Wednesday, November 2, 2011

from hero to zero


Asalamualaikum. selamat musim tengkujuh. cuaca sangat tak menentu kan lately. kejap hujan, kejap panas. minggu ni je dah terkena dua kali. nampak langit cerah je sungguh sungguh basuh baju. usai basuh baju nak la terus sidai, tau tau hujan maha lebat. hari tu lagi kena teruk. dah sidai baju sebab cuaca sangat la cantik. kebetulan aku tertidur. err, TERtidur mati, tak sedar hujan lebat gila gila babs punya. kelang kabut turun tengok baju dekat ampaian. fuhh, semua kena terbang dek angin. nicee T_T

cerita pasal hujan, aku teringat musibah yang melanda skuad bola sepak Terengganu yang kalah final piala Malaysia hari tu. Terengganu ni hebat kot, sebab dapat kalah kan Selangor (huh!) tapi mungkin malam final tu memng tak de rezeki kan. ape nak buat.

berbalik kat cerita Terengganu, aku paling kesian kat penjaga gol diorang tu, Sharbinee Alawi. lepas negeri sembilan bolos 1 gol, pakat2 masing masing tweet salahkan si penjaga gol. memanglah kesilapan tu sangat sangat silly and tak boleh diterima tapi korang tak rasa ke dia sangat pressure time tu? mana pulak puak puak defender? tak reti ke nak jaga gawang? maka ramai ramai lah berupdate status FB juga twitter.

sebab kan 1 gol tu, orang terus lupa jasa Sharbinee Alawi dapat kalahkan Selangor. see, dengan satu tindakan salah kita, orang dah boleh hukum kita seberat beratnya. kenapa time kita dilanda musibah tak de sape nak ingat benda baik yang pernah kita buat? sedangkan kalau difirik fikir balik, benda salah yang kita buat tu cuma sebesar zarah. mungkin masa, keadaan dan masa nya tak kena. ok, sekarang letak pulak diri korang dalam keadaan orang yang terkena tu. seronok ke bila semua orang dok blame kau without fikir apa rasa hati kau? sakit ke, marah ke, sedih ke? letak pulak kau dalam keadaan orang yang dah tak dipercayai atas satu kesalahan yang dulu orang boleh terima, tapi sekarang, lain pulak cerita nya. busuk busuk pun kau mesti nak ada sorang teman dengar isi hati kau. betul? zaman sekarang ni nak tunggu orang dengar cerita versi kita memang susah. dapat satu versi, terus buat pangadilan. tak salah kalau aku katakan yang setiap manusia perlukan masa dan ruang untuk menjawab tuduhan yang orang lain lemparkan. setuju?

jadi, selayaknya manusia tak perlu diberi mandat untuk menjadi Tuhan. kan nampak capik nya bila manusia berlagak Tuhan. menghukum orang tanpa melihat cerminan. menghukum orang lain, tapi merasa diri sendiri perlu dikasihan saat dipijak. perlu aku ingat kan, hidup ada karma nya. hari ni kau diatas, esok esok tak tentu lagi. hari ni kau HERO, jangan ingat tak boleh jatuh terduduk jadi sang ZERO.


p/s : langit tak selalu cerah. hujan itu perlu untuk membasuh salah salah lama. InsyaAllah, lepas hujan nikmat pelangi itu indah :)

1 comment:

ayuyuuu :) said...

hari ni kau HERO, jangan ingat tak boleh jatuh terduduk jadi sang ZERO.


haaa tu diaa. haha :)
betul.
manusia2..