Sunday, April 15, 2012

trashes


Assalamualaikum :) Alhamdulillah perjuangan sem 5 aku dah habis takat sini. ada 2-3 masalah je yang belum selesai lagi. tak pe, fikir slow2 insyaAllah settle jugak nanti. Amin

lately aku dapat kata kata paling kejam dalam sejarah hidup. haha poyo je. padahal masa sekolah rendah dulu lagi mean diorang hentam kau shark oi (cerita lama dah lupa). cumanya aku agak terkilan dan tertekan sebab yang utarakan perkataan2 kasar macam tu orang2 yang belajarnya tinggi. tah lah, nasi dah jadi bubur kot. nak masak balik pun tak boleh :)

sejujurnya, aku rasa dunia ni dah cukup sangat dikelilingi baka baka negative. jenis jenis memang sengaja julur kaki bagi orang tersungkur. pastu gelak kuat2 untuk puaskan rasa sakit hati yang berdenyut denyut. dan sejujurnya juga, aku harap kata kata busuk dan hanyir terhapus dalam mana2 kamus dewan atau kamus dwibahasa. atas sebab? atas dasar cinta sesama manusia. haha ok, tipu. aku bercakap atas tiket "bahagialah bila tengok orang senang" cakap memang senang, ye dak? praktik cuba *face palm diri sendiri*

dik non, kalau 1 ideology dimain, ditayang, ditatang sebelah pihak je rasa nya macam tak sedap pulak. cuba, untuk sekali ni je, sekali ni je, kita sama sama gendong ideology yang 1 ni. tolong lah. kau jugak impi keamanan sejagat. aku paling pantang orang "membodohkan" atau "mengtak ada otak kan" orang orang yang lain fahaman dengan dia. tak kesah lah sekutu A lagi bagus dan sekutu B tidak. kadang2 kena tengok apa salah kita jugak. macam yang lecturer aku cerita, "look at the bigger picture"

tak salah jadi orang yang aliran berbeza. cumanya jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.faham? ok, aku bagi contoh, encik man, seorang kaki mabuk yang dah bertaubat diangkat menjadi ketua kampung Z. tiba2, satu hari orang kampung nampak encik man depan pub tapi tak nampak pun dia masuk atau beli arak. cumanya orang kampung nampak encik man berbual kosong dengan GRO pub tersebut dan terus jatuh hukum yang encik man sudah kembali ke pangkal jalan nya sebagai seorang kaki mabuk. seperti biasa, akan ada kata2 yang beini : "ala, tak heranlah. dia tu kaki mabuk, selalu tinggal solat. anak bini pun lari"

kat sini aku nak tegaskan, manusia selayaknya jadi manusia SAHAJA. tak perlu jadi tuhan untuk adili mana akan perginya manusia. samada ke JAHANNAM, atau ke JANNAH. itu kerja tuhan. biar saja tuhan uruskan.

p/s : sokonglah kawan kawan yang nak berubah ke jalan lebih baik. bukan keluarkan statement "macam dah bagus sangat je nak nasihat aku." sama sama belajar jom :)

4 comments:

Anonymous said...

bukan hak manusia untuk menghukum
yes love you shark.

cuti dah kan? hahaha, syiokk

Anonymous said...

bukan hak manusia untuk menghukum
yes love you shark.

cuti dah kan? hahaha, syiokk

Anonymous said...

bukan hak manusia untuk menghukum
yes love you shark.

cuti dah kan? hahaha, syiokk

mak tiri said...

cuti sudah :D tapi seminggu jelah. eh, love you more ;)