Friday, December 21, 2012

hero -in



kata orang,

"perempuan ni macam kucing. suka main. cepat sangat tertarik dengan fancy things. bila dah kenal, mulalah manja/ mesra. tapi once dia berhenti main, bukan makna dia dah tua. dia cuma dah terlalu letih"- anon



L. E. T. I. H


fahamkan. tolong hadam

lelah

kita jadi marah bila orang tipu kita
kita jadi sakit bila orang acu topeng tapi mengaku itu yang asli
kita tahu kita tak kan kemana tapi kita masih degil mencuba
*pause*


aku penipu besar itu
aku tipu. katanya dah bebas dari apa rasa
semalam, menitik lagi air "panas" hujung mata


ye, aku penipu besar itu
aku masih tipu. sua muka paling ceria
alun suara paling manja, paling mesra

tapi yang bodoh tu kau.
kau tak pernah perasan
sebab time tepat tepat kau perasan, semua benda dah terlambat
macam biasa :)

Friday, September 7, 2012

ghost of you

semalam, dia datang lagi
tengah tengah malam buta, sedang sibuk mengejar dateline kerja.
katanya penting : kerja hidup mati
penat aku tekan kan. tak perlu, tak usah. sudah malam benar
"tak pe, dah nak sampai dah ni. siap2 tau" *sigh*

dia tanya aku nak kemana. aku serah bulat2 ke dia. pergilah mana hati kau rasa hati kau suka.
berhenti satu tempat. lama kita diam. setahun lebih tak jumpa buat kita janggal
aku dengar nafas kau sekat sekat. muka kau pucat. aku tunggu
"setahun lebih tak jumpa, awak dah byk berubah" kata dia.
dalam hati aku menyahut : mcm mana nak sama, hati dah terbelah belah

akhirnye, berjaya jugak kau buat aku gelak. cerita sepanjang tahun aku rangkumkan jadi ringkas
seringkas boleh
tanpa aku tanya, kau cerita kisah dulu2. alaa, semua pasal kita.
dari awal kita jumpa, sampai lah kau tinggal aku bodoh sorang2. satu pun tak terlepas.
*mengeluh* malas nak tunggu lama aku terus tanya : "awak nak apa sebenarnye jumpa saya hari ni?"
terus matanya lirih. "saya nak selamatkan awak dari sedih. nak jaga awak mcm dulu2"
tercengang aku. masih buat muka batu. nak gelak kuat2 sebenarnye. tapi jaga jugak lah hati dia

kau beriya berjanji. dah berubah 360darjah. dah tak bodoh mcm dulu. dah boleh jaga aku
dah mampu nak tanggung aku. segala yang indah2 lah kau khabar ke aku. sumpah, semua yang indah indah
aku pandang mata kau. pandang lama. carik rupa2 ikhlas dari situ
hampir jatuh sekali lagi. dalam diam aku tanya hati aku. tak berdegup langsung. mcm bagi tanda, "jangan jadi bodoh lagi shakila zen"
aku tarik nafas panjang. slow2 aku cakap : "maaf, awak dah terlepas peluang awak. sejak setahun lepas lagi. tolong bebaskan diri awak. tolong"

aku pandang matanya lagi. kali ni aku boleh kata satu, i'm completely move on :)) terima kasih Ya Allah sebab pinjam kan kekuatan ni. hati dah tinggal cebis cebis, baru nak datang. sungguh dah terlambat

Thursday, September 6, 2012

do you remember?

Hati panas turunan ayah
Kini membakar seluruh tubuhku
kalau apinya berterusan begini
hilang nanti lah jasad anakmu ini
tolonglah aku ayah..

Simbahkan air pengaman jiwa
Pemadam bara, yang hanya kau tahu rahsianya
tiada terkawal lagi aku
api yang menyala

Tolonglah aku ibu
tawarkan panas di dada
kebahkan demam yang kian ketara

...

Aku rindukan teduhan dingin dakapan tangan lembutmu
belaian
kasih hatimu ibu sepanjang jalan.

Aku rindukan air matamu yang jernih
sejuknya menimpa bara
memadamnya untuk selamanya...



Wednesday, September 5, 2012

Tuesday, September 4, 2012

journey to unknown

Assalamualaikum and hello :)

menempuh hari yang sangat panjang malam tadi. macam selalu. perjalanan panjang yang langsung tak dirancang dan semestinye lah di mulakan dengan kelas waktu malam yang terlebih panjang waktu nye -.-"

"lepak KLCC jom" aku tak sure sape punye idea tapi malam ini kereta kita punya, jadi dunia juga patut sebelah kita. perjalanan nak ke sana je dah ad seribu satu cerita. sesat tu jgn cerita lah kan. padahal bukan tak selalu turun ke KL cumanye tah kenapa mlm ni semua orang blur dan buta arah tiba tiba. lane monorel jadi petunjuk untuk ke mana mana.

KLCC dah depan mata. ad seorang teman, nak terkucil katanya. jadi melilau mencari toilet, musuh utamanye, waktu, sudah masuk 12++ malam. makanya, toilet dlm KLCC semua nye sudah tutup. tapi masih, keraskan kepala nak masuk juga. ke tingkat 3 kita tuju. konon dalam kepala nak ke cinema (kalau kalau lah kena kejar pak guard) yang sang teman seorang sedang membuang dengan tenang. yang empat selebihnya duduk menggelabah bila titik2 nombor di lift menunjuk ada orang menuju ke tingkat 3 juga. ah, masak. pak guard sudah sampai depan mata. nak lari kang nampak sangat bersalahnye. disoal ditanye, jawapan mudah. "sorry bang, kitorang bukan orang KL. datang dari jauh ni." muka abang tu da nmpk kesian jugak kat kitorng seraya bertanye "korang dari mana ni?" "shah alam" *shit* oh, JAUHNYE shah alam dgn KL tu rupanye -.-" 3 kali jugak di kejar pak guard keliling KLCC tu. semua tempat pun tak boleh lepak. apa guna buat taman besar2? membazir. ah, leceh.

Ke BB kami tuju tapi nyata, tempat tu bukan roh dan jiwa kami. so gerak lagi. kita ikut suka hati kita. masuk jalan tu, keluar jalan sana. try jalan sini, terkeluar kat sebelah sana. last2 secara kebetulan ke dataran merdeka. ingat nak turun jalan2 tapi penghuni sana terlalu gangster rupa. lepak dalam kereta lagi. observe orang keliling. macam2 rupa. family pun ada (membawak anak kecik ye) tak reti tidurkan anak kot. last2 kita blah. nampak signboard "tugu negara." JOM. naik sampai setengah tiba2 rasa meremang segala bulu . u-turn, tu pun hampir2 nak dikejar pak guard.  last, sayuti ajak melawat uptown danau kota.

ke uptown danau kota paling mencabar setakat ni. sorang pun tak tau jalan ke mana. terpaksa patah balik ke dataran merdeka tok tanye kat pak cik DBKL mana arah perlu dituju. sempat bergaduh 2pak cik tu nak memberitahu mana jalan paling dekat. sesampai landmark yang ke 3 atau 4, semua dah lupa jalan balik. terpaksa berhenti di 7e nak tnye jalan balik. sesat, dan sesat juga. akhirnye, setiap 10minit kita berhenti kat petrol pam, 7e, kedai makan, tepi jalan. tak kesah, janji ad orang yang boleh ditanye pasal jalan kat KL ni. macam biasa, version cerita adalah sangat sangat berbeza. oh, mungkin version yang tersangat berbeza! dek kerana ikutkan kata ramai sangat orang, kita dah tawaf KL tu 7kali ok. 7kali! bila dah hmpir2 nak putus asa, kita jumpa signboard "SMK Danau Kota." mata semua bercahaya balik. haha. pusing2 area flat, masih tak jumpa. nasib ad seorang cina muda kat tepi jalan. bertanye lagi. ahirnye dia panggil kawan2 dia suruh tunjuk jalan. dekat 20minit jugak kitorng follow belakang motor. sampai jugak akhirnye.

climax nye......... "eh, sorry. lupa nak bgtau. hari ni uptown TUTUP lah." puaka niang rapik sungguh! nasib lah abiang bawak motor tu hensem. ehem! pengahkiran cerita : ke restoran PELITA sebelah plaza shah alam melantak nasi goreng. mamak memang tak pernah mengecewakan ;D

weh, i'olls nak bagitau u'olls ni. i'olls heart u'olls ok
p/s : ye, aku sorang je perempuan dalam cerita ni. diorang dah macam girlfriends aku and aku dah macam boyfriend diorang. "gossiping like a Jemah but rocking like a Dolah"

Friday, August 31, 2012

happy merdeka!


Selamat Merdeka ke 55 Malaysia.
**saya tidak bertanggungjawab atas difinisi gambar diatas. "bogelkan" pemikiran. jgn sempitkan. peace :)

p/s : tak rasa merdeka dah sejak dua menjak ni. keluar rumah mesti kena pakai make up. tutup segala cela. jerawat, tolong merdekakan kulit saya. hik hik

Friday, August 17, 2012

Rojak

Assalamualaikum and hello there :)

oh, sebelum lupa. selamat akhir Ramadhan (sedang entry ni di taip Ramadhan tinggal lg 2hari) harap2 korang masih boleh senyum gagah nak harung sisa sisa Ramadhan tahun ni. orite, tak perlu basa basi lagi, let's start with my story sepanjang Ramadhan tahun 2012 ;)

First at all
 Minggu Tekad Siswa (MTS) sesi julai. mcm entry2 bosan sebelum ni. masih jadi fasilitator untuk adik2 junior tersayang *muntah* hehe. bezanya MTS kali ni beta dah tak pegang tahta protokol. kak long protokol dah step down, tak boleh nak kata apa lah kan. jangan nak step down sgt lah shark oi, pang kang! haa, kali ni beza sikit sbb shark dapat jadi setiausaha / bendahari (tak de unsur2 tamak ea kat situ). Alhamdulillah, kerja boleh tahan ringan nye kalau nak dibanding dgn exco protokol. boring ya amat sampai terpaksa kacau kacau orang lain T____T. sorry lah ea, dah terbiasa busy :P
yang lain nye jugak MTS kali ni terlampau ramai muka muka baru yang jadi fasi. at first agak janggal jugak nak rapat2 apetah lagi nak bergomol mesra kan, tapi semua nye bisa diatur. mulut kena ringan, hati kena ikhlas, senyum tak mo lekang. lama2 orang pun berani tego2 shark and Alhamdulillah sampai sekarang rapat dan melekat lagi dgn diorang :))

second thing : KEHILANGAN
fuhhh, ni yang paling payah nak cerita. mana nak start dulu ea. Bismillahirahmanirahim, fuhh. mula sekali shark start dgn laptop.

LAPTOP : not really lah kalau nak kata hilang. ayat mudah, lappy shark jahanam. haha. itu pun atas "kebijaksanaan" shark sendiri sampai kan tak sedar lappy jatuh atas kaki (cerita masa MTS) dan automatic lappy pun arwah :)

BABY NIKON D3100 : uwahhhhhh.. ni yang paling sedih :'(( sumpah yang ni paling terkilan bila dapat tau hilang. lokasi biarlah dirahsiakan tapi senang cerita tempat paling familiar shark lepak. rasa tak percaya tu masih ada lagi. baru bermanja dengan awak tak sampai 2tahun  :( me gonna miss you. kepada pencurik tu,  sila mati pulangkan kalau boleh. bulan puasa kot. tak takut dosa ke??

AWAK : ye, shark dah hilang dia :') sejujurnya masa menaip entry ni, masih berat nak cerita pasal awak. berat teramat sebab masih terasa yang awak dekat lg dlm hati saya. terlalu dekat tapi hakikatnye. hehe, kita je yang tau ek. awak wakilkan 1 entry maaf untuk saya. short and simple. boleh kata singkat dan kosong (mcm yang awak rasa kat saya sekarang kan). pelik bila entry awak pasal saya, sebelum kita together lagi sweet dari yang sekarang ni. hehe. yang lain tu biar saya simpan sendiri lah. malu nak cerita

thirdly, KONVOI RAMADHAN
ok, tak nak ulas lanjut. nanti ada butthurt baca kritik pedas aku. peace :)

last but not least : terasa sangat bermakna Ramadhan ni. hilang benda / orang kita sayang sebagai khifarah untuk diri aku yang terlalu sangat lupa kat pencipta yang satu tu. Salam Ramadhan semua. jumpa tahun depan (itu pun kalau nyawa panjang lah. heee)


Wednesday, July 18, 2012

kita pinjam semua daripada Allah :)

Assalamualaikum and hello :)

Alhamdulillah, kite dah start cuti :D tapi kejap jelah (harapan lah nak dapat cuti lama2. banyak kerja tertangguh hoi) dalam masa masa cuti ni dapat jugak lah curik masa dengan family and friends yang dekat2 sini. contohnye, last week. dapat spent time dengan kawan2 seangkatan gedik time form 5 dulu hikhik. buat benda2 simple je. kumpul duit sama sama then conduct bbq. sweet kan? :)

bila masing2 dah busy, mula lah dah lama tak contact each other but heyy, "Friendship isn't being inseparable. It's being separated and knowing nothing will change."

event sepatutnye start pukul 6petang tapi mcm biasalah, a bit delay. hehe. first delay sebab sorang pun tak tau nak hidupkan api. masing2 ingt yg dia dan dia reti, padahal hampehh, sorang pun tak tau. nasib je ada pakcik baik nak tolong :))
Pakcik ni tanye "kalau share kat facebook selalu dapat like berapa ratus?" adoi, kite tak feymes lah pakcik. puluh2 tu ada lah. haha

keterujaan terserlah :D
pakcik tu tolong awal - awal je sebab nak kemana tah lepas tu. cukup lah kan. then proses hidup kan api yang memang sangat penat diteruskan oleh tira, aku, kasyifa dan jugak humairah (nenek).
apa orang tua kata, menunggu itu satu penyeksaan? haa, sebenanye dalam time hidupkan api tu korum kitorng tak cukup lagi. ad lebih kurang 6 orang yang terkandas lagi. so, nak tak nak kitorng mulakan membakar ayam + hotdogs + sotong (which is kepala sotong semua tak dapat diselamatkan) hew hew hew



kehadiran rabiatul dikesan disitu :)

and yes, right after that fadhilah, murni and wawa arrived 

lepas dah peluh2 masak, sesi makan lah pulek kan/ om nom nom nom

ni ha muka2 yang datang hari tu. dari kiri : shark (me), rabiatul, wawa, kasyifa, fatin, fadhilah, tira, nenek, farhana
sepanjang kitornag jumpa tak berhenti henti gelak. mengilai to be exact. haha. kesian jiran2 kat situ :P nilah kira nye bahana dah lama tak jumpa. dekat 2tahun lebih kot dah tak jumpa. tapi Alhamdulillah, tak sorang pun yang berubah. masih gila2 macam form 5 dulu. kalau ad yang berubah pun InsyaAllah ke arah yang lebih baik ;)

aku tak berapa ingat macam mana aku boleh rapat dengan semua kat atas ni. mungkin cerita versi aku lebih kurang macam ni kot : aku dapat tau yang si tira tu sepupu aku. haha, so mula mula just tegur "hai sepupu" and lama2 boleh pulak rapat. macam tu lah kot cerita asal. hehe. maaflah, aku ni pelupa

p/s : ukhuah filla. abadan abada :)

Monday, July 2, 2012

untuk dia :)

khas untuk awak yang sempurnakan saya
terima kasih. InsyaAllah awak yang terakhir. Ameen



"i don't want to walk this earth, if i gotta do it SOLO" 

Monday, May 28, 2012

sad story itu serupa apa?

Assalamualaikum. amaran, entry ini penuh dengan gambar kopi paste. sila jamu mata anda :)

awak kata, hati jadi sedih bila tak dapat orang yang kita suka. em, mungkin

Ayah pulak kata, paling sedih bila tak dapat bahagi masa dengan sempurna lantas masa terbuang sia sia

Adik kata, paling pedih bila keadaan tak seperti dulu dulu

Ibu pesan, hidup tak sempurna bila tak guna kan nikmat sebaiknya
p/s : sebenanye tak ada idea nak buat esainment tajuk sad story. maaf merepek je. heee :)

lauk tambah

Assalamualaikum :) fuhh, baru lepas habis 1 lagi event kat UNISEL. penah ya amat ok!

event kali ni tak selama event dolu dolu. kali ni punya cuma 3hari. jaga students foundation yang sekangkang kera je. hehe. kali ni exco - exco lama aku semua dah naik pangkat :( aku sorang je masih setia kat exco protokol. sobs :'( tapiiii, the best thing nye, aku dapat anak anak exco yang sama gila, lebih hebat (daripada aku) suara sedap, korporat look :P and tak lupa, doktor pakar urut. hehe

sepanjang 3hari memang aku selalu kena tinggal buat kerja sorang2 sebab yang lain ada class yang amat sangat pack. kali ni memang tak stress a bit pun. mungkin mulut - mulut puaka + yang suka judge orang tak ada kot dalam MTS ni. OPSSS! Alhamdulillah, mula mula memang agak rasa give up dengan respond budak2 tu. but masa ikrar diorang superb gila kot. tah semangat mana datang rasuk pun aku tak sure. sampai kan Vice Chancellor bagi 5bintang kot! heee, terharu ok :) 

dikesempatan ni, aku just nak ucap terima kasih sampai ke langit untuk kamu kamu yang sanggup spend masa even jadual class pack gila. jangan pernah menyesal nak join lagi ye. see you next intake ;)

say KEJUUUUUUU!! :)

p/s : mood bahagia. terima kasih teman untuk sisa sisa sebelum habis study ni ;)

Friday, May 11, 2012

family pinjaman ;)

Assalamualaikum. fuhh, sorry, agak lambat post story MTS tok sesi kali ni. straight to Ampang point, fasilitator untuk kali ni tak ramai. cuma 28 orang je but seriously, I learned alot from this semester. yess, ALOT :)

MTS kali ni sama macam yang lepas - lepas, dimulakan dengan Bismillah eh, dimulakan dengan kursus induksi which is untuk menguji & memantapkan kerjasama sesama kitorang. haish, penat lah, boleh tak the pictures do the talking? orite
on the way nak main cattle balancing. terharu bila group kitorng je lepas main game ni. MAMPU? :P

aktiviti "rumah dan ladang" 
sorry, gambar masa induksi tak banyak. semua bz join aktiviti kan. malam terakhir induksi tu kitorng dibawak entah kemana sampai 2jam dalam bus. padahal kat Meru je pun. ngeh ngeh. sesi night walk malam tu memang terbaik wook. pe perasaan korang bila kena masuk hutan, then barang amanah dia is BAWANG PUTIH? bagi yang tak familiar dengan cerita cerita hantu, bawang putih digunakan untuk menghalau hantu. so korang faham faham sendiri lah macam mana KESARNYA kawasan kitorang pergi tu. andd again, sorry, tak ada gambar. phone, camera semua kena amek. sobs :'(

after berpenat 2hari ikut induksi, akhirnya kitorang diagihkan kepada beberapa exco. aku dapat exco apa? EHEM! macam biasalah, EXCO PROTOKOL *music VIP masuk*




exco sengal sepanjang hayat :) *yang tengah tu TAKE NOTE YE!*

fuh, entah apa susuk aku pakai sampai 3kali ha jadi protokol. nasib lah aku sayang kerja ni. eceh :') lepas je dapat tau exco apa kitorng dapat, perkara first yang kitorng buat ialah.... JENG JENG JENG. ok fine, tak suspen. kitorng jadi bahan uji kaji senam seni oleh si mamat tengah tu





yee, ni lah yang korang buat setiap pagi tu. kitorang test dulu tau ;P

tapi tak lama mana pun. pancit mak menari banyak banyak ni. fuhhh. lebih nye karoks jelah
setting baekk punya



aku ni sebenarnye mana lah pandai sangat merepek. kita straight jelah ea. dalam masa seminggu MTS aku paling percaya 2orang ni. selalu ada time susah senang. diorang ahli PROTOCOL RANGERS. sorang tak ada, rasa tak complete. presenting, DAYAH MUSA





she's a very good assistant. and sebenarnya dia lagi layak jadi ketua. bukan aku. segala orang2 penting, dia nilah yang call. manusia paling tahan kena maki. sayang kau kuat kuat. meh sini hug sikit

ni lagi sorang budak bertuah ni. kesian dia, awal2 join lagi dah kena pegang 2 exco penting. but u did your best Haikal. tak susah nak ajar kau, sebab kau dengar cakap :P partner in crime dalam merepek, cumanya aku tahap rendah lagi lah. nice to know you


Alhamdulillah, sepanjang MTS, adik adik semua sporting, dengar cakap lah. aku rasa macam relax sikit lah sem ni. tak payah nak buat muka ketat ke hape. semua jenis2 dengar cakap and peramah. ramai yang hot tau u'olls. kalah ai. (perasan pulop) 


pack tak pack lah dewan kann. hehe
sejuk je tau hati ai tengok ramai yang berjemaah ni :')


last but not least, thanks to all fasi yang sanggup kobankan cuti sem untuk buat benda2 macam ni. really appreciate it  :) yang penting, makan kena berjemaah. kan? kan? kan? hehe. till then, xoxo :3







Sunday, April 15, 2012

trashes


Assalamualaikum :) Alhamdulillah perjuangan sem 5 aku dah habis takat sini. ada 2-3 masalah je yang belum selesai lagi. tak pe, fikir slow2 insyaAllah settle jugak nanti. Amin

lately aku dapat kata kata paling kejam dalam sejarah hidup. haha poyo je. padahal masa sekolah rendah dulu lagi mean diorang hentam kau shark oi (cerita lama dah lupa). cumanya aku agak terkilan dan tertekan sebab yang utarakan perkataan2 kasar macam tu orang2 yang belajarnya tinggi. tah lah, nasi dah jadi bubur kot. nak masak balik pun tak boleh :)

sejujurnya, aku rasa dunia ni dah cukup sangat dikelilingi baka baka negative. jenis jenis memang sengaja julur kaki bagi orang tersungkur. pastu gelak kuat2 untuk puaskan rasa sakit hati yang berdenyut denyut. dan sejujurnya juga, aku harap kata kata busuk dan hanyir terhapus dalam mana2 kamus dewan atau kamus dwibahasa. atas sebab? atas dasar cinta sesama manusia. haha ok, tipu. aku bercakap atas tiket "bahagialah bila tengok orang senang" cakap memang senang, ye dak? praktik cuba *face palm diri sendiri*

dik non, kalau 1 ideology dimain, ditayang, ditatang sebelah pihak je rasa nya macam tak sedap pulak. cuba, untuk sekali ni je, sekali ni je, kita sama sama gendong ideology yang 1 ni. tolong lah. kau jugak impi keamanan sejagat. aku paling pantang orang "membodohkan" atau "mengtak ada otak kan" orang orang yang lain fahaman dengan dia. tak kesah lah sekutu A lagi bagus dan sekutu B tidak. kadang2 kena tengok apa salah kita jugak. macam yang lecturer aku cerita, "look at the bigger picture"

tak salah jadi orang yang aliran berbeza. cumanya jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.faham? ok, aku bagi contoh, encik man, seorang kaki mabuk yang dah bertaubat diangkat menjadi ketua kampung Z. tiba2, satu hari orang kampung nampak encik man depan pub tapi tak nampak pun dia masuk atau beli arak. cumanya orang kampung nampak encik man berbual kosong dengan GRO pub tersebut dan terus jatuh hukum yang encik man sudah kembali ke pangkal jalan nya sebagai seorang kaki mabuk. seperti biasa, akan ada kata2 yang beini : "ala, tak heranlah. dia tu kaki mabuk, selalu tinggal solat. anak bini pun lari"

kat sini aku nak tegaskan, manusia selayaknya jadi manusia SAHAJA. tak perlu jadi tuhan untuk adili mana akan perginya manusia. samada ke JAHANNAM, atau ke JANNAH. itu kerja tuhan. biar saja tuhan uruskan.

p/s : sokonglah kawan kawan yang nak berubah ke jalan lebih baik. bukan keluarkan statement "macam dah bagus sangat je nak nasihat aku." sama sama belajar jom :)

Thursday, April 12, 2012

kawan kawan yang kita suka


ini lah sebab nye kenapa aku sayang kau lebih. aku perlu sahabat yang macam ni. tegur bila aku salah, ingat kan aku bila aku mula lupa. tapi kenapa kau jauh? :'(


Wednesday, April 4, 2012

spechless



ayuh, sakitkan lagi. kerna aku sedar hati aku cuma picisan :)

Tuesday, April 3, 2012

just stop it


Assalamualaikum.

hari ni nak cakap pasal issue JEALOUSY sebab lately macam ada je yang tak kena here and there. Abaikan gambar diatas. sekadaran mekanisma menganjing di situ ya :)

jealousy atau kata dasar yang lain nya ialah sakit hati. selalu jadi dalam kalangan perempuan, wanita, isteri, ibu2 dan seangkatan dengan nya. lelaki jarang jarang kot dapat penyakit Jealousy ni tapi aku tak cakap tak ada, cuma rare sahaja ye. Kalau merujuk balik dalam Al-Qur'an, dari awal penciptaan manusia ni lagi dah ada rasa jealous ni. sebagai contoh yang paling popular, cerita pasal Habil dan Qabil. puncanya mudah. SAKIT HATI. konklusinya parah -> MATI.

sakit hati ni ada good site? bagi aku, ni jawapan paling relivan kenapa Jealousy itu baik

1. boleh sentiasa meningkatkan diri
bila kita tak suka sesuatu / seseorang tu, kita akan mati2 tak kan jadi macam dia. so every bad things pasal orang tu sedaya upaya kita nak avoid :)

2. medium muhasabah diri
rasa sakit hati atau iri tu boleh dijadikan benda positive. sebagai contoh, tiap kali hati rasa sakit, cepat2 ingat kat Allah,. cepat2 istighfar kat Allah. boleh selalu ingat kat Allah

3. belajar untuk ikhlaskan hati
maksud ikhlas kat sini mcm ni, iri hati selalu timbul bila nmpak kelebihan kat orang lain. atau tengok hasil kerja yang bagus daripada orang lain, so, to stop rasa iri hati, kita should ikhlas kan lah atas apa yang kita buat. so that, tak timbul lah comparison dalam hati tu. (betul ke ni?) hehe

the bad site of JEALOUSY :

1. hati makin keras
semakin byk kita sakit hati, makin banyak kita melawan. makin banyak kita melawan, makin banyak hati - hati orang yang kita sakit kan. andd makin banyak lah doa - doa orang teraniaya akan dimakbulkan. ada jugak yang kata, makin banyak kita berdebat, makin keras hati kita. waAllah

2. tak pernah nampak salah sendiri
selalu nmpk salah orang melebihi segala. tak pernah nak reflect diri and tanya, aku ke yang salah dlm hal ni?

3. kawan jadi lawan :)
sape yang suka kawan yang nak lebih segala galanya daripada kita? sila angkat tangan! *krik krik* (effect crickets nak tunjuk tak de orang) ;)

4. muka yang cantik terhapus dengan adanya hati yang busuk
pretty please, remember this one, orang tak ingat kita sebab muka lawa kita. orang ingat kita atas attitude kita. so, do behave lovely ladies :)

p/s : muak dibanding bandingkan dengan yang sempurna. tolonglah, dalam keadaan apa pun, aku kalah 70 round daripada kau dear sister. kau lebih segala galanya daripada aku. so I beg you. stop hating me. I have nothing. just a alot of flaws, cacat, busuk and manusia paling bodoh dlm sealanya. sekian

Thursday, March 29, 2012

comedy tragic

Assalamualaikum :) di kelapangan study week sem ni, sempat aku memanjang langkah ke Bangi. memang tak jauh pulak Bangi dengan Shah Alam. cerita dia mula bila aku just bergurau nak pergi teater sorang membe kat UKM. dengan selamba gedik aku pi tanya membe yang ada transport. dia pun on je.. aku apa lagi, senyum selebar mungkin. rindu kot nak jumpa membe lama. anddd akhir nya, dengan izin Allah, kami berjumpa.

bermula di UKM, atas nama teater "Anak Kerbau Mati Emak"

 orite, usha sikit tok penghulu ni. ok cukup. kang ada orang marah kang

cerita ni mengangkat tema comedy but dalam masa sama ada pengajaran yang dalam khususnya buat masyarakat Malay yang amat jumud + skeptikal. "Anak Kerbau Mati Emak" tu sendiri adalah metaphor yang paling tepat nak gambarkan. ending cerita ni mmg bagi impak. salute sama team produksi :)

next, cinta jatuh di UPM pulak. atas nama teater "NUR"

ni aku bangga jap. membe aku watak utama wehh. haha. (sakai kejap)



teater kali ni pulak memang tragis. apa yang jadi dekat watak utama iaitu Nur tu sendiri memang berat. lebih2 lagi bila si Nur ni jadi mangsa ayah kandung sendiri. (credit to watak Ayah Nur sebab muka kau scary gila andd pervert gila babs weh. meremang bulu bulu tengok) haha. flow cerita ni agak slow.

sempat aku perasan ala - ala Hanis Zalikha yang suka makan chocolate Dove tu. sampai tak sempat nak pelawa orang sebelah makan :P chocolate Dove memang terbaik. patut selalu masuk dalam entry Hanis Zalikha ye dak?


Ironi nya, sang Tok Penghulu dan sang Nur ni sedang hangat hangat bercinta. elok lah dua dua minat benda yang sama :) dua dua jugak aku jumpa masa zaman PLKN. tak cukup ironi lagi? ok, ni kira first time aku jumpa balik dengan si Tok Penghulu ni lepas habis PLKN :)



next, nak jumpa semua yang aku rindu. amin

p/s : friends till jannah :)

Friday, March 23, 2012

untuk yang terakhir kalinya

Assalamualaikum. fuhh penat yang amat sangat minggu ni. tak putus - putus pulak tu kerja datang menjengah.
Alhamdulillah, kerja kerja event semua dah selesai dengan jayanya. tinggal tumpu kerja kerja S/U dan jugak hadap final exam.

as you guys noe, aku dilantik jadi Project Manager untuk event kali ni. FCM SHINE OF HOPE namanya :) berlangsung selama 3hari 2malam kat Kg. Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. lepas dah habis event, rasa dia mmg tak boleh describe guna ayat. susun ayat indah mana pun tak tersampai maksud dia. 




event kali ni boleh aku banggakan sebabnye, dari proses type proposal, hantar sponsor, push orang, handle protokol, set tempat, kerja kerja kuli dan seangkatan dengan nya, aku telibat secara langsung. ULANG SUARA, SECARA LANGSUNG YA! secara langsung sampai mata tak stop stop nanges bila proposal kena reject, hati debar debar bila kira duit tak cukup2, mata nanges lagi bila dapat tau ramai against aku T___T.
sumpah, yang paling penat part menangis lah. yang lain masih ok lagi. Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat kawan2 yang mampu topang cela cela cacat aku sampai tak keterlaluan aku katakan, nampak sempurna pada dasar mata. Terima kasih AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, AWAK, dan AWAK yang tolong balas komen kat FB yang sangat mcm haremm. tak lupa jugak untuk yang sama sama menapak sampai tingkat 14 bangunan SUK semata nak cari sesuap nasi, sponsor. :)

untuk yang bekerja keras masa kat Kg Sungai Haji Dorani pun, berbanyak terima kasih aku ucapkan. dalam sibuk sibuk bergelumang dengan heksaimen, korang dapat gak turun join. sumpah aku terharu. cuma ingatan bersama, tak perlu kata belakang. hati aku dah kebal segala rasa. ini SUMPAH SIRIUS. kata depan depan  lagi berkat doe :)






*gambar tak ikut susunan. harap maklum*

penutup kata, aku serik jadi ketua untuk kepala yang sangat banyak. SEKIAN :)

Wednesday, March 7, 2012

untuk ke sekian kali nya, air mata jatuh lagi

kamon lah shark. kuat sikit boleh? cengeng tak bawak pegi mana. 



secara ofiSIAL nya, janji aku mati lagi. nak kebal? ah, tahi

Monday, March 5, 2012

alasan kukuh

Assalamualaikum :)
just wanna update a bit from this previous months

secara rasminya amanah yang sangat besar terletak kat atas bahu ni. Alhamdulillah, dah selamat diwatikahkan sebagai salah seorang MPP di UNISEL. sumpah, sampai sekarang masih tak percaya (sedangkan rengah curi2 online sambil buat minit mesyuarat ni :P) harapan tok sah cerita lah, apa yang sekelian students nak, tu jugak lah yang aku nak. I can't promise you but I'll do my best. sampai ke titisan darah terakhir. aiceh

as usual, let the pictures do the talking :
tema sendiri = green

  
barisan mpp UNISEL


event ramah mesra bersama pemimpin di section 7. makan dia memang terbaik lah. steamboat + nasi goreng + desert jelly kelapa. sorry, yang ni tak banyak gambar untuk bercerita :)

tak mau spekulasi, tak mau. saya natural ok. ni sekadar jemputan :)


oh ya, bulan february hari tu pun aku dipanggil untuk jadi photographer terjun bagi majlis hari keluarga amanah ikhtiar Malaysia. weh, memang cuaca cemburu betul dgn aku. habis burn muka, tangan semua. paling terbaik kena masuk padang yang lumpur kalah sawah padi. macam tu punya standard padang stadium dekat klang. boo! shame on you :P

next event : FCM SHINE OF HOPE dekat Homestay Haji Dorani. tak sabar nak ke sana, mix up dengan orang kampung, kenal lagi rapat dengan classmates. sangat teruja ok! hehe. aha, sabtu ni pulak I have to attend my cousin's wedding. andd again, jadi photoG terjun.gambar tak cantik nasib lah yer. :P

hidup peribadi pulak makin tak terurus. hehe. so nak tekan kan dengan jelas kat AWAK, saya tak de masa nak lovey dovey buat masa ni. tak sesuai lagi kot. I do appreciate what ever you do, but masa tak sesuai. sekian :)