Monday, March 17, 2014



separuh dada kosong
nak kata rindu ke si polan itu dan ini, bukan.
nak kata jatuh angau sama lelaki stranger main kunci mata di danau kota juga bukan
ditebak satu satu isi dalam hati

bukan
bukan
bukan
dan masih
BUKAN


dua minggu berkelana dalam kota batu
cari apa? aku juga buntu
diteman kawan beribu
makin sesak jiwa aku

tinggalkan rumah, semata mahu carik diri, carik erti
lupa yang dirumah itu kasih mereka abadi
lupa peha ibu lembut membuai rasa
lebih hebat dari lampu lampu kota

lupa pesan pesan abah itu ubat
lebih hebat dari madu pekat bancuhan teman rapat

lupa tawa, tangis dan gaduh adik adik itu penguat
lebih hebat dari rasa besar ditimang diangkat

rindu jasad yang dulu.
walau hebat di tangan kakikan, masih tahu mana berdiri
masih tahu, tuhan sedia qada' qadar Nya

satu per tiga malam malam yang tersia. maafkan aku. maaf


p/s : this entry was inspired by a song, let her go- passenger.
         only hate the road when you're missin' home.
         " dah try carik diri sendiri kat tuhan?"