Thursday, March 29, 2012

comedy tragic

Assalamualaikum :) di kelapangan study week sem ni, sempat aku memanjang langkah ke Bangi. memang tak jauh pulak Bangi dengan Shah Alam. cerita dia mula bila aku just bergurau nak pergi teater sorang membe kat UKM. dengan selamba gedik aku pi tanya membe yang ada transport. dia pun on je.. aku apa lagi, senyum selebar mungkin. rindu kot nak jumpa membe lama. anddd akhir nya, dengan izin Allah, kami berjumpa.

bermula di UKM, atas nama teater "Anak Kerbau Mati Emak"

 orite, usha sikit tok penghulu ni. ok cukup. kang ada orang marah kang

cerita ni mengangkat tema comedy but dalam masa sama ada pengajaran yang dalam khususnya buat masyarakat Malay yang amat jumud + skeptikal. "Anak Kerbau Mati Emak" tu sendiri adalah metaphor yang paling tepat nak gambarkan. ending cerita ni mmg bagi impak. salute sama team produksi :)

next, cinta jatuh di UPM pulak. atas nama teater "NUR"

ni aku bangga jap. membe aku watak utama wehh. haha. (sakai kejap)



teater kali ni pulak memang tragis. apa yang jadi dekat watak utama iaitu Nur tu sendiri memang berat. lebih2 lagi bila si Nur ni jadi mangsa ayah kandung sendiri. (credit to watak Ayah Nur sebab muka kau scary gila andd pervert gila babs weh. meremang bulu bulu tengok) haha. flow cerita ni agak slow.

sempat aku perasan ala - ala Hanis Zalikha yang suka makan chocolate Dove tu. sampai tak sempat nak pelawa orang sebelah makan :P chocolate Dove memang terbaik. patut selalu masuk dalam entry Hanis Zalikha ye dak?


Ironi nya, sang Tok Penghulu dan sang Nur ni sedang hangat hangat bercinta. elok lah dua dua minat benda yang sama :) dua dua jugak aku jumpa masa zaman PLKN. tak cukup ironi lagi? ok, ni kira first time aku jumpa balik dengan si Tok Penghulu ni lepas habis PLKN :)



next, nak jumpa semua yang aku rindu. amin

p/s : friends till jannah :)

Friday, March 23, 2012

untuk yang terakhir kalinya

Assalamualaikum. fuhh penat yang amat sangat minggu ni. tak putus - putus pulak tu kerja datang menjengah.
Alhamdulillah, kerja kerja event semua dah selesai dengan jayanya. tinggal tumpu kerja kerja S/U dan jugak hadap final exam.

as you guys noe, aku dilantik jadi Project Manager untuk event kali ni. FCM SHINE OF HOPE namanya :) berlangsung selama 3hari 2malam kat Kg. Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. lepas dah habis event, rasa dia mmg tak boleh describe guna ayat. susun ayat indah mana pun tak tersampai maksud dia. 




event kali ni boleh aku banggakan sebabnye, dari proses type proposal, hantar sponsor, push orang, handle protokol, set tempat, kerja kerja kuli dan seangkatan dengan nya, aku telibat secara langsung. ULANG SUARA, SECARA LANGSUNG YA! secara langsung sampai mata tak stop stop nanges bila proposal kena reject, hati debar debar bila kira duit tak cukup2, mata nanges lagi bila dapat tau ramai against aku T___T.
sumpah, yang paling penat part menangis lah. yang lain masih ok lagi. Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat kawan2 yang mampu topang cela cela cacat aku sampai tak keterlaluan aku katakan, nampak sempurna pada dasar mata. Terima kasih AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, dan AWAK yang tolong balas komen kat FB yang sangat mcm haremm. tak lupa jugak untuk yang sama sama menapak sampai tingkat 14 bangunan SUK semata nak cari sesuap nasi, sponsor. :)

untuk yang bekerja keras masa kat Kg Sungai Haji Dorani pun, berbanyak terima kasih aku ucapkan. dalam sibuk sibuk bergelumang dengan heksaimen, korang dapat gak turun join. sumpah aku terharu. cuma ingatan bersama, tak perlu kata belakang. hati aku dah kebal segala rasa. ini SUMPAH SIRIUS. kata depan depan  lagi berkat doe :)






*gambar tak ikut susunan. harap maklum*

penutup kata, aku serik jadi ketua untuk kepala yang sangat banyak. SEKIAN :)

Wednesday, March 7, 2012

untuk ke sekian kali nya, air mata jatuh lagi

kamon lah shark. kuat sikit boleh? cengeng tak bawak pegi mana. 



secara ofiSIAL nya, janji aku mati lagi. nak kebal? ah, tahi

Monday, March 5, 2012

alasan kukuh

Assalamualaikum :)
just wanna update a bit from this previous months

secara rasminya amanah yang sangat besar terletak kat atas bahu ni. Alhamdulillah, dah selamat diwatikahkan sebagai salah seorang MPP di UNISEL. sumpah, sampai sekarang masih tak percaya (sedangkan rengah curi2 online sambil buat minit mesyuarat ni :P) harapan tok sah cerita lah, apa yang sekelian students nak, tu jugak lah yang aku nak. I can't promise you but I'll do my best. sampai ke titisan darah terakhir. aiceh

as usual, let the pictures do the talking :
tema sendiri = green

  
barisan mpp UNISEL


event ramah mesra bersama pemimpin di section 7. makan dia memang terbaik lah. steamboat + nasi goreng + desert jelly kelapa. sorry, yang ni tak banyak gambar untuk bercerita :)

tak mau spekulasi, tak mau. saya natural ok. ni sekadar jemputan :)


oh ya, bulan february hari tu pun aku dipanggil untuk jadi photographer terjun bagi majlis hari keluarga amanah ikhtiar Malaysia. weh, memang cuaca cemburu betul dgn aku. habis burn muka, tangan semua. paling terbaik kena masuk padang yang lumpur kalah sawah padi. macam tu punya standard padang stadium dekat klang. boo! shame on you :P

next event : FCM SHINE OF HOPE dekat Homestay Haji Dorani. tak sabar nak ke sana, mix up dengan orang kampung, kenal lagi rapat dengan classmates. sangat teruja ok! hehe. aha, sabtu ni pulak I have to attend my cousin's wedding. andd again, jadi photoG terjun.gambar tak cantik nasib lah yer. :P

hidup peribadi pulak makin tak terurus. hehe. so nak tekan kan dengan jelas kat AWAK, saya tak de masa nak lovey dovey buat masa ni. tak sesuai lagi kot. I do appreciate what ever you do, but masa tak sesuai. sekian :)