Sunday, July 21, 2013



aku salahkan orang yang dulu sebelum aku
orang yang awal terobos hati kau
kau sedar, dengan aku hati kau tinggal sisa sisa semata
sisa sisa sakit, cebis cebis dendam lama

lalu,
kau jumpa aku
kau harap cinta ini lebih baik dari dulu
tapi kau tipu.
kau tertipu dengan pedih luka sakit dulu dulu
hati yang patah, apa cara aku mahu ubatkan?
dipanitrasi cinta paling tinggi,
masih, kau meminta lebih lagi

aku tahu kau sepi
mari, aku teman hingga kau tua nanti.

oh,
kau mahu bahagia?
apa kata kau lupakan saja luka lama
ubah fikiran dalam otak kau tu
aku bukan orang pembawa pisau belati
bukan perempuan yang akan siat isi hati kau

dan, akhir sekali
untuk kali ini aku tanya,
-------- adakah kau mahu aku lagi?