Thursday, August 11, 2011

hoi kecik!

saya seorang manusia renek. ni balasan sebab masa darjah 6 saya tinggi sikit daripada orang lain dan saya suka main kepala diorang. tambahan lagi, penggunaan ayat "kau pendek doe" , " tebantut ke hape kau ni" , "HAHA aku boleh nampak kepala kau" menjadi ayat wajib bila bertemu rakan rakan.

tahun ini saya sembilanbelas tahun. saya masih pendek.makin lama saya rasa saya makin pendek. kali ni, kawan kawan saya pulak guna ayat kasar tentang kerenekan saya.saya pernah marah sebab hal ni. tapi sekarang pelantak lah korang nak kata apa. bukannya saya boleh tinggi lagi.

bulan ini bulan puasa. saya hilang selera makan saya dengan sangat tragis. semalam pun masa berbuka puasa saya tak habis feyberet kuew tiaw bandung dan masa sahur saya menggedik order roti bakar & fries, tapi saya tak habiskan jugak. kawan kawan saya kata saya makin kecik. humakai...

gula hati saya jugak cakap saya da tak howt sebab baju kurung saya dah besar gabak ala ala "sesat di belantara" (????) gula hati paksa dengan penuh KESAYANGAN, suruh saya makan banyak. tapi saya tak makan jugak. minggu lepas guard rumah saya ingat saya budak duabelas tahun. saya rasa nak hempuk pale dia tapi saya puasa.

esok esok ada orang panggil saya "HOI KECIK!" menyirap tahap dewa dewi. satu hari kau dapat jugak benjol sebijik kat pale. tu yang pasti


2 comments: