Thursday, October 20, 2011

terabai

sepanjang minggu, segalanya berjalan dengan sesak. hidup sehari hari sesak, bila tiba malam hati pulak jadi sesak. tahan sakit disana, tahan terguris disini, tahan segala macam hal sampai rasa mahu terburai satu satu urat. sebelum tidur ibu pernah berpesan, untuk kurangkan penyakit hati, apa kata kita maafkan apa yang orang buat dekat kita. InsyaAllah, tidur kita akan lena selena lenanya (walaupun dapat tidur 2-3 jam sahaja). kalau kita da maafkan orang tu tapi dia masih simpan dendam, tu kerja dia dengan tuhan.



hari ni rasa nak share 10 nasihat As Syahid Imam Hassan Al - Banna. :)

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
 

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.


selamat beramal :)

Friday, October 14, 2011

beban terbang jauh jauh

assalamualaikum :)
Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan lagi untuk hidup. sempat lagi menulis entry. minggu lepas aku mengalami minggu super supreme busy! pertama tama dengan event yan aku sendiri kena jadi HEAD OF PROGRAM?? sumpah itu pengalaman pertama handle kepala kepala yang sangat ramai. minggu persediaan minggu paling hell. kena edit kerja tu, kena pantau kerja ni, kena buat keputusan tu. aku ingat jadi boss senang. tapi sumpah takkkkk T_T


akhirnya event berjalan dengan lancar and dapat pujian dari lecturer dan kawan group lain. bukan pujian aku mintak, harap semua orang berpuas hati je. itu je :) #gambar akan di upload kemudian :)

lepas habis event, langsung aku kena pergi shooting. jangan salah sangka, bukan jadi pelakon, tapi jadi crew untuk silent movie. ni pun FIRST TIME buat movie 100% dengan team mates. haishh. nasib baik bukan jadi director, cuma jadi camerawoman je :) buat movie mmg sangat stress sampai tah berapa kali gaduh. tah berapa kali menangis. tah berapa kali putus harap. tah berapa kali semua benda. akhirnya, siap jugak semalam. sekali dgn editing :) alhamdulillah

sekrang tinggal tunggu nk final je. wish me luck dear :)

Wednesday, September 7, 2011

raya klang style






aku balik klang dalam masa yang amat dekat hendak raya. jadi nya, aku cuma sempat tolong abah masuk kan duit dalam sampul ang pau je lah. tu pun aku buat separuh jalan sebab lagi sibuk nak snap gamba. tempting kan sampul raya aku tahun ni :) mesti seronok anak2 buah abah ibu dapat BEKBERI  sorang sebijik. (sila lihat gambarajah di atas) nak tolong ibu masak, ibu cakap lagi best masak sorang2. nak kemas depan, siang2 lagi adik dah tolong kemaskan. nak kemas halaman rumah, abah da settle kan.untungkan jadi shakila zen :D



tema tahun ni abah yang pilih. warna purple, sweet gitu kata abah.

the greatest creatures ever :)

adek beradik tak gaduh tak sah kan?
raya pertama :
beraya di klang lagi dan lagi sebab kampung pun da tak ada orang tinggal. klang pun not bad hape, macam kampung je gamaknye. jangan nak bajet town sangat lahh. awal2 pagi lagi abah da pergi ke masjid untuk semayang raya. aku macam biasa, tidu tak hengat dunia. kalau adik2 aku tak memekak masuk dalam bilik memang tak beraya la jawabnya. belum sempat maaf maaf sesama family, mak cik jah & co,  pak usu &co serta pakcik dah serbu rumah aku. sibuk nak bergambar juga.

lepas melayan pakcik pakcik dan makcik makcik, time to ampun ampunan dengan family :)

Add caption

ehem, saya nak "enjalok ngapuro" , maaf zahir batin. bahasa jawa yang selalu dengar masa raya. maksud nya nak mintak maaf. tapi tak cakap la macam tu kat abah ibu. sebab bahasa jawa saya broken. eceh.

lepas sesi maaf dan nangis, terus siap2 pergi rumah opah kat belakang rumah. dalam pejalanan sempat lagi tangkap2 gamba. aksi lompat pagar pun sempat kena snap, macam hape2


1st, cover line
2nd, panjat sikit2

3rd, dah mula perasan paparazi

4rd, sedia nak landing

last, buat muka cover

to be continued :)