perut da boroi.. amek kau.. makan banyak2 lagi..

    p/s : ibu tolong masak tak sedap sikit boleh?? kak ngah on diet la :P

    Friday, July 23, 2010

    org shah alam mmg peramah ye,,

    **mungkin kami terlalu aggun ari 2**lalala

    ini bukan kali pertame,,

    tyme kecik isik borang broadband,,


    ad sorang mmat x nih pgl2 aq,,
    sudah ditegaskan berkali kali bahawa aq ta berminat nk beli broadband,,
    then dengan muke senyum2 kambing dye tnye name aq,,
    x kuase aq nk layan,,but bile dye asyik pnggil2 aq wat aq saket ati,,


    "SHAKILA!" (dgn nada y sopan ku kira)

    em,,nk mintak nombor boleh?
    amboi2,, aq paling pntang ngn spesis laki y cm nih,,
    bru je jmpe n x kenal langsong da nk mintak no phone,,
    jwb aq,, PEGI MAMPOS! hehe x dela cm 2,, aq cume geleng kepale je,,bende 2 aq cakap dlm hati,,

    seperti biase jugak,, laki2 y spesis cm ni bkn nye phm bahase,,
    SHAKILA,SHAKILA,SHAKILA,,
    NK NO PHONE AWK,,

    gile aq wat muke ketat ,,
    last2 dye bg no dye kt aq,,
    dgn pesanan, MSG LA SY YE,,T TULIS SKALI NAME AWK,,BRU SY KENAL

    usai semua benda kami cpt2 ayun lgkah keluar dr mall 2,,
    bru nk melintas jln ad la pak polisi di ats motonye tsenyum senyum n say hai

    memendangkan eva rase nk beli pulak beg y die tgok kt 1 kedai nih, ktorng pown pth balek msok mall 2,,
    nk melintas jln lg sekali 2 ad pulak 1 ketera nih honk* kt kami,,
    masing2 wat muke bodo je,,
    afta kereta 2 pass by ktorng je org dlm kereta 2 say ASSALAMUALAIKUM,,
    kitorng smbil lintas jln pown mnjawab,, WAALAIKUMSALAM,,


    teros aq ckp kt mereka,, org shah alam nih mmg peramah kn?
    (sadis)