ada masanya orang nak berhidup dengan bebas mengikut caranya
ada masanya, orang mahu lepas lelah, setelah sehari hari melayan kerenah manusia
ada masanya, orang perlu juga ada perangai jahanam dan membabi buta
tak pernah ada manusia yang yakin zahir batin dia paling sempurna.
tak ada
kalau ada, mungkin zulkifli nordin lah gamaknya
sebab tu, tiap ada sengketa, ada musibat, perangai celakanya terkeluar
sekuat mana pun tahan, setan dalam badan sendiri paling kuat main peranan
setan tu pun sebahagian kita, kan? yang dah lama ad dalam badan.
huh, tunggu masa je nak keluar menerkam
aku,
jenis orang yang tak boleh tunjuk celaka
sebab?
aku kan ikon.
orang keliling pandang. ada hidung yang akan terus terbau hanyirnya perkataan aku
aku,
jenis orang yang tak boleh rasa marah walau sekuman
sebab?
eh, kau kan mantan MPP. setiausaha lagi. harusnya kau lebih matang
aku,
jenis orang yang tak boleh melatah atas tingkah kasar manusia lain
sebab?
reputasi kau paling grand seantero angkasa. kau tak sedar?
aku,
jenis orang yang tak dibagi muka tunjuk belang
sebab?
mampos sampai bila semua benda kena bersebab? mamposs!!!
oh, mana boleh keluar ayat kasar sikit. aku kan perempuan. hey kau! duduk sopan sopan. kau perempuan
biar aku bagi tahu, jawatan itu anugerah / sedap / nikmat yang paling tahi pernah manusia dapat. sampai mati kau kena bawak diri. sampai mati, jadi diri sendiri itu tak bagus. betul. kalau boleh undur masa, aku nak pulangkan semua. amek balik semua yang kau pandang tinggi ke aku. biar aku jadi biasa biasa. biar tak ada yang nak nafikan hak bertindak aku. amek semuanya! amek balik!
nikmat yang tak nikmat
seumur hidap di nilai :)
No comments:
Post a Comment