Tuesday, January 31, 2012

mata tak mau lelap :)

Assalamualikum.
menjawab tag dari seorang kawan lama.

rules dia :

  • Each person must post 11 things about themselves in their survey
  • Answer the question the tagger set for you on their post. and create 11 new questions for people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged he/she
  • No tag back
  • No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this." 
orite, tegas mak aii. mula, dari sekarang!

  1. Nama ibu yang bagi. Nurul Shakila Zen. abah nak letak nama MARKONAH. ini fakta
  2. selalu sakit mata. dua bulan sekali akan kena ketumbit sebab rajin intai orang :B
  3. tinggi cukup cukup tok jadi model kanak kanak. if berminat, komen komen lah ye.hewhew
  4. sangat ALLERGIC bila orang panggil Killa. mungkin sejak azali membe panggil shark. so, baby baby pleaseee, do call me shark ye 
  5. tak suka kucing sebab bulu dia rasa macam melekat seminggu kat tangan
  6. tak kesah sangat pasal make up, tudung hana tajima, lagu lagu latest dan yang sama waktu dengan nya.
  7. muka macam sombong tapi sila lihat within the surface ye cik non! 
  8. bakal grad tahun ni jugak if di izin kan Allah
  9. paling tak suka beli kasut. tak tau nak pilih macam mana. kadang kadang tu rasa sayang kat kasut yang dah pakai lama
  10. ADDICT facebook and twitter :)
  11. I'm a coffee lover. bagi yang paling kaw pun tarahal lah nak habiskan
ni soalan daripada pengetag pulak

1. apa kenangan paling pahit korang? cecite cecite?
    kena denda basuh rumah sampah 3tahun berturut turut tanpa gagal dekat hosterl dulu. mula2 memang pahit, lepas dah biasa, tarahal lah

2. macam mana korang bertemu dengan si dia?
   err, yang mana satu ni? cehh. sedang tidak ada si dia buat masa ni. terima kasih :)

3. awak prefer beli phone baru ke pakai phone lama biar sampai rosak dulu?
   pakai phone lama sampai ke ahkir nya

4. blog ni umpama diary online kita. in real life, awak memang tulis diary tak?
   dah lama tinggal kan habit ni. zaman gedik berBF ada lah jugak tulis

5. subject apa yang paling tak suka zaman sekolah dulu dulu?
   the one and only, MATH :)

6. korang pernah kena buli? or macam kena panggil dengan senior la
  dengan membe sebaya tak pernah la. dengan senior selalu sangat. tspi time stay hostel dulu lah. seniors cakap mata saya kerek. duhh

7. awak suka kpop tak? kenapa?
   tak suka. musykil nya, tak de sebab kenapa tak suka :)

8. suka main game kat facebook?
   tak suka

9. masih ingat password myspace or friendster?
  ingat sangat. haha

10. sehari berapa jam awak online?
   2jam je. haha

11. awak suka math tak? kenapa?
   err, soalan jenis apa ni? hahaha. sampai mati pun tak kan suka :D

SILA JAWAB SOALAN NI YE ANAK ANAK :

  1. bila korang nak grad?
  2. apa plan lepas ni?
  3. kalau dapat tanggungjawab nak lepas ke amek?
  4. lahir zaman cartoon apa paling top?
  5. nak jadi budak budak balik tak? kenapa?
  6. kalau jumpa ex boyfriend/ex girlfriend tegur tak?
  7. pernah kena rotan dengan cikgu tak dulu? apa puncanya?
  8. pernah gaduh dengan bestfriend sampai sekarang tak bertegur? kenapa ye?
  9. kahwin muda tu ok ke ko?
  10. bila tak boleh tidur, apa je korang buat?
  11. kalau saya jadi artis, bakal feymes tak? muahaha

mahu tag : seriayu, kina missone, eyqazubir, killa, ziera zain, asfarina, roket kertaz, nabilah, wanblur, syaff



bila hati berdegup dua puluh kali lebih sempurna



esok esok atau bila bila, tingkat umur naik setapak lagi. 
susah nak agak apa bakal jadi

entah kawan kawan lari, 
cinta tak datang mari,
entah esok hari mati
mungkin jugak terbukak luas pintu rezeki. 
siapa boleh jamin hidup sendiri? 

february bakal datang tak lama lagi. secara jujur, aku tak mampu nak fikir apatahlagi mimpi nak jadi duapuluh -an ahkir minggu ni. macam mengada je kan? dalam masa seminggu je lagi ni, baru aku terfikir, apa aku buat sepanjang hidup sembilanbelas aku kat atas muka bumi?

sesen asset pun aku tak mampu nak cari,
huh, cinta hati apatah lagi,
ilmu pun tak berapa tinggi.
amal? setengah umur aku pun mungkin tak cukup2 ni.

tapi Alhamdulillah, panjang jugak Allah bagi nyawa. berharap sangat sangat, hari esok lebih baik daripada hari ni. amin

Thursday, January 12, 2012

malam penghargaan fasilitator :)

Assalamualaikum :)

semalam hari makan berbayar. hari ni pulak hari makan makan free :) Alhamdulillah, rezeki Allah melimpah minggu ni. tak ramai yang datang tapi cukup lah aku katakan rindu terubat sikit bila nampak muka muka yang jarang jumpa kat kampus.

hari ni jugak aku telah menjadi "sesuatu". tak tahu nak describe as rahmat atau musibah. aku masih percaya apa yang Allah rancangkan untuk aku, jadi aku bersyukur dengan apa yang aku dapat hari ni. InsyaAllah, end of this thing, aku akan jadi orang yang jauh lebih baik daripada sekarang. who know rite. so bagi aku, selagi peluang tu ada depan mata, kita kena rebut :)

nota kaki pendek : doakan yang terbaik untuk sandara saudara sesama Islam kita. doakan saya juga ya:)
                             *maaf, gambar belum diperolehi :P

Tuesday, January 10, 2012

Nafsu Kuda



Assalamualaikum peeps. hari selasa kebiasaan nya bukan lah hari paling sibuk aku. hari paling terik yang aku rasa minggu ni.

Lately aktiviti menggedik memang berlangsung pada hari rabu. memandangkan hari selasa yang ini sangat boring, maka aku berpakat dengan kaki kaki ronggeng sedunia untuk merayap di bumi Shah Alam.

sebelum melangkah lagi aku dah bantai sepinggan nasi campur di cafe berbumbung hijau. bukan takat nasi campur je, jambu batu, segala macam junk foods pun aku dah sental.

sesampai di halaman Plaza Alam Sentral, selang beberapa jam mencarik carik outfit yang sesuai untuk presentation khamis ini, aku dipanggil panggil lalu di jemput ke teratak KFC pula. snack plate aku order sedangkan baru je lepas makan kat cafe tadi. bukan tu je, aku siap order chewy cheese jugak kot!

tak kenyang lagi tu. kitorang keluar pulak jumpa seseorang dekat kedai makanan Jepun depan PAS tu pulak. sempat lah tibai 1-2 jenis sushi. tu pun nasib baik lah tumpang2 orang makan.

sedang sibuk makan tu, hujan maha lebat pun mencurah curah. dalam keadaan hujan lebat pun boleh terfikir nak makan cake secret recipe jugak. mula mula hasrat memang nak dekat batal dah. tapi nafsu kuda tu mengatasi segalanya kan.

agak2 hujan dah reda sikit, kitorang pun dok redah lah hujan. mau basah kuyup jugak lah. sempat ada adengan romantik payung memayung, jatuh terjatuh, gelak dan terbahak. melintas jalan paling mencabar. selipar aku terlepas dalam lecak & hampir hanyut bawah kereta. sebijik macam sampan. haha. sesampai kat secret recipe je, semua dah pandang pelik sebab kitorang semua basah kuyup. memang macam malu jugak lah. tapi apakan daya, kerana nafsu kuda, hamba turutkan :D

fuhh, balik terus rasa nak muntah balik semua benda. betul lah kata awak :))

Wednesday, January 4, 2012

lagu baru buat hibur hati :)




Assalamualaikum. perasan tak ada lagu baru? tak perasan? tak pelah *slow slow pegi merajuk belakang tembok* ecehh.

bukan lah betul betul lagu baru. *maaf saya bukan perempuan up to date yang mana tahu semua jenis lagu. lap air mata.eh, dah2 layan kan jelah lagu baru kat blog ni ok :)

last words : suka dengar suara sam tsui. nuffsaid :))