Thursday, March 24, 2011

masih adakah orang macam ni??

assalamualaikum..
balik rumah untuk cuti ni tiba2 rasa macam sakai tengok TV.. biasalah rumah kat shah alam tak dikurniakan channel yang cantik2.. al - maklumlah TV kecik yang amat amat..

cikgu. dalam kata lain guru..
seronok melayan cerita GEMILANG.. alaa yang selalu pukul 9 setengah dekat TV3 tu la. zaman sekarang susah nak tengok cikgu - cikguyang komitmen penuh macam tu.. sampaikan sanggup gantikan anak murid bekerja di kilang. persoalan pertama yang muncul dalam otak : PATUT LA ORANG ZAMAN DULU HORMAT GURU

aku ingat lagi ibu pernah cerita, dulu orang yang paling dia takut adalah ustaz kat sekolah rendah.. sangat garang tapi tak pernah culas menunaikan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar. walau ape keadaan sekali pun, ustaz akan masuk jugak dalam kelas untuk mengajar.

lain pulak dengan cerita aku. rata - rata cikgu sekolah aku dulu amat fobia nak masuk kelas - kelas belakang. sampaikan 1 tahap cikgu tu lebih seronok bercerita dalam bilik guru. aku bernasib baik la sebab sepanjang jadi manusia beruniform putih, aku tak pernah duduk kelas belakang - belakang ni. dulu angkatan ponteng kelas aku rata-rata nya bercampur-campur.. ada yang kelas depan (budak yang malas nak hadam add math + fizik) ada jugak yang kelas belakang (kerja seni tak siap katanya)..

nak di jadikan cerita, satu hari kitorang kantoi la pulak dengan seorang cikgu ni.. cikgu ni boleh tahan kepochi jugak la. sekilas je mata dia dapat tangkap kelibat kitorang yang ponteng ni terus membebel - bebel kat situ. dia tanya kitorang daripada kelas mana.. aku cakap la aku dari kelas 5science**.. kawan2 aku yang lain ckp la dari kelas 5**.. terus dia tak pandang. yang pelik nya pulak tu, dia suruh aku je balik ke kelas tapi member - member aku yang lain tu dia biarkan je. mungkin dia rasa da memang tak berbaloi kowt nak membebel kat budak-budak macam tu.. tapi kenaar aku dia tego pulak?? nampak tak RASISM nya kat situ..(tibai jela rasism :P)

so,, adekah jadi budak kelas belakang bermakne kau tak kan boleh belajar lagi? atau kau budak kelas belakang kau da bodoh habis sampaikan tak boleh nak aja langsung? kepada guru - guru sekalian,, pernah tak dengar, belakang parang pun kalau diasah tajam? cikgu jugak yang aja saya peribahasa tu. kejayaan seseorang bukan diukur dengan berapa banyak A yang dia dapat.

sepanjang aku hidup, aku respect cikgu-cikgu sekolah tadika aku. walaupun dia tahu budak ni memang lambat belajar, tapi dia sanggup tunggu. dia sanggup ajarkan bagi faham. dia sanggup duduk tepi murid, tunjuk kan cara.. kadang-kadang dia sanggup melutut tepi meja anak murid semata-mata nak curah kan ilmu.. mungkin perbandingan aku ni agak keterlaluan. yelah, tak kan la cikgu sekolah menengah pun nak buat macam tu jugak. ye dak? maksud aku kat sini ialah.. fahami cara anak murid anda belajar.
tadika dulu aku ingat lagi.. aku sukatulis huruf terbalik. bukan keseluruhan perkataan. ade lah sesetengah nya

 sirius lawak.. dulu zaman aku kecik-kecik maybe masalah pembelajaran tak ade lagi kowt. sebab tu cikgu aku buat derk je bile aku tulis macam ni :)

4 comments:

Cik Ayuu said...

sungguh benar bicaramu ituuuu. :d

.shark.grown.up. said...

heh,, tu la baru perasan benda ni kan

EZAN IDMA said...

betol. setuju sangat. suke entry ni

.shark.grown.up. said...

tengs kak ezan :)