Tuesday, January 10, 2012

Nafsu Kuda



Assalamualaikum peeps. hari selasa kebiasaan nya bukan lah hari paling sibuk aku. hari paling terik yang aku rasa minggu ni.

Lately aktiviti menggedik memang berlangsung pada hari rabu. memandangkan hari selasa yang ini sangat boring, maka aku berpakat dengan kaki kaki ronggeng sedunia untuk merayap di bumi Shah Alam.

sebelum melangkah lagi aku dah bantai sepinggan nasi campur di cafe berbumbung hijau. bukan takat nasi campur je, jambu batu, segala macam junk foods pun aku dah sental.

sesampai di halaman Plaza Alam Sentral, selang beberapa jam mencarik carik outfit yang sesuai untuk presentation khamis ini, aku dipanggil panggil lalu di jemput ke teratak KFC pula. snack plate aku order sedangkan baru je lepas makan kat cafe tadi. bukan tu je, aku siap order chewy cheese jugak kot!

tak kenyang lagi tu. kitorang keluar pulak jumpa seseorang dekat kedai makanan Jepun depan PAS tu pulak. sempat lah tibai 1-2 jenis sushi. tu pun nasib baik lah tumpang2 orang makan.

sedang sibuk makan tu, hujan maha lebat pun mencurah curah. dalam keadaan hujan lebat pun boleh terfikir nak makan cake secret recipe jugak. mula mula hasrat memang nak dekat batal dah. tapi nafsu kuda tu mengatasi segalanya kan.

agak2 hujan dah reda sikit, kitorang pun dok redah lah hujan. mau basah kuyup jugak lah. sempat ada adengan romantik payung memayung, jatuh terjatuh, gelak dan terbahak. melintas jalan paling mencabar. selipar aku terlepas dalam lecak & hampir hanyut bawah kereta. sebijik macam sampan. haha. sesampai kat secret recipe je, semua dah pandang pelik sebab kitorang semua basah kuyup. memang macam malu jugak lah. tapi apakan daya, kerana nafsu kuda, hamba turutkan :D

fuhh, balik terus rasa nak muntah balik semua benda. betul lah kata awak :))

2 comments:

Killa92 said...

huu kaki bengkak cket.. mujur ada tukang urut ;D

.shark.grown.up. said...

haha, dah urut dah? bagus2