Friday, September 7, 2012

ghost of you

semalam, dia datang lagi
tengah tengah malam buta, sedang sibuk mengejar dateline kerja.
katanya penting : kerja hidup mati
penat aku tekan kan. tak perlu, tak usah. sudah malam benar
"tak pe, dah nak sampai dah ni. siap2 tau" *sigh*

dia tanya aku nak kemana. aku serah bulat2 ke dia. pergilah mana hati kau rasa hati kau suka.
berhenti satu tempat. lama kita diam. setahun lebih tak jumpa buat kita janggal
aku dengar nafas kau sekat sekat. muka kau pucat. aku tunggu
"setahun lebih tak jumpa, awak dah byk berubah" kata dia.
dalam hati aku menyahut : mcm mana nak sama, hati dah terbelah belah

akhirnye, berjaya jugak kau buat aku gelak. cerita sepanjang tahun aku rangkumkan jadi ringkas
seringkas boleh
tanpa aku tanya, kau cerita kisah dulu2. alaa, semua pasal kita.
dari awal kita jumpa, sampai lah kau tinggal aku bodoh sorang2. satu pun tak terlepas.
*mengeluh* malas nak tunggu lama aku terus tanya : "awak nak apa sebenarnye jumpa saya hari ni?"
terus matanya lirih. "saya nak selamatkan awak dari sedih. nak jaga awak mcm dulu2"
tercengang aku. masih buat muka batu. nak gelak kuat2 sebenarnye. tapi jaga jugak lah hati dia

kau beriya berjanji. dah berubah 360darjah. dah tak bodoh mcm dulu. dah boleh jaga aku
dah mampu nak tanggung aku. segala yang indah2 lah kau khabar ke aku. sumpah, semua yang indah indah
aku pandang mata kau. pandang lama. carik rupa2 ikhlas dari situ
hampir jatuh sekali lagi. dalam diam aku tanya hati aku. tak berdegup langsung. mcm bagi tanda, "jangan jadi bodoh lagi shakila zen"
aku tarik nafas panjang. slow2 aku cakap : "maaf, awak dah terlepas peluang awak. sejak setahun lepas lagi. tolong bebaskan diri awak. tolong"

aku pandang matanya lagi. kali ni aku boleh kata satu, i'm completely move on :)) terima kasih Ya Allah sebab pinjam kan kekuatan ni. hati dah tinggal cebis cebis, baru nak datang. sungguh dah terlambat

4 comments:

KinaMissOne said...

Siapakah gelarannya? hee
Tahniah sayang :') Allah always with you

.shark.grown.up. said...

Amin ya Rabb. mintak hati jadi batu sikit. hehe

darling said...

berkeras hati ta salah asalkan kita ta sakit untk kali kedua kan..

.shark.grown.up. said...

betul betul betul :)