sepanjang minggu, segalanya berjalan dengan sesak. hidup sehari hari sesak, bila tiba malam hati pulak jadi sesak. tahan sakit disana, tahan terguris disini, tahan segala macam hal sampai rasa mahu terburai satu satu urat. sebelum tidur ibu pernah berpesan, untuk kurangkan penyakit hati, apa kata kita maafkan apa yang orang buat dekat kita. InsyaAllah, tidur kita akan lena selena lenanya (walaupun dapat tidur 2-3 jam sahaja). kalau kita da maafkan orang tu tapi dia masih simpan dendam, tu kerja dia dengan tuhan.
hari ni rasa nak share 10 nasihat As Syahid Imam Hassan Al - Banna. :)
selamat beramal :)
hari ni rasa nak share 10 nasihat As Syahid Imam Hassan Al - Banna. :)
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
walaubagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.
selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment