Friday, May 20, 2011

1 hati berdarah lagi

dia da move on. ya dia da move on. macam tak jangka sebab dia text aku macam dia kesah lagi pasal aku. gambar - gambar dalam simpanan da terdelete.

gambar kau masih aku simpan. mulut kata move on.. hati tetap tunggu - tunggu. mata pujuk tatap orang lain.. otak masih ligat fikir pasal kau.

kau nak rasa macam mana aku sakit? ape makna bila aku tak boleh stop nanges walau nama kau je orang lain sebut? ape makna kalau orang buat baik kat aku muka first tebayang macam mana kau tipu aku? ape makna aku tutup hati aku semata mata nak tunggu kau? bak datang ape aku buat kat kau. bak datang..

ye, ni mungkin bukan pertama kali kau buat aku macam ni. dulu dulu boleh aku maafkan. kali ni harga nya jadi sedikit lebih mahal. mungkin kau pulak yang patut tunggu & yang paling manis, AKU TAK KAN KEMBALI :)

wait something sweet from me : the sweet revenge baby

Monday, May 9, 2011

perempuan gagah itu walau patah tangan kakinya, ditongkat jua dagu nya

perempuan gagah itu mungkin didatangkan dengan sifat tak tahu cengeng. sakit mana beban mencakar, perempuan gagah itu tak tittis air matanya.

perempuan gagah itu mungkin pakej nya jelek diluar, tak layak dijamah mata tapi hati nya halus bak sutera.

perempuan gagah itu didatangkan Allah satu dalam sejuta. biar kita ingat jika hilangnya dia, tiada galang gantinya.

perempuan gagah itu terkadang memendam seorang. sakit lelahnya, susah payahnya, sedu sedan nya, mungkin secebis bahagianya.

perempuan gagah itu walau patah tangan kakinya, ditongkat jua dagu nya. telah habis menang di medan juang tetap gagah menghulur senyum.

aku kenal seorang perempuan gagah itu. ibunda noor hasilah arbain. selamat hari ibu.. ibu perempuan gagah dalam cara ibu tersendiri. sayang ibu infinity 

Friday, May 6, 2011

pak cik aiskrim mak cik kantin

sape kate budak kecik tu innocent? sape kate pulak budak kecik tu naive?

bagi aku mane ade budak kecik naive dalam dunia ni.. propaganda je semua tu..

nak aku buktikan?

cerita mak cik kantin :
berape ramai dulu mase sekolah rendah, ok fine, paling cikai la aku bagi, time sekolah tadika penah denga cerite mak cik kantin jual air tak masak? atau jual air sirap tapi sumber dari air paip? dekat sekolah lama aku selalu jadi.. jangan tipu la kalau kau kate sekolah aku je yang ade budak2 tak bermoral macam hareemm tu kan.. tak kan la dalam Malaysia yang punye basar ni sekolah aku je yang ade budak2 berpotensi jadi wartawan melodi? ye dak?

cerita pak cik aiskrim :
pak cik yang bawak motor & jual aiskrim aku panggil kan saje pak cik aiskrim. lain la adik aku. di gelarnye encik.. (biarkan lah.. adik aku istimewa) .. ini cerita zaman aku rambut mangkuk dulu.. kire fesyen latest la tu.. bile aku nampak pak cik aiskrim masuk lorong rumah aku, aku tak saba2 tunggu depan pintu rumah. maklumlah, kalau cuaca kat malaysia ni sejuk berais batu ok gak kan, ni da la panas membahang, memang tak lepas la aku kejar pakcik aiskrim tu :)
tengah dok tunggu membayangkan aiskrim yang bakal aku beli tu tiba2 jiran sebelah yang sebaya aku tu panggil. mula2 buat2 tak pandang sebab dia ni boleh tahan la suka suruh aku belanja aiskrim. nasib baik dulu saiz aku kecik, so aku biakan je kau,, sekarang no way la kawan. (cehh, riak).. tak putus asa, jiran aku ni terus melolong,
"wehh.. pakcik tu kencing tepi jalan. dia mana basuh tangan. ko nak beli ke aiskrim dia?"

wah, lepas je dengar benda macam tu, tekak aku jadi kembang semacam. terus aku lari masuk dalam rumah. pakcik aiskrim yang dari tadi dok tesenyum senyum sebab dapat membahagiakan kanak kanak kehausan (?) dan menguntungkan poket sendiri, mati senyuman nya. dari tingkap aku intai, jiran aku tu tersenyum bangga kerana pakcik tu berlalu dengan hampanya..

moral of da story?
korang nak fikir sendiri ke nak aku bagi tau?

ok fine ! aku bagi tau, the moral of the story is :
1. dari kite kecik2 lagi kite da belajar tabur fitnah kat orang lain. let's say lah kan, kau nampak ke pakcik tu kencing tepi jalan? kalau kau nampak pun mesti kau yang dok intai pakcik tu kan? gile PERVERT kau sebab kau tau details sampai pakcik tu tak basuh kencing ape lahanat semua kan. kecik2 da pandai mengintai.. da besa nak jadi ape?

2. lagi 1 hal, memang la makcik kantin gune air paip. tapi air paip yang da di masak. suke tengok benda daripada surface je, suka percaya cakap orang bulat2 without nak selidik sendiri, paling penting.. suke jejaskan periuk nasi orang lain. yela paling koman pun budak2 ni akan temakan ayat "air paip" tu dalam mase seminggu ke sebulan. habis tu, dalam mase sebulan tu, tak laku la barang2 makcik kantin tu kan? kalau gosip "air paip" tersebar kat satu kelas je ok lagi tapi cube bayangkan tersebar seantero sekolah?? ha,, rugi ke tak rugi? 

tepuk dada, tanya selera :)