Mak Tiri
Lot 3337, Jln Berselirat,
42100 Klang, Selangor
----------------------------------------------------------------------------------
14 Februari 2014
Sesiapa yang berkenaan
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK GANTI RUGI AKIBAT KECEWA DAN PERMOHONAN UNTUK DIKEMBALIKAN HATI DALAM KEADAAN ASAL
Merujuk perkara di atas, saya (seperti penama di atas) memohon perhatian daripada pihak tuan agar mengembalikan hati saya dalam keadaan seadanya.
2. Untuk makluman pihak tuan, saya tidak dapat meneruskan kehidupan dengan sepenuhnya seperti sebelum saya berjumpa dengan pihak tuan, dan saya mengesyaki bahawa saya mengalami tekanan perasaan serta kelukaan hati yang sedikit sirius. Hal ini juga tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar kerana hati saya sebenarnya kuat dan sihat pada luarannya.
3. Pihak saya juga merasakan pihak tuan tidak terkesan dengan keputusan di belah pihak tuan supaya perhubungan ini diberhentikan setengah jalan. Pihak saya juga merasakan bahawa tuan suka berfoya foya dan membuatkan hati saya secara tak langsung pedih dan terguris. Mungkin pada pihak tuan, hati manusia macam plastik yang boleh diguna pakai berkali kali dan susah dilupuskan gamaknya. Jika pihak tuan tidak berminat untuk meneruskan perhubungan ini, eloklah kiranya tuan mengembalikan hati saya dan juga jangan memberi harapan palsu yang tuan sendiri tidak tahu akan keputusannya.
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat berterus terang dan mengotakan janji janji manis umpama teratai layu di tasik madu yang pernah tuan katakan dahulu ataupun, tuan juga boleh mengembalikan hati saya tanpa ada cebisan cebisan yang tertinggal (walaupun sebesar zarah) dalam simpanan pihak tuan. Saya berharap, dengan keputusan ini, saya dapat hidup dengan lebih sempurna dan mungkin mampu bertapak ke hati yang lain.
Segala kerjasama daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
MakTiri
(MAK TIRI)
Perempuan dalam Mimpi Kamu Dulu
p/s : hanya cerita rekaan di hari Valentine. hiks
No comments:
Post a Comment