Friday, August 5, 2011

playground

playground use to be tempat paling menyenangkan, happy and lambaian buaian memanggil manggil buat kita tersenyum lebar. playground aku playground terbaik. tempat aku belajar berpijak, dipijak dan memijak mijak balik jika perlu. taman yang ajar aku corak masa depan aku. taman yang ajar aku bangun untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. tempat hebat untuk orang2 hebat.

setiap playground mesti ada pembulinya. aku tak pernah terlepas. ada saja kaki buli buat taik. tak boleh kata apa, dasar kaki buli, emosi aku dirobek lagi. 3 tahun membesar dalam taman itu, memang lali dah. telinga dah tuli caci maki. mata da rabak tahan sepi. hati da sebal tunggu mati. sebab aku ada kamu, kamu, kamu, kawan sepermainan, aku kuat lagi. hadam semua macam benda tak pernah jadi.

satu hari, aku jatuh tersungkur langsung tak boleh bangun lagi. hati memang sakit lagi lagi aku dibawa pergi ke playground lain. bukan tempat hebat, tempat biasa yang mana kau aku terpisah jasad. pelukan terakhir bawa aku meratap manisnya madu persahabatan yang kau hulur. tapi aku lumpuh. nak bangun pun aku tak mampu. kepala tertunduk, aku tinggal kan kenangan pahit manis di taman itu. sekali lagi, aku tak toleh lagi. aku dengar kau menagis, tapi rasa sedih kau tak dapat  heret aku singgah lebih lama. maaf

hari ni, hati aku diusik lagi. playground tempat main kita jadi taruhan pembangunan. aku sayang sgt taman tu. taman pertama ajar aku ada hati, ajar aku menangis bila sayang2 aku kena usik. jadi kebal bila kena tikam belakang. taman pertama aku tanam bunga cinta dengan sang adam. taman pertama gaduh besar dengan jantan2 taman sebelah. taman pertama jatuhkan pembuli dengan senyum sinis kita. ahh manis.

kau, kau, kau, kau. semangat aku

dewan makan








gambar lama. kalau buruk pun tak kesah kan?
Asrama Toh Puan Norashikin, KL kenangan termanis sepanjang hayat. asrama ni nak dirobohkan tahun ni :( ape aku nak tunjuk kat anak cucu aku kalau diorang tanya mana hostel aku? haish, YayasanSelangor masuk 40 tahun, tahun ni tapi tak dapat nk selamatkan jugak asrama bertuah ni. sayang wehh

6 comments:

Cik Ila said...

alahai...bdk2 skolah..muka suci je semua..

SyahirahShaadan said...

alamak, sedih plak baca :(

.shark.grown.up. said...

cik ila : hehe gambar sangat lama ni. of coz la suci2 muka :P

.shark.grown.up. said...

syahirah: sedih kan? haish

K I E R A said...

memang sedih nak kena roboh -.-

.shark.grown.up. said...

kiera : tau x pe. jom lawat last jom