Wednesday, September 7, 2011

raya klang style






aku balik klang dalam masa yang amat dekat hendak raya. jadi nya, aku cuma sempat tolong abah masuk kan duit dalam sampul ang pau je lah. tu pun aku buat separuh jalan sebab lagi sibuk nak snap gamba. tempting kan sampul raya aku tahun ni :) mesti seronok anak2 buah abah ibu dapat BEKBERI  sorang sebijik. (sila lihat gambarajah di atas) nak tolong ibu masak, ibu cakap lagi best masak sorang2. nak kemas depan, siang2 lagi adik dah tolong kemaskan. nak kemas halaman rumah, abah da settle kan.untungkan jadi shakila zen :D



tema tahun ni abah yang pilih. warna purple, sweet gitu kata abah.

the greatest creatures ever :)

adek beradik tak gaduh tak sah kan?
raya pertama :
beraya di klang lagi dan lagi sebab kampung pun da tak ada orang tinggal. klang pun not bad hape, macam kampung je gamaknye. jangan nak bajet town sangat lahh. awal2 pagi lagi abah da pergi ke masjid untuk semayang raya. aku macam biasa, tidu tak hengat dunia. kalau adik2 aku tak memekak masuk dalam bilik memang tak beraya la jawabnya. belum sempat maaf maaf sesama family, mak cik jah & co,  pak usu &co serta pakcik dah serbu rumah aku. sibuk nak bergambar juga.

lepas melayan pakcik pakcik dan makcik makcik, time to ampun ampunan dengan family :)

Add caption

ehem, saya nak "enjalok ngapuro" , maaf zahir batin. bahasa jawa yang selalu dengar masa raya. maksud nya nak mintak maaf. tapi tak cakap la macam tu kat abah ibu. sebab bahasa jawa saya broken. eceh.

lepas sesi maaf dan nangis, terus siap2 pergi rumah opah kat belakang rumah. dalam pejalanan sempat lagi tangkap2 gamba. aksi lompat pagar pun sempat kena snap, macam hape2


1st, cover line
2nd, panjat sikit2

3rd, dah mula perasan paparazi

4rd, sedia nak landing

last, buat muka cover

to be continued :)

Saturday, August 27, 2011

ujian itu indah :)


As salam semua. harap hari ni lagi baik dari hari sebelum sebelum nya ok. 270811  - kaki masih berpijak di bumi shah alam. ruang sempit empat segi penjuru ini makin kosong di tinggal sang penghuni yang rindu kampung halaman. tinggal aku dan seorang teman. dalam proses mengemas baju baju yang bertaburan :)



hari ni, aku terjaga dari tidur, muka ibu datang dulu. entah kenapa, rindu sampai hati jadi sebak. entah kenapa. malam ni mungkin aku jejak bumi klang. makin aku besar, makin jarang dapat spent time dengan family. dulu pun sama saja. aku tercampak jauh kena hidup berdikari. sebab tu aku tak berapa excited nak balik beraya. jalan hidup aku mmg macam ni. akan sentiasa jauh dari family. aku redha :)


minggu lepas da habis marathon sehari mencari baju baju raya aku. yelah sangat jarang dapat balik rumah kan. abah tak lepas peluang. walau business abah dalam keadaan so -so, abah spent jugak duit untuk sayang sayang dia berbelanja. tak pernah terlepas setiap tahun. aku menangis terkenang ada kawan rapat aku yang tak dapat buat macam ni setiap tahun. Ya Allah, aku bersyukur dengan apa diberi. ujian aku lebih ringan jika dibanding dengan orang lain. Alhamdulillah :)


untuk teman teman tersayang, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin atas kata yang menyakitkan, untuk kelakuan yang meng'annoying'kan, untuk mata aku yang selalu menjeling tajam, dan untuk janji yang kadang tak ditepati. special untuk sahabat2 di :
  • PASTI An naim
  • Tadika Islam Hira'
  • SRI Al Farabi 
  • SK rantau Panjang Klang
  • Asrama Toh Puan Norashikin
  • SMK Seri Bintang Utara
  • SMK Rantau Panjang Klang
  • Kem PLKN Teluk Rubiah
  • Universiti Selangor
  • kawan2 yang bersepah atas bumi shah alam :P

harap kita akan tetap bersahabat sampai hujung nafas :)

selamat hari raya :D

to 5sc2 SMK rantau panjang klang. tengs guys. and Al Fatihah to arwah Shafiq

to members of University Selangor

to buddies at Asrama Toh Puan Norashikin

mostly to sahabat2 PLKN. 3 bulan yang indah :)

sape nak carik pasal tunggu lepas raya ok? aku nak tenang2 raya ni

Wednesday, August 24, 2011

hari terbaik :)

presentation corporate communication tadi dapat 9.5 over 10 marks . melompat sampai langit, wee :D



sekian. tu je :)



p/s : first time pegi class pakai heels. ayat first before start presentation is "lawanya kasut dia. saiz 8 ke 9?" wth?? haha